KOMPAUN SAMAN KKM ONLINE(Bayar Selangor KL)

SEMAKAN SAMAN KOMPAUN KKM ONLINE(Bayar Saman Selangor KL)

Kepada para peniaga, seharusnya anda mematuhi peraturan perniagaan yang telah ditetapkan termasuklah peraturan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya anda dikompaun, disini kami akan kongsikan kepada anda cara semakan dan bayar kompaun dan saman KKM, semoga membantu.

APA ITU SAMAN DAN KOMPAUN KKM

Dalam usaha kerajaan menjaga kepentingan semua pihak khususnya melibatkan kebersihan dan penyediaan makanan yang betul, pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggubal Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009. Ia diwujudkan khususnya adalah untuk melindungi pengguna daripada penyakit bawaan makanan serta menjamin keselamatan makanan yang dipasarkan untuk pengguna.

AKTA KOMPAUN KKM

Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009) ini merupakan Peraturan yang digubal mengikut peruntukan Seksyen 34 di bawah Akta Makanan 1983 dan telah diwartakan oleh kerajaan pada 28 Februari 2009.

SENARAI KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN KKM

Jadual Keempat : Kesalahan-kesalahan di bawah (Peraturan 58) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, merupakan kesalahan- kesalahan yang boleh dikompaun adalah seperti berikut :

  • Peraturan 3 – Tidak mendaftar premis makanan
  • Peraturan 7 – Tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan
  • Peraturan 8 – Tidak mempamerkan perakuan pendaftaran, notis dsb, di premis makanan
  • Peraturan 9 – Tidak mengadakan program jaminan keselamatan makanan (kilang makanan sahaja)
  • Peraturan 10 – Tidak mengadakan sistem pengesanan makanan
  • Peraturan 11 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan tugas am tuan punya/ pemunya atau penghuni premis makanan
  • Peraturan 30 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan latihan pengendali makanan
  • Peraturan 31 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kehendak pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan
  • Peraturan 32 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pakaian pengendali makanan
  • Peraturan 33 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kebersihan diri pengendali makanan
  • Peraturan 34 – Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan kewajipan untuk mengekalkan premis makanan bersih
  • Peraturan 35 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan pengendalian perkakas makanan
  • Peraturan36 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan
  • Peraturan 37 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan, pendedahan dan pameran makanan untuk dijual
  • Peraturan 38 -Tidak mematuhi kehendak yang berhubungan dengan penyimpanan makanan
  • Peraturan 39 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan daging
  • Peraturan 40 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan daging
  • Peraturan 41 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan daging
  • Peraturan 42 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemunggahan dan penurunan ikan
  • Peraturan 43 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengendalian ikan segar
  • Peraturan 44 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan krustasia atau moluska yang diproses
  • Peraturan 45 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyimpanan ikan segar
  • Peraturan 46 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan ikan segar
  • Peraturan 47 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan ikan dingin dan sejuk beku
  • Peraturan 48 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penyediaan, pembungkusan atau penjualan ais krim atau konfeksi sejuk beku
  • Peraturan 49 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan perlakuan orang yang terlibat dalam penjualan ais krim dan konfeksi sejuk beku
  • Peraturan 50 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan suhu susu
  • Peraturan 51 -Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan penjualan susu
  • Peraturan 52 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan penyimpanan dan penghantar serahan ais
  • Peraturan 53 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pemasangan mesin jual makanan atau mesin jual air
  • Peraturan 54 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual makanan
  • Peraturan 55 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan mesin jual air
  • Peraturan 56 – Tidak mematuhi kehendak khas yang berhubungan dengan pengangkutan makanan

CARA SEMAK SAMAN KOMPAUN KKM

Kepada anda yang ingin membuat semakan kompaun KKM, anda boleh melayari pautan berikut

  • Jabatan Kesihatan negeri Melaka – eKompaun
  • Jabatan kesihatan Negeri Selangor – Perkhidmatan Online
  • Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Nota: Bagi negeri-negri lain akan dikemaskini kemudian

CARA BAYAR SAMAN KOMPAUN KKM

Bayaran Kompaun boleh dibuat di semua Pejabat Kesihatan Daerah (PDKD) di daerah masing-masing. Untuk merujuk lokasi yang tepat, anda boleh merujuk pada pautan di bawah:

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment