Permohonan Laptop Baucar Buku Yayasan Sarawak

Tawaran Laptop Percuma dan Baucar Buku Yayasan Sarawak Sesi 2024/2025

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan laptop percuma dan baucar buku melalui Biasiswa Yayasan Sarawak 2024/2025 kini dibuka untuk anak kelahiran Sarawak.

Permohonan Laptop Baucar Buku Yayasan Sarawak

Insentif Laptop Percuma & BaucarBuku Yayasan Sarawak

Terdapat dua insentif yang ditawarkan kepada pelajar yang berkelayakan:

  1. LAPTOP PERCUMA
  2. BAUCAR BUKU

Tarikh Permohonan Laptop BaucarBuku Yayasan Sarawak

Permohonan dibuka dari 1 Julai hingga 14 Ogos 2024.

Cara Permohonan Laptop Percuma & Baucar Buku Yayasan Sarawak 2024

SYARAT PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA:

  • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak.
  • Mengikuti Diploma Tahun Pertama atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA & IPTS seluruh Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1500.

CARA PERMOHONAN LAPTOP PERCUMA:

  1. Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my.
  2. Daftar dan login menggunakan Sarawak ID.
  3. Isi butiran pada borang permohonan.
  4. Muat turun dan tandatangani Surat Pengesahan oleh pihak institusi anda.
  5. Hantar Surat Pengesahan anda.
  6. Lengkapkan dan hantar borang permohonan.
  7. Semak status permohonan anda (pemakluman melalui e-mel).
  8. Jika diluluskan, muat turun aplikasi My-Yayasan Customer App untuk kemaskini alamat anda. Laptop percuma akan dihantar dalam tempoh 8-10 minggu selepas kelulusan.

SYARAT PERMOHONAN BAUCAR BUKU:

  • Pelajar merupakan anak kelahiran Sarawak.
  • Layak memohon dari peringkat Asasi hingga PhD di IPTA & IPTS seluruh Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM1500.

CARA PERMOHONAN BAUCAR BUKU:

  1. Layari laman web https://myys.yayasansarawak.org.my.
  2. Daftar dan login menggunakan Sarawak ID.
  3. Isi butiran pada borang permohonan.
  4. Muat turun dan tandatangani Surat Pengesahan oleh pihak institusi anda.
  5. Hantar Surat Pengesahan anda.
  6. Lengkapkan dan hantar borang permohonan.
  7. Semak status permohonan anda (pemakluman melalui e-mel).
  8. Jika diluluskan, anda akan menerima RM500 kredit percuma di wonderbuuk.com untuk pembelian buku dan e-buku.

Maklumat Lanjut Laptop Baucar Buku Yayasan Sarawak

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web https://myys.yayasansarawak.org.my/ atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/sarawak.foundation.

Artikel Lain > Permohonan Rumah HDC Sarawak(Login Semakan Bayaran)
Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *