CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK JPJ (Guna Email / WhatsApp)

Utama / LAPOR KESALAHAN TRAFIK JPJ / CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK JPJ (Guna Email / WhatsApp)

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK JPJ (Guna Email / WhatsApp)

 

Sekiranya anda melihat atau merakam melihat kesalahan trafik dilakukan di jalan raya, anda boleh melaporkan kesalahan tersebut kepada pihak berkuasa pada bila-bila masa sahaja. Disini kami akan kongsikan cara lapor kesalahan trafik menggunakan email dan juga whatsapp, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU LAPOR KESALAHAN TRAFIK

Kesalahan trafik merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada berlakunya kemalangan dan kecelakaan di jalan raya. Pihak JPJ juga turut mengkaji semula pelaksanaan hukuman denda dan kompaun yang akan dikenakan kepada pengguna yang melakukan kesalahan trafik.

Ini pasti membuatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati apabila memandu dan menunggang di jalan raya. Masyarakat pula akan lebih yakin dengan keselamatan apabila berada di jalan raya


SIAPA YANG BOLEH MERAKAM KESALAH TRAFIK

Sesiapa sahaja boleh merakam kesalahan trafik  kecuali pemandu kenderaan bagi memastikan keselamatan serta mengelak kemalangan daripada berlaku.

 

KESALAHAN TRAFIK YANG BOLEH DILAPOR

Berikut adalah merupakan kesalahan trafik yang boleh di lapor:

  1. Mengekori kereta hadapan dengan terlalu dekat
  2. Menyalahgunakan laluan lorong kecemasan
  3. Memotong barisan di jalan raya

 

CARA LAPOR KESALAHAN TRAFIK JPJ

Sekiranya anda merakam kesalahan trafik, berikut adalah merupakan cara lapor:

Lapor Kesalahan Menggunakan Email

  1. Hantarkan laporan aduan melalui emel ke [email protected]
  2. Masukkan butiran pengadu seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • No Kad Pengenalan
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nombor Telefon
  3. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkas aduan
    • Jenis Kenderaan
    • Tarikh dan Masa
    • Nombor Pendaftaran Kenderaan
    • Tempat Kejadian
    • Salinan Foto, Video atau Dokumen Berkaitan
  4. Pihak JPJ akan mengeluarkan Notis 114 iaitu notis temu siasat pada pemilik kenderaan yang dilaporkan untuk memberi keterangan lanjut berhubung kesalahan yang dilakukan
  5. Sekiranya didapati bersalah, Notis P22 iaitu notis saman akan dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terbabit

NOTA: Pastikan gambar atau video yang diambil adalah jelas. Pengaktifan location tags pada tetapan aplikasi kamera digalakkan bagi memudahkan mendapatkan rekod maklumat masa, tarikh dan lokasi yang lebih tepat

Lapor Kesalahan Menggunakan Whatsapp

  1. Whatsapp ke 013-4498997
  2. Nyatakan butiran kesalahan sebagai bukti bersama maklumat berikut:
    • Laporan ringkasan aduan
    • Tarikh / masa
    • Tempat kejadian
    • Jenis kenderaan
    • Nombor pendaftaran kenderaan
    • Salinan foto, video atau dokumen berkaitan
  3. Masukkan juga butiran pengadu seperti berikut:
    • Nama penuh
    • Alamat surat menyurat
    • Nombor kad pengenalan
    • Nombor telefon

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara lapor kesalahan tarfik, anda boleh layari facebook rasmi JPJ di pautan https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/

 

ARTIKEL LAIN

CARA CHECK SAMAN SMS (POLIS & JPJ)

 

10 Comments

  1. Memotong barisan di hadapan SJKC CHENG CHONG SG ARA..Harap pihak JPJ dapat atasi masalah ini dgn kadar segera..jalan SG ke Relau jem teruk disebabkan pemandu yg mementing diri sendiri..tq

  2. Syarikat maxim ehailing tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan membenarkan pemandu tiada lesen psv,tiada Insuran ehailing dan tiada EVP mengambil dan menghantar penumpang d kawasan Kota Bharu Kelantan

  3. toyota vios bernombor pendaftaran FN4099 berwarna hitam telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu di berhampiran pintu gerbang jalan persekutuan pada jam 7:15 pagi bertarikh 27/09/2022,menyebab kan seorang penunggang motorsikal hampir terbabas dan juga saya di marahi pemandu kereta di belakang kerana berfikir saya punca jalan agak perlahan

  4. Terdapat satu terminal lori yang tiada permit sah dari pihak berwajib.buat sekatan jalan dihadapan pintu masuk tempat berkenaan sita mana lori yang memiliki nama di badan lori haji bahari.alamat terminal lori berkenaan di kg batu 9 beseri 02400 perlis.jangan terlepas sebiji pun milik beliau dan tindakan tegas harus diambil keatas beliau1

  5. Terdapat di Pekan Subang kg Melayu U3 Shah Alam Selangor kereta tampa permit mengambil penumpang(teksi sapu) beroperasi dengan bebas harap diambil tindakan selanjutnya oleh pihak JPJ

  6. Ramai warga asing dari Indonesia yg bekerja sbg buruh binaan memiliki kenderaan spt motorsikal dan kereta tetapi tiada lesen. ianyer begitu ramai seolah olah tiada pemantauan dr pihak berkuasa. skrg mereka tgh mengubah suai rumah dihadapan rumah sy di Bandar Enstek,Nilai,N.Sembilan.

  7. Saya nak report pemandu taxi ,HJA 6391 ,PADA 31/03/23 MASA 21.30
    Di paragon suites ambil isteri saya balik rumah , dalam taxi marah isteri saya dan pukul isteri saya , buka pintu panggil isteri saya turun taxi , apa ini pemandu .

  8. Motor parking di tengah jalan menyebabkan sesakan lalu lintas setiap hari dari pukul 7:30am ~ 2:00pm
    Tempat lokasi : Jalan 241 Sek 51A, Petaling Jaya (depan safeguard)

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *