SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)

Utama / KOS RAWATAN PENYAKIT / SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)

SENARAI KOS RAWATAN PENYAKIT DI MALAYSIA (HARGA TERKINI)

Semestinya kesihatan merupakan satu aspek yang paling penting dalam kehidupan kita. Walaubagaimanapun, masalah kesihatan seringkali juga berlaku terhadap anda ataupun orang di sekeliling. Semestinya juga anda ingin mengetahui harga dab kos rawatan penyakit-penyakit di hospital. Disni kami akan kongsikan senarai kos rawatan penyakit, semoga membantu.

 

ADAKAH KOS RAWATAN DI KLINIK KERAJAAN PERCUMA?

Untuk makluman anda, ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi terdapat juga jenis rawatan yang anda masih perlu membayar sehingga ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia.

Walaubagaimanapun kadar bayaran bagi klinik kerajaan adalah berkali ganda lebih murah berbanding kos rawatan di hospital swasta Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

 

PERBANDINGAN ANTARA KLINIK KERAJAAN DAN KLINIK SWASTA

  • Harga di hospital kerajaan pula adalah 30% – 70% lebih murah berbanding hospital swasta
  • Pesakit perlu menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berbanding swasta
  • Ramai yang memilih untuk mendapatkan rawatan segera di hospital swasta sebaik sahaja ianya dikesan, kelewatan mendapatkan rawatan boleh menyebabkan kanser itu merebak (metastatic) kepada organ lain dan ini akan lebih menyulitkan lagi proses rawatan.

 

JENIS PENYAKIT DAN KOS RAWATAN

Berikut adalah merupakan antar jenis penyakit dan anggaran kos rawatan yang diperlukan:

JENIS PENYAKITKOS RAWATAN
Pembedahan OtakRM25,000 – RM40,000
Serangan JantungRM10,000 – RM30,000
Pemindahan JantungRM50,000 – RM80,000
Hipertensi PulmonariRM20,000 – RM40,000
BarahRM3,000 – RM400,000
StrokRM30,000 – RM60,000
Pintasan JantungRM30,000 – RM50,000
Pemindahan HatiRM300,000 – RM400,000
RadioterapiRM1,500 – RM2,000
KimoterapiRM16,000 – RM75,000
Pembedahan KetumbuhanRM12,000 – RM220,000
Batu KarangRM9,000 – RM40,000
Pembedahan tulang BelakangRM40,000 – RM55,000

NOTA: Kadar harga mungkin berbeza bergantung pada Hospital Swasta setiap kawasan yang anda kunjungi

 

KOS RAWATAN BAGI KLINIK KERAJAAN

Untuk mengetahui kadar harga kos rawatan yang dikenakan di hospital kerajaan, anda boleh merujuk kepada website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

 

MAKLUMAT TAMBAHAN

Perlu diingat bahawa kos perubatan yang dinyatakan seperti di atas hanyalah untuk kos servis rawatan semata-mata. Anda masih perlu membayar kos-kos berkaitan yang lain seperti yuran konsultasi, yuran pendaftaran, caj harian wad, bayaran X-ray, ujian darah dan lain-lain lagi.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT FULL MEDICAL CHECK UP(Berapa Kos & Lokasi Klinik)

 

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *