BERAPA KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA(Semak Harga & Pakej Terkini)
Kepada pasanagn yang bakal menimang cahaya mata, sudah semestinya ada perancangan ingin bersalin di Hospital Kerajaan atau Swasta. Tetapi seharusnya persiapan awal harus dilakukan berdasarkan persediaan kewangan dan perancangan bersalin anda.Pemilihan hospital untuk bersalin adalah penting terutamanya ibu yang bakal menimang cahaya mata buat pertama kali demi mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik lebih lebih lagi untuk menganggar kadar caj bersalin. Disini kami akan kongsikan kos bersalin bagi Hospital Kerajaan dan juga Swasta, semoga membantu.
KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN
Kos bersalin di Hospital Kerajaan merangkumi beberapa servis seperti caj wad, caj perubatan dan caj rawatan. Selain itu, kelas yang berlainan sama ada kelas 1, kelas 2 ataupun kelas 3 akan dikenakan kadar yang berbeza.
Kos Rawatan Bersalin
Jenis Rawatan | Kelas Satu | Kelas Dua | Kelas Tiga |
Pembedahan Caesarean | RM1,200 | RM400 | RM100 |
Bersalin dengan bantuan: forcep/songsang/vakum | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin kembar | RM600 | RM200 | RM50 |
Bersalin biasa | RM450 | RM150 | RM10 |
Caj Wad Am
Caj sehari bagi seorang | Tidak berhawa dingin | Berhawa dingin |
Kelas Satu: | ||
| RM90 | RM120 |
| RM60 | RM90 |
| RM45 | RM60 |
Kelas Dua | RM25 | RM40 |
Kelas Tiga | RM3 | RM3 |
Caj Bilik Prosedur (Obstetrik)
Bilik bersalin (setiap kemasukan) | RM120 (Kelas Satu sahaja) |
Dewan bedah (setiap kemasukan) | RM120 (Kelas Satu sahaja) |
NOTA: Kadar kos ini berdasarkan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia
KOS BERSALIN HOSPITAL SWASTA
Secara am pakej kosbersalin dan melahirkan anak bagi kebanyakkan hospital swasta adalahs eperti berikut:
- Untuk kelahiran normal paling murah
- Bermula sekitar RM3,000
- Kelahiran yang terlibat dengan pembedahan CZER atau ceaser atau Caesarean
- Bermula sekitar RM10,000
Walaubagaimanapun, sekiranya anda memiliki medical card daripada Syarikat insurans pilihan anda, segala bayaran kos ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans anda (berdasarkan polisi syarikat insurans tersebut)
KESIMPULAN MENGENAI KOS BERSALIN
Secara kesimpulannya, sekiranya anda tiada masalah dari segi keselesaan katil, berhimpit dengan pesakit dan mahu mendapat perkhidmatan terbaik dari doktor sekiranya terdapat implikasi, anda boleh sahaja bersalin di hospital kerajaan kerana kosnya yang sangat murah.
ARTIKEL LAIN
CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI 2022)
Bilik kelas 2 atau 3 boleh booking tak untuk hospital kerajaan?