KISS SELANGOR 2022(Cara Daftar & Semak Bantuan Ibu Tunggal RM200 Sebulan)

KISS SELANGOR 2022(Cara Daftar & Semak Bantuan Ibu Tunggal RM200 Sebulan)

Kepada ibu tunggal yang tinggal di Selangor, Kerajaan negeri Selangor telah perkenalkan program bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) untuk membantu para ibu tunggal dari kumpulan B40 dengan bantuan kewangan bagi pembelian barang keperluan asas dengan had RM200 sebulan di pasaraya dan kedai berdaftar.

Bagaimana cara permohononan  KISS? Di sini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU KISS

KISS atau Kasih Ibu Smart Selangor adalah sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu tunggal di Selangor. Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Menerusi program ini, peserta program ini dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara cashless (tanpa tunai menggunakan kad KISS Selangor).

 

SYARAT KELAYAKAN KISS

Anda haruslah berdaftar sebagai pemohon BSH di bawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin atau miskin tegar di pengkalan data eKasih. Antara syarat-syarat lain adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Ibu tunggal yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 18 tahun atau di bawah umur 21 tahun untuk yang masih berpengajian tinggi.
  • Pendapatan isi rumah bawah RM2,000 sebulan

 

DOKUMEN PERMOHONAN KISS

Pastikan anda menyediakan dokumen seperti berikut untuk disertakan dengan permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Kad OKU/ Kad Matriks yang masih sah
  • Salinan Sijil Kematian / Surat Perceraian / Laporan Polis
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
  • Bukti penerima BSH bagi kategori pendapatan bawah RM2,000.00 atau bukti tersenarai sebagai golongan miskin / miskin tegar dalam pengkalan data eKasih
  • Salinan Pemilih Berdaftar Di Selangor

 

CARA PERMOHONAN KISS

Terdapat dua cara permohonan KISS iaitu secara manual dan Online. Berikut adalah caranya:

 

Permohonan KISS Manual

  1. Muat turun Borang pendaftaran Kasih Ibu Smart Selangor DI SINI atau boleh diambil di :
    • Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri
    • Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen
    • Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis
    • Pusat Wanita Berdaya
  2. Isi borang dengan lengkap dan sertakan sekali dokumen yang diperlukan.
  3. Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri / Pejabat Exco Kebajikan Kerajaan Negeri Selangor.

 

Permohonan KISS Online

  1. Layari pautan Pendafftaran online KISS DI SINI
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Seterusnya
  3. Ikuti langkah seterusnya sehingga permohonan anda selesai

 

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS KISS

Antara barangan keperluan asas yang diluluskan untuk program kiss ialah:

  1. Beras
  2. Mmi dan bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan garam
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran dan buah-buahan
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun, kelangkapan mandian dan bahan pencuci
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

NOTA: hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

 

CARA PENGGUNAAN KAD KISS

Berikut adalah cara penggunaan Kad KISS:

  1. Anda boleh pergi ke mana-mana kedai / pasaraya berdaftar
  2. Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli
  3. Beri kad kiss kepada juruwang di kaunter pembayaran
  4. Semak baki kad sebelum buat pembayaran
  5. Juruwang akan merekod setiap barangan yang dipilih
  6. Hanya barangan tersenarai di bawah layak menggunakan kad kiss
  7. Peserta perlu menekan nombor pin
  8. Resit akan dicetak dan memaparkan baki awal & akhir kad kiss

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan KISS Selangor, anda boleh layari website rasmi KISS di pautan https://www.kiss.com.my/

 

ARTIKEL LAIN 

BINGKAS SELANGOR 2022 (Permohonan Bantuan RM300 Sebulan)

3 Comments

  1. Saya pergi ke 99 Spedmart bulan lepas tapi kad kiss no 6060061000086672 masih invalid tak boleh discan semasa pembayaran hendak dibuat

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *