LOAN KERETA LULUS TIDAK(Nak Tahu Berapa Lama)

CARA NAK TAHU LOAN KERETA LULUS TIDAK(Berapa Lama Loan Lulus)

Sekiranya anda mempunyai perancangan mahu beli kereta tetapi tidak mampu untuk membayar secara tunai, semestinya anda akan membuat pinjaman bank. Semestinya anda ingin ketahui sama anda permohonan pinjaman anda dapat kelulusan bank atau tidak bagi pinjaman kereta ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk ketahui sama anda loan kereta anda lulus atau tidak, semoga membantu.

KETAHUI ISTILAH BAGI LOAN KERETA

Semestinya untuk membuat permohonan loan kereta anda terdapat istilah yang akan digunakan seperi berikut:

Margin Pembiayaan (Margin of Financing)Margin pembiayaan atau margin of financing merupakan jumlah pinjaman yang anda perlu tanggung dan bayar setiap bulan dalam sesuatu tempoh jangka masa serta kadar faedah yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh bank.
Kadar FaedahSetiap institusi bank di Malaysia menggunakan jenis kadar faedah atau interest rate yang berbeza- beza. Secara amnya, kadar faedah loan kereta bagi kereta yang berharga rendah, akan dikenakan lebih tinggi berbanding kadar faedah yang dikenakan kepada kereta yang berharga tinggi di pasaran.
Penjamin Kereta (Guarantor Kereta)Penjamin atau guarantor kereta ialah individu lain yang bersetuju untuk menyelesaikan baki pinjaman bagi pihak peminjam jika pihak peminjam gagal membayar balik pinjaman tersebut. Penjamin mungkin diperlukan dalam urusan permohonan loan kereta sekiranya anda tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap dan sejarah kredit yang bersih ataupun jumlah pinjaman semasa melebihi peratus pendapatan yang dibenarkan oleh institusi bank yang anda mohon.

CARA NAK KETAHUI LOAN KERETA LULUS TIDAK

Semestinya untuk anda mengetahui kelayakan loan anda tersebut lulus atau tidak, berikut adalah merupakan beberapa faktor iaitu:

Mempunyai lesen memandu keretaUntuk memohon pinjaman kereta anda perlu ada lesen memandu yang sah. Ini adalah salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada kelulusan loan kereta anda.
Ada penjaminPenggunaan penjamin atau biasa disebut “guarantor” adalah untuk mengukuhan permohonan pinjaman individu yang tidak layak berdasarkan faktor-faktor tertentu.
Bank / wakil penjual kereta akan callCall interview ini adalah merupakan salah satu proses proses temuduga telefon yang dijalankan oleh bank untuk menilai kelayakan pelanggan yang ingin memohon pinjaman kereta bagi memberikan kelulusan permohonan pinjaman
Rekod CCRIS, CTOS dan nilai DSR cantikCCRIS adalah rekod perjalanan kredit anda.
CTOS pula adalah maklumat tentang kewangan anda.
DSR adalah pengiraan hutang anda berdasarkan pendapatan.
Dokumen lengkapPastikan anda submit semua dokumen permohonan pinjaman anda dengan lengkap tanpa tertinggal satu pun.
Jenis & Status PekerjaanPihak bank akan melihat anda bekerja di sektor atau industri mana (contoh, sektor awam atau bekerja sendiri) dan mereka juga akan teliti status jawatan seperti jawatan tetap ataupun jawatan kontrak.

TEMPOH PROSES LOAN KERETA LULUS

Biasanya pihak bank akan menghubungi anda dalam 2 hingga 3 hari bekerja. Tujuannya adalah untuk pengesahan bahawa anda membuat pinjaman tersebut. Keputusan bank untuk meluluskan pinjaman adalah selama 2-3 hari bekerja.

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “LOAN KERETA LULUS TIDAK(Nak Tahu Berapa Lama)”

Leave a Comment