CARA AMBIL LESEN GDL (Permohonan & Check Harga Goods Driver License)

Utama / LESEN GDL / CARA AMBIL LESEN GDL (Permohonan & Check Harga Goods Driver License)

CARA AMBIL LESEN GDL (Permohonan & Check Harga Goods Driver License)

Sekiranya andaberhajat untuk untuk mengambil lesen Vokasional atau GDL susah semestinya anda ingin mengetahui cara permohonan dan kadar harga. Disini kami kongsikannya, semoga membantu.

 

APA ITU LESEN GDL

Lesen GDL (Good Driving License) adalah lesen kenderaan barangan. Ia melibatkan pengangkutan yang membawa barangan untuk mengangkut barang-barangan. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu motokar ringan, motokar berat kejur, dan motokar bersendi.

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN LESEN VOKASIONAL (GDL)

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan lesenGDL:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Mempunyai lesen memandu kompeten yang sah sekurang-kurangnya lesen memandu Kelas D
  3. Berumur 21 tahun ke atas bagi lesen vokasional
  4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik dan memuaskan
  5. Lulus Pemeriksaan perubatan Borang JPJL8A
  6. Menghadiri Kursus Kurikulum Perlesenan Pemandu Vokasional
  7. Lulus dalam ujian teori
  8. Pemohon warganegara Singapura hanya layak memohon di JPJ Johor Bahru sahaja

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  1. MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil
  2. Pengenalan diri asal wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal mestilah berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
  4. Borang JPJL8A.
  5. Borang JPJL12.
  6. Sijil JPJL2C
  7. 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm
  8. Bayaran RM20.00
  9. Memegang pasport yang masih berkuatkuasa (warga Singapura)

 

CARA PERMOHONAN LESEN GDL

Sekiranya anda tmemenuhi kelaykayan, berikut adlaah emrupakan cara untuk membuat perhonan lesenGDL:

  1. Sila Muat turun:
  2. Anda perlu membuat saringan kesihatan (medical check up) di hospital atau klinik yang diiktiraf
  3. Pastikan borang yang dimuat turun dilengkapkan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertugas dan simpan resit pembayaran sebagai bukti pendaftaran
  4. Hubungi atau hadirkan diri ke institut memandu yang terdekat untuk mendaftar dan membuat pembayaran
  5. Seterusnya anda perlu menghadiri ceramah teori selama 7 jam. 5 jam adalah kursus daripada pihak institut memandu dan 2 jam untuk kursus teori JPJ
  6. Anda akan menduduki ujian bertulis (teori) seminggu selepas kursus dan markah lulus adalah 42 daripada 50 soalan
  7. Bawa dokumen lulus ujian untuk proses membuat lesen goods driving license di institut memandu yang anda pilih

 

PROGRAM MYLESEN GDL 2.0

Program MyLesen GDL 2.0 telah dirangka bertujuan untuk menarik dan melatih calon warganegara Malaysia yang layak dan berpotensi untuk mengisi kekosongan jawatan dengan menawarkan subsidi bagi lesen memandu (E Full) dan Goods Driving License (GDL) Bersendi. Program ini menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19. Program ini terbuka kepada semua syarikat-syarikat logistik dan pengangkutan yang memerlukan pengisian jawatan kosong bagi pemandu dari semua jenis kenderaan perdagangan.

Tawaran Program 

  • Terbuka kepada individu yang sedang cari kerja khususnya kepada individu yang terjejas akibat COVID19.
  • Terbuka kepada syarikat-syarikat logistik atau pengangkutan yang memerlukan pekerja (pemandu kenderaan perdagangan/pemandu lori).
  • Penempatan pekerjaan adalah bergantung kepada tawaran pekerjaan dalam industri.

Tarikh Tutup Permohonan

  • Kuota adalah sebanyak 700 peserta sahaja. Pendaftaran terhad kepada permohonan yang terawal.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki lesen memandu kelas D atau E (CDL)
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Tiada dalam senarai hitam mahkamah, PDRM, JPJ
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  •  Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (Bagi Syarikat)

Terma Dan Syarat Program

  • Mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej ini
  • Calon yang layak akan ditemuduga oleh syarikat logistik / pengangkutan dan ditawarkan pekerjaan / penempatan di syarikat terlebih dahulu sebelum memulakan latihan di Institut Memandu (IM) yang terpilih.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.
  • Peserta perlu mengikuti kursus, latihan, amali dan lesen E Full & GDL Bersendi mengikut SOP yang ditetapkan.

Cara Permohonan

  • Kepada Individu yang berminat boleh mengisi borang permohonan disini: Google Form
  • Kepada Syarikat yang berminat boleh mengisi borang permohonan disini: Google Form

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara ambil lesen GDL, anda boleh melayari website rasmi JPJ di pautan https://www.jpj.gov.my/

 

ARTIKEL LAIN

CARA RENEW LESEN GDL DI JPJ (Semak Harga & Isi Borang)

 

One comment

  1. Salam 1Malaysia.. sya Lawai dari Bintulu Sarawak.. soalan : saya sudah ada Lesen E Lori.. Cuma Mcm mna Cara nak mohon GDL Bersendi.. Serta Harga..?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *