PERMOHONAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)
Kepada pelajar yang telah membuat permohonan,kini anda boleh membuat Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kolej MARA Sesi 2022/2023
PROGRAM DIPLOMA KOLEJ PROFESIONAL MARA 2022
Tarikh Permohonan
- Permohonan telah dibuka mulai 22 FEBRUARI 2022 sehingga 30 JUN 2022.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
- Berumur 18 sehingga 35 tahun;
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Kemudahan Yang Ditawarkan
- Kemudahan penginapan asrama
- Pemberian Elaun Sara Hidup
- Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
- Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
Program Yang Ditawarkan
- Diploma in Accounting (DIA)
- Diploma in Business Studies (DBS)
- Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
- Diploma in Entrepreneurship (DEN)
- Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
- Diploma in Computer Networking (DCN)
- Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
- Diploma in International Business (DIB)
- Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
- Diploma in Marketing (DMK)
- Diploma in Business and Information Technology (DBIT)
Cara Permohonan
- Permohonan dibuka secara dalam talian: https://apponline.mara.gov.my/upimonline/
PROGRAM ASASI KOLEJ MARA
Keistimewaan Program Kolej MARA (KM)
- Menawarkan laluan pantas ke universiti
- Jaminan bidang pengajian di universiti.
- Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA
- Dipertimbangkan pinjaman pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
- Berumur 18 tahun;
- Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia 2021.
Program Yang Ditawarkan
- Asasi Perniagaan
- Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
- Asasi Sains
Cara Permohonan
- Permohonan dibuka secara dalam talian: https://apponline.mara.gov.my/upimonline/
Bila tarikh Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kolej MARA Sesi 2021/2022?
- Akan dikemaskini.
- Semakan boleh dibuat melalui Portal UPIM di => https://apponline.mara.gov.my/upimonline/
semakan keputusan permohonan Matrikulasi KPM
Bagaimanakah cara membuat semakan status keputusan permohonan Kemasukan Program Matrikulasi Kolej MARA Sesi 2021/2022?
Berikut adalah cara membuat semakan:
- Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di laman Portal UPIM http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
- Pemohon perlu masukkan nombor kad pengenalan di ruangan yang disediakan.
- Jika keputusan adalah LAYAK dan pemohon bersetuju untuk menerima tawaran ini, pemohon perlu:
- membaca maklumat tawaran dengan teliti,
- membuat bayaran YURAN PENDAFTARAN berjumlah RM275.00 secara dalam talian (online) menerusi perkhidmatan bayaran elektronik MARAeps di https://bayar.maraeps.my ,
- Selepas PEMBAYARAN dibuat, WAJIB LAYARI SEMULA Portal UPIM di http://apponline.mara.gov.my/upimonline untuk PENGESAHAN SETUJU TERIMA TAWARAN, pemohon dikehendaki:
- Klik butang KLIK DI SINI JIKA TELAH CETAK SLIP TAWARAN DAN BAYARAN SETUJU TERIMA TELAH DIBUAT,
- Klik butang SETUJU TERIMA TAWARAN,
- Masukkan NOMBOR TRANSAKSI ID di ruangan yang disediakan,
- Klik butang HANTAR,
- Klik butang CETAK SURAT TAWARAN,
- Klik butang MUAT TURUN untuk dapatkan salinan SURAT TAWARAN & SENARAI SEMAK/DOKUMEN. Wajib CETAK kedua-dua dokumen tersebut. Sila BACA & FAHAMKAN butiran yang tertera di dalam PANDUAN PENDAFTARAN.
- Sekiranya keputusan permohonan pemohon didapati TIDAK LAYAK, pemohon boleh membuat RAYUAN permohonan secara dalam talian (online). Keputusan RAYUAN akan dikeluarkan dari semasa ke semasa sebelum sesi pendaftaran, bergantung kepada kelayakan dan kekosongan penempatan.
- Tawaran adalah TERBATAL jika pemohon gagal untuk membuat bayaran yuran pendaftaran dan pengesahan setuju terima pada tarikh yang telah ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian seperti berikut:-
Unit Pengambilan, Bahagian Pendidikan Tinggi MARA, Tingkat 12, Bangunan Ibu Pejabat MARA, Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
Email : [email protected]
Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
Twitter : Hi Edu MARA
Telegram : Hi Edu MARA
Instagram : Hi Edu MARA
Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
WhatsApp : +6011-58521184