BERAPA KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA(Semak Harga & Pakej Terkini)

BERAPA KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN & SWASTA(Semak Harga & Pakej Terkini)

Kepada pasanagn yang bakal menimang cahaya mata, sudah semestinya ada perancangan ingin bersalin di Hospital Kerajaan atau Swasta. Tetapi seharusnya persiapan awal harus dilakukan berdasarkan persediaan kewangan dan perancangan bersalin anda.

Pemilihan hospital untuk bersalin adalah penting terutamanya ibu yang bakal menimang cahaya mata buat pertama kali demi mendapatkan pengalaman bersalin yang terbaik lebih lebih lagi untuk menganggar kadar caj bersalin. Disini kami akan kongsikan kos bersalian bagi Hospital Kerajaan dan juga Swasta, semoga membantu.

 

KOS BERSALIN HOSPITAL KERAJAAN

Kos bersalin di Hospital Kerajaan merangkumi beberapa servis seperti caj wad, caj perubatan dan caj rawatan. Selain itu, kelas yang berlainan sama ada kelas 1, kelas 2 ataupun kelas 3 akan dikenakan kadar yang berbeza.

Kos Rawatan Bersalin

Jenis RawatanKelas SatuKelas DuaKelas Tiga
Pembedahan CaesareanRM1,200RM400RM100
Bersalin dengan bantuan: forcep/songsang/vakumRM600RM200RM50
Bersalin kembarRM600RM200RM50
Bersalin biasaRM450RM150RM10

Caj Wad Am

Caj sehari bagi seorangTidak berhawa dinginBerhawa dingin
Kelas Satu:
  • Bilik dengan 1 katil
RM90RM120
  • Bilik dengan 2 katil
RM60RM90
  • Bilik dengan 3 katil atau lebih
RM45RM60
Kelas DuaRM25RM40
Kelas TigaRM3RM3

Caj Bilik Prosedur (Obstetrik)

Bilik bersalin (setiap kemasukan)RM120 (Kelas Satu sahaja)
Dewan bedah (setiap kemasukan)RM120 (Kelas Satu sahaja)

NOTA: Kadar kos ini berdasarkan  laman web Kementerian Kesihatan Malaysia

 

KOS BERSALIN HOSPITAL SWASTA

Secara am pakej kos bersalin dan melahirkan anak bagi kebanyakkan hospital swasta adalahs eperti berikut:

  • Untuk kelahiran normal paling murah
    • Bermula sekitar RM3,000
  • Kelahiran yang terlibat dengan pembedahan CZER atau ceaser atau Caesarean
    • Bermula sekitar RM10,000

Walaubagaimanapun, sekiranya anda memiliki medical card daripada Syarikat insurans pilihan anda, segala bayaran kos  ini akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat insurans anda (berdasarkan polisi syarikat insurans tersebut)

 

KESIMPULAN MENGENAI KOS BERSALIN

Secara kesimpulannya, sekiranya anda tiada masalah dari segi keselesaan katil, berhimpit dengan pesakit dan mahu mendapat perkhidmatan terbaik dari doktor sekiranya terdapat implikasi, anda boleh sahaja bersalin di hospital kerajaan kerana kosnya yang sangat murah.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT UJIAN MAMOGRAM (PERMOHONAN SUBSIDI 2022)

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *