CARA BOOKING LAWATAN KELUARGA PUSPEN(Waktu & No Hotline)

CARA BOOKING LAWATAN KELUARGA PUSPEN(Waktu & No Hotline)

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) kini membenarkan sesi lawatan keluarga dan penjaga bagi individu yang mengikuti Program Rawatan dan Pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di seluruh negara. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara booking lawatan keluarga PUSPEN, semoga membantu.

APA ITU PUSPEN

PUSPEN ialah pusat pemulihan dadah yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar.

Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 atau melalui perintah mahkamah di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983. PUSPEN turut menerima kemasukan klien remaja di bawah peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.

PERKHIDMATAN PUSPEN

Program yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kepulihan klien dengan mengimplemenkan penjadualan klien yang mengandungi kandungan Modul Psikosososial yang mempunyai evidence based iaitu :

  • Penagih dadah
  • Pengguna dadah
  • Penyalahguna dadah.
  • Co dependance(ahli keluarga yg terlibat dgn masalah dadah)

TUJUAN LAWATAN KELUARGA PUSPEN

Sesi lawatan itu akan memberi ruang dan peluang kepada keluarga dan penjaga bertemu mesra serta sebagai pendekatan teraputik dalam menyokong setiap individu yang ditempatkan di PUSPEN untuk terus memberi komitmen dalam mengekalkan kepulihan penagihan.

WAKTU OPERASI LAWATAN KELUARGA PUSPEN

Waktu lawatan ditetapkan bermula pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Walaubagaimanapun, waktu lawatan sebenar ianya bergantung kepada PUSPEN di kawasan anda.

CARA BOOKING LAWATAN KELUARGA PUSPEN

Permohonan untuk sesi lawatan janji temu itu boleh dibuat menerusi panggilan telefon, mesej pesanan ringkas (SMS), pesanan aplikasi WhatsApp, surat atau email kepada Pegawai Pemulihan di PUSPEN masing-masing.

NOMBOR TALIAN HOTLINE PUSPEN

Orang ramai juga boleh menghubungi PUSPEN berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menghubungi talian hotline bagi mendapatkan khidmat nasihat atau aduan berkaitan permasalahan dadah seperti berikut:

  • Helo AADK: 1-800-22-AADK (2235)
  • Whatsapp: 019-626 2233

SOALAN LAZIM (FAQ) PUSPEN

Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan di PUSPEN ?

  • Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan

Bagaimana mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela di PUSPEN?

  • Boleh hadir terus secara walk in ke PUSPEN Sukarela yang disenaraikan atau boleh hadir ke mana-mana Pejabat  AADK Daerah  berhampiran untuk mendapatkan maklumat awal berhubung proses kemasukan ke PUSPEN Sukarela

Apakah jenis program rawatan dan pemulihan yang disediakan di PUSPEN?

Program yang disediakan adalah berdasarkan keperluan kepulihan klien dengan mengimplemenkan penjadualan klien yang mengandungi kandungan Modul Psikosososial yang mempunyai evidence based iaitu :

  • Detoksifikasi Perubatan
  • Pembentukan fizikal dan disiplin
  • Pemulihan psikologi dan mental
  • Sivik dan Tatanegara
  • Latihan Kemahiran dan Vokasional
  • Agama dan Spiritual
  • Sosial dan Reakrasi
  • Integrasi Masyarakat

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi PUSPEN atau layari laman web rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment