KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

Selain BPN 2.O dalam pakej prihatin, kerajaan juga turut membuka semula permohonan GKP 2.0 sebanyak RM3,000. Pembayaran GKP ini pula akan bermula 30 November nanti. KOD TIDAK LULUS GKP 2.0  SEMAK GKP 2.0 DI SINI

Menurut kenyataan yang disiarkan oleh pihak media, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima sebanyak 512,000 permohonan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro bagi mendapatkan bantuan Geran Khas Prihatin GKP 2.0 dibawah pakej prihatin.

GKP 2.0 atau Geran Khas Prihatin ini bertujuan untuk membantu para usahawan kecil (PKS) yang telah menerima kesan akibat COVID-19.

Kali ini kerajaan telah memperuntukkan RM600 juta bagi membantu meringankan beban 200,000 PKS Mikro.

SILA CUBA PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0 : CARA MOHON RAYUAN & DOKUMEN PENTING

 

Semakan Status Permohonan GKP 2.0

Semakan GKP 2.0 boleh dibuat bermula 27 November. ini di portal rasmi https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login

jika tidak lulus jangan risau boleh membuat rayuan … RAYUAN GKP 2.0 : CARA BUAT RAYUAN & DOKUMEN SOKONGAN

 

Berstatus TIDAK LULUS / KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

Permohonan rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut:

  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020 atau
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan LHDNM/ PBT/ SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Jika permohonan GKP 2.0 GAGAL?,sila rujuk SEBAB/PUNCA GKP 2.0 TIDAK LULUS

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

KOD ALASAN  TIDAK LULUS GERAN KHAS PRIHATIN

Berikut 7 kod alasan permohonan GKP 2.0 anda ditolak:

Kod Alasan 01

  • SEBAB : TIDAK BEROPERASI 2020
  • KETERANGAN : Pemohon melaporkan perniagaan tidak beroperasi dalam tahun 2020 pada borang

Kod Alasan 02

  • SEBAB :  0 ATAU JUALAN >= 300K
  • KETERANGAN : Jualan adalah 0 atau melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan

Kod Alasan 03

  • SEBAB : JUALAN >= 300K
  • KETERANGAN : Jualan melebihi RM 300,000 berdasarkan semakan dengan rekod data agensi

Kod Alasan 04

  • SEBAB : TIDAK WUJUD DI AGENSI
  • KETERANGAN : Pemohon tidak berdaftar perniagaan dengan agensi berikut sebelum atau pada 31 Ogos 2020

Kod Alasan 05

  • SEBAB : PEKERJA >= 5 ORANG
  • KETERANGAN : Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod borang permohonan

Kod Alasan 06

  • SEBAB : PEKERJA >= 5 ORANG
  • KETERANGAN : Jumlah pekerja melebihi 4 orang berdasarkan semakan dengan rekod data agensi

Kod Alasan 07

  • SEBAB : ENTITI PERNIAGAAN LEBIH 1
  • KETERANGAN : Perniagaan melebihi satu permohonan

BACA JUGA PROGRAM i-SINAR RM 10000 : SYARAT TERKINI & HAD PENGELUARAN

lihat BAYARAN RAYUAN GKP 2.0 

SOALAN LAZIM

1 ) Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 2.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.

2 ) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan/semasa untuk pembayaran GKP 2.0?

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

3) Adakah semakan kelayakan GKP 2.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.

 

184 thoughts on “KOD TIDAK LULUS GKP 2.0”

  1. Saya tersalah type..tahun 2020 kedai saya sudah buka..sepatutnya saya type’ ya’…lagi satu e dagang tidak Ada…cuma Salah type (tiada n Ada)

    Balas
  2. Aii,.tak wujud dale agensi la plopp,.dh la bsh sebelum ni kno banned truh malam td. Alasan berdaftar ssm pulok,hilang 150 untuk fasa 2

    Balas
  3. Saya isi haritu untuk diri sendiri dan juga untuk mak saya. Saya tidak lulus dgn alasan kod 4 (tidak wujud di agensi) sedangkan saya Dan mak saya Sama dapat permit Dari agensi yg Sama. Mak saya lulus pula

    Balas
  4. Permohonan saya tidak lulus sebab alasan (04)agensi tidak wujud. Lesen berniaga yang sah dan sudah beberapa tahun menjalankan perniagaan.Menjalankan perniagaan yang biasa dan syarat layak untuk diterima. Saya bukan golongan vip/individu berprofil tinggi.😥

    Balas
  5. Kod 04- tidak wujud , dh daftar tahun lepas dah renew lagi yang baru ssm kenapa ye , saya muda lagi nk minta bantuan lain tk dpt minta yg ni pula tk dpt kata nk bantu industri kecil hmm

    Balas
    • Cukai dah declare bersama pasangan sbb perniagaan perkongsian kan. Rasanya kod 04 ni saja dia je nk reject ni..ye lah dia target dgn bajet utk 20k pemohon je, yg apply 512k..lbg hari 2x ganda

      Balas
  6. Ramai jugak yg terkena kod 04 ni..Ingat saya sorang je kena.. Mengharap bantuan jadi mcm ni pulak.. Ramai yang mengadu ni ambil perhatian sikit kerajaan..Naya pak karim..

    Balas
      • Betul tu, kita ni punya la terkais-kais nk mkn, nk buat loan pun akaun x mntap, bila diumum GKP ni lega la skit krajaan sudi membntu, bila semak skali dy tulis gagal daaa…
        BSH x dpt sbb SSM
        GKP pun gagal sbb SSM

        Apa msalah SSM ni ar?
        Ke krajaan gagalkn sebab dh luluskn KWSP RM10k?

        Balas
  7. 04.agensi tak wujud..????habis selama ni aku niaga depan umah tu ada mambang agaknye…tu yang tak nampak…daftar ngan ssm dari tahun 2019…cuma 3 bln je lewat hidupkan balik kat 2020 ni…

    Balas
  8. Saya pun dapat kod 04 ( Agensi Tidak Wujud )
    padahal daftar dengan ssm sejak 2018.
    Macam mana nak buat ya?

    Balas
  9. Mana natang nya kod 04 tu? Perkara ini perlu diambil perhatian serius kerajaan. Ramai peniaga menunggu kelulusan ini. Namun akhirnya haprak kod tidak sama dengan pencerahan. Jujur dan amanahlah dalam membuat semakan.

    Balas
  10. Allahu knp mcm tu skali erk, sjak bila mak saya jadi vip buka kdai runcit je pn itu pn kat kg ni bkn ramai pnduduk malah ramai saingan. Ap no kod 04 jangan sampai saya invite lhdn dtg kmpung tngok rumah saya pn makan kais pagi makan pagi. Pdahal besar hrpan mak nak dpt duit bntuan. Allahu dugaan d pagi jumaat.

    Balas
  11. yang sebenarnya agenci tidak wujud tu dia nk cukai pendapatan . mmg dia x nak kasi pun . buang duit je aku renew ssm . aku keje ngan org lg baik dari niaga sendiri . nk rolling modal pun dh penin . niaga pun ntah kemana skang ni ngan covid pastu musin hujan lagi .

    Balas
  12. selamat pagi semua. ini bukan di namakan semakan silang berkaitan pendaftran agensi PBT atau apa pun.ini semakan tidak berperinci.. kod 04 memang tidak masuk akal( tidak wujud di agensi) . cuba la cek betul betul.lesen saya suda 10TAHUN.
    kenapa alasan seperti itu ( TIDAK WUJUD DI AGENSI). butanggol betul laa. tau ka berapa ramai peniaga yang terjejas. fikir fikir laa.
    memang tidak adil . ini ka yang di namakan semakan silang! ini ka yang di namakan KITA PRIHATIN! saya rasa bukan..please chek properly again.

    Balas
    • yes setuju, saya pun banyak tahun berniagaa cert SSM masih valid kenapa kd04 tidak wujud pula, nama perniagaan pun unik kenapa tak ada check nama perniagaan juga, sama dengan nombor ic kita boleh kesankan nom ic kita terikat perniagaan mana kan

      Balas
    • Maaf kod bukan 04

      Tapi dimaklumkan : Tidak Berdaftar dengan Agensi.
      Saya amat muskil kerana ssm saya daftra bermula 2015 lagi.

      Tarikh tamat 2021
      Boleh berikan pencerahan kenapa saya GAGAL.

      Balas
    • Ayah sy dh daftar dgn PBT sejak 1996 & aktif smpai skrg pun keluar kod 04. TIDAK WUJUD DI AGENSI. Pelik la.. ke sngaja..? Utk lewat kn bantuan. Rayuan bila blh buat.

      Balas
  13. KOD 04 – AGENSI TIDAK WUJUD SEDANGKAN SEMUA AKTIF.BERAT SEBELAH BETUL.KITA PERLU MODAL UNTUK BACK UP PERNIAGAAN.MACAM MANA BANTUAN INI BERFUNGSI SEBERNANYA?

    Balas
  14. terima kasih sbb kecewakan kami.. tidak lulus 04 agensi tak wujud..patah hati aku hari ni..dahla mgarap ada sinar harapan last2 bgini jawapannya…

    Balas
  15. Assalamualaikum..
    Permohonan saya gagal
    KOD 01.

    CTH Soalan buat org keliru
    ➡️ Perniagaan beroperasi dalam tahun 2020.

    perniagaan sye beoperasi tahun 2017
    Sepatutnya 5oalan nya :-
    ➡️ Adakah perniagaan masih beroperasi dalam tahun 2020
    So sya jwb YA .
    🔊😥 Sedih tu tersalah isi borang

    Note- Boleh ke Saya buat rayuan semula.

    Balas
    • Saya setuju dgn awak soalan tak jelas, saya kata tak beroperasi sepenuhnya sbb pkp kejap bukak kejap tutup tapi ada jugak sertakan jumlah pendapatan. Cuma keliru dgn soalan. Jika tulis TIDAK tak kan ada jumlah pendapatan diberi.

      Balas
    • Slm ➡️
      X pasti bole ke x..sya pon x brp fhm keliru soalan nya…nasib kita x dpt Duit ni.. Sya memang mengharapkan sgt.

      Balas
      • Slm ➡️
        X pasti bole ke x..sya pon x brp fhm keliru soalan nya…nasib kita x dpt Duit ni.. X de pon kite tetap kena teruskan kehidupan..

        Balas
  16. Sabar2. Aku siap berniaga burger dan berniaga dalam Shopee lagi pun sejak 2017 SSM register setiap tahun renew pun dapat Agensi Tidak Wujud. Kita masuk ke page Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN di Facebook dan spam minta penjelasan daripada mereka. Rasanay waktu pengumuman dan bukaan utk apply ni pun dorang dah ada dah SOP Kriteria utk terima siapa yg lulus siapa yang tak lulus. Siapa yang apply GKP 1 untung sebab waktu tu ada kelonggaran, yang kedua dan ketiga ni harap maaf lah, memang payah nak lulus. Aku nak pi lepak kat Facebook LHDN dengan Menteri Kewangan pulak.

    Balas
  17. Ramai yang tak lulus sebab kod 04 ni. Tak adil betul. Kita dah berniaga ni siap renew lagi ssm tu lepas tu boleh pula kata tak wujud. Sedih betul lah . hmm

    Balas
  18. Saya punya 04 , tidak lulus, alasan vip, di mana letak nya vip kini sudah 2 bulan lebih tak meniaga asbab PKP COVID . mohon beri pencerahan bagai mana nak buat rayuan ye sahabat2 sekalian.

    Balas
  19. 11 tahun company saya. cukai bayar, ssm update. sdn bhd pula.
    nampaknyer saya kena tipu sbb yang saya bayar cukai itu untuk kerajaan singapura la. sbb saya kod 04 juga.

    cuba check ssm tu malaysia punya ke singapura punya mungkin kita semua kena tipu di ssm tu.

    tak nak bagi bagi la kod99-Tak nak bagi kamu. kan senang.

    Balas
  20. BSH x lulus sbb SSM, GKP x lulus sbb tiada agensi…apa masalahnya lulus ??? Mengarut betul alasan dia….dia x tau pun apa masalah org ni…job dah lama x de..tanggungan 7 org..kau ingat semua org senang ker???

    Balas
  21. serious mengarut kod 04 agensi tidak wujud,… ssm since oktober 2015 kot… n tahun pendapatan merosot teruk kot… lhdn ni makin lama makin pelik

    Balas
  22. Masa b1rm dapat. Bsh dapat tapi untuk bayaran bsh utk 4 orang tangunggan TERKINI dapat pula KOD 12. TIDAK LULUS ALASAN PEMOHON BERDAFTAR SEBAGAI PEMEGANG SAHAM/PENGARAH SYARIKAT/PEKONGSI LIABILITY TERHAD.

    Then saya mohon GKP 2.0 dapat pula KOD 04. TIDAK LULUS. ALASAN TIDAK WUJUD DI AGENSI.

    Saya pemain industri pelancongan UNDER PBT. Dengan income bulan an bawa 5k belum tolak kos lain2.

    Yang mana semua tahu sektor yg trjejas teruk dgn PANDEMIK kini.

    Harap pihak KERAJAAN/LHDN MEMPERHALUSI Dan harap ada fasa RAYUAN kelak.

    Balas
    • Ada tak isi yang berlainan daripada SSM ? Saya pun dapat kod 04, tapi kesalahan saya mungkin alamat saya isi tak sama macam alamat dalam SSM. sebab dah pindah alamat, tu buat alamat baru. Akak buat alamat isi dalam ssm dan borang alamat yang sama atau lain?

      Balas
  23. Lahabau asal aku 04 padahal aku dah daftar ssm 2018 . Tak bagi ckp tak nak bagi . Jgn buat org mengharap kat kau . Ramai lagi golongan yg susah mcm kami ni peniaga dan perlu sangat duit tu utk buat modal 😡😡😡

    Balas
  24. knp saya punya alasan tidak lulus diberi kod 01: tidak beroprasi pada 2020 dan kod 04: agensi tidak wujud…

    dah la buat loan ngn tekun dpt rm5000 je hahaha

    Balas
  25. Sy pn tidak lulus…alasan kod 4…ssm original tu…tak kan tidak wujud kot… Cuma tak daftar dgn lhdn sj…niaga kecil pn nk daftar lhdn ke…

    Balas
  26. Gkp tak lulus jugaj sebab kod 04- Agensi tidak wujud. Pening mikir padahal ssm aktif lagi.
    Boleh beri pencerahan.
    Kalau nk buat rayuan mcm mana?

    Balas
  27. Ramai pulak yg dapat kod 4 ni 😥 Kod 4 – Tidak wujud di agensi. Allahu. Kecewanya mcm ni. Dah berniaga 8 tahun cemana boleh tak wujud -.-“

    Balas
    • Alasan xmunasabah..saya pun kena code 4..agensi x wujud katanya..phewww..tak nk bg ckp je xnk bg..kann senang..menyusahkan org je..kerajaan dh xde duit nk ganti kwsp plak nk rolling duit..

      Balas
  28. Kod 02… Jualan melebihi 300K?? Mana datangnya hasil 300k pun tak taulah…
    3000k sebulan pun belum tentu.. . Baru je mula niaga tahun ni..
    Kod 02 pun tak boleh buat rayuan… Sedih lah hai…

    Balas
  29. Terkena kod04 agensi tidak wujud di agensi. Tipu je la publish media kata dah berapa juta tolong tapi belakang semua kena reject saja. Call in pun sibuk je line.

    Balas
  30. BR1M lulus!
    𝙼𝚊𝚔𝚜𝚞𝚍𝚗𝚢𝚊…𝙱𝙰𝚁𝙸𝚂𝙰𝙽 𝙽𝙰𝚂𝙸𝙾𝙽𝙰𝙻 𝚝𝚑𝚎 𝚋𝚎𝚜𝚝! 𝙼𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚎𝚜𝚒𝚗 𝚓𝚊𝚑𝚒𝚝 𝚝𝚎𝚙𝚒 𝚑𝚒𝚐𝚑 𝚜𝚙𝚎𝚎𝚍 ..𝚡 𝚍𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚋𝚞𝚕𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚜𝚒𝚗 𝚜𝚊𝚖𝚙𝚊𝚘 𝚛𝚞𝚖𝚊𝚑…𝚜𝚔𝚛𝚐 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚊𝚙𝚊 1 𝚡 𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝…𝚢𝚐 𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 04…𝚗𝚘 𝚊𝚙𝚊𝚔𝚊𝚑 𝚒𝚝𝚞?

    Balas
  31. PERMOHONAN SAYA TIDAK LULUS!!

    Alasan kod 04 AGENSI TIDAK WUJUD..KALAU IKUT TULIS KAT SINI KOD 04 TU UNTUK VIP/INDIVIDU BERPROFIL TINGGI..

    PENIAGA PASAR MALAM SKRG DAH DI LEVEL VIP KE.??

    HAA MASUKK!!

    Balas
  32. Saya B40…. Memg sngt hrp bantuan gkp 2.0…mmm sedih I pun 04 agensi tidak wujud.. Pa pula alasan ni…. Member I tak buat apa pun cuma ada syarikat je pun dpt duit gkp 1.0

    Balas
  33. Saya pun tidak lulus
    Sedngkn ini lah yg Di tungu2😢
    Kenapa pula 04 wujud Di agensi
    Tiada la modal ini bikin beli pisang😔😓😢😢

    Balas
  34. Tipulah Muhyiddin. Bagi harapan palsu kat peniaga kecil, sampai hati buat kami macam ni. Punyalah berharap hari-hari cek website.

    #notmypm

    Balas
  35. Btl sama kod 04…tidak wujud padahal berdaftar dengan pohak berkuasa tempatan… Mungkin lesen berniaga nie x guna kot…baik x pyh GKP… Menipu jee… Ke taktik nak tarik perhatian rakyat shja…

    Balas
  36. Syooookkknyeeerr!!,.
    Tak sabo lah nak menunggu nye wey,..30hb ni macam lamo doh plop nunggu nyer,.aiii,.
    Kak kiah dh plan siap siap amenda tuu…haa. wishlist kat lazada!
    Kamu semua tu yg silap gamoknyer,.time isi borang gopoh sangat!.,ade laa silapnye tuu..takkan krajaan salah.,ni komputer ni yg buat ni,intenet krajaan.

    Balas
  37. Saya pun agensu tidak wujud sbb tersalah masuk no pendaftatan perniagaan. adoii😂 harap lps lah buat rayuan. Aminn! Thank you kerajaan atas usaha membantu rakyat!

    Balas
  38. Koda saya 01, tidak beroperasi. Masalah saya masa isi borang tersalah tick tak beroperasi sedangkan saya ada kemukakan jumlah pendapatan. Berniga bazar semua tahu semasa pkp bazar ada masa bazar tidak dibenarkan beroperasi dan ada masa hanya setakat jam 10 mlm, mmg keadaan kami terlalu sukar. Perniagaan terus drop. Bagaimana minta penjelasan. Bagaimana nak buat rayuan

    Balas
  39. Saja bagi alasan dengan kod 04!!!
    Apa itu agensi tak wujud!!!
    Bagi more details… gkp 1 x lulus sebab isi borang salah.. Gkp2 semua isi betul. X lulus.. Alasan agensi x wujud… Habis kenapa kena bayar ssm Dan buat perniagan kecil…

    Balas
  40. Ada siapa tak dapat kod 02 ?
    Kod keterangan: JUALAN = 0 – BORANG/JUALAN >= 300K – BORANG
    Macam tak sama dengan apa yang dikatakan dalam website ni …adui tak boleh rayu pun

    Balas
  41. Yang mana kod 04 agensi tk wujud tu… Sebab kan masa Korang mungkin ter key in data salah.. Nama syarikat, no daftar syarikat, jenis cukai, walaupn salah eja satu huruf, akan jdi masalah. semua tu kalau tak sama dengan data semakan dorang. So double cek, teliti Betul2 mase buat tu. Sya sekeluarga masing2 berniaga semua tkda masalah Alhamdulillah. Jngan kita tuduh pelik2 terus dkt usaha kerajaan ni, mungkin kita sendiri tersilap.

    Balas
  42. Saya pun tidak lulus kod atas alasan tidak wujud dalam agensi, Terima kasih bayak kerajaan atas usaha membantu rakyat pada masa Covid!

    Balas
  43. GKP2.0 semua isi dengan betul tetapi tak lulus sebab kod 05 . Kononnya melebihi 5 pekerja padahal perniagaan saya kecilan mana mampu mengambil lebih 5 pekerja, mungkin tak lulus sebab ambil pekerja part-timer ke ??? Sekarang rayuan minta saya tunjuk pendaftaran pekerja kwsp & pekerso so kira tak payah buat rayuan loh …

    Balas

Leave a Comment