LOGIN EPCB 2023(ID CARA GUNA & KEMASKINI SISTEM POTONGAN CUKAI BULANAN)
Bagi mereka yang bekerja makan gaji, pastinya setiap hujung bulan anda ternanti-nanti kehadiran slip gaji daripada majikan dan juga melihat baki terbaru yang telah dikemaskini di dalam akaun bank. Setiap kali belek slip gaji, pasti terlihat bahagian potongan yang dilabel sebagai PCB (bagi mereka yang layak dikenakan cukai).
Tetapi bagaimana bagi majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian komputer? Sistem e-PCB telah diperkanalkan, disini kami kongsikan cara daftar sistem e-PCB dan cara kemaskini. Semoga membantu.
APA ITU E-PCB
E-PCB ialah Sistem Potongan Cukai Bulanan. E-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk mengira dan menyemak PCB. Sistem ini membantu majikan untuk menyimpan maklumat pekerja dan mengemukakan data bayaran PCB secara dalam talian kepada LHDNM. Ia juga menjimatkan masa dan memastikan pengiraan PCB yang betul dan tepat.
Sistem e-PCB disediakan untuk kegunaan majikan yang tidak mempunyai sistem penggajian berkomputer untuk:
- menyimpan maklumat pekerja dan bayaran PCB/CP38
- mengira PCB pada setiap bulan
- memastikan PCB yang dikira betul dan tepat
- mengemukakan data bayaran PCB/CP38 secara dalam talian
CARA PENDAFTARAN E-PCB
Berikut adalah cara pendaftaran sistem e-PCB:
- Layari Sistem e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/
- Klik pada Pengguna Baru
- Masukkan No Majikan da tekan hantar
- Masukkan maklumat Majikan di ruangan disediankan
- Masukkan alamat email
- Masukkan ID PENGGUNA dan KATA LALUAN anda inginkan
- Isikan Kod Keselamatan yang tertera
- Tekan hantar. Pendaftaran anda telah berjaya
CARA LOGIN EPCB
Berikut adalah cara Login sistem ePCB:
- Layari Sistem e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan Anda
- Masukan Kod Keselamatan Seperti Yang Ditunjukan
- Tekan Hantar. Anda telah selesai login
CARA RESET KATA LALUAN e-PCB
Berikut adalah cara Reset kata laluan sistem e-PCB:
- Layari Sistem e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/
- Klik pada ‘Lupa Kata Laluan”
- Sila masukkan alamat email yang digunakan ketika proses pendaftaran.
- Sila masukkan Kod Keselamatan seperti yang tertera.
- Sila klik untuk menghantar maklumat bagi mendapatkan semula kata laluan. Kata laluan anda akan dihantar ke alamat email
- yang dimasukkan.
CARA PENGGUNAAN SISTEM EPCB
Pastikan anda login terlebih dahulu ke dalam sistem ePCb. Berikut adalah cara penggunaannya:
- Kumpulan Pekerja – pastikan wujudkan kumpulan pekerja terlebih dahulu
- Daftar perkerja – di ruangan Pekerja > Tambah Pekerja
- E-Pay Fbx – untuk pengiraan / kemaskini dan pembayaran PCB
- Bayaran Tahunan – untuk melihat ringkasan kiraan PCB yang telah dibuat. Sistem memaparkan semua maklumat yang telah dikemaskini oleh setiap ID Kumpulan Pekerjanya.Manaka ID Kumpulan Pekerja hanya boleh melihat maklumat bayaran tahunan bagi kumpulan pekerjanya sahaja.
- Tukar Status Pengesahan
- Kemaskini Info Majikan
- Praisi eFiling
- Maklumat PCB/CP38/Tambahan
- Borang EA
- Kemaskini Maklumat Resit
SOALAN LAZIM LOGIN EPCB
Apakah jenis pendapatan yang layak dikenakan PCB?
Pendapatan berkenaan dengan perolehan atau keuntungan daripada sesuatu pekerjaan contohnya gaji, upah, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, tip, bonus/insentif, perkuisit, ganjaran, pampasan kerana kehilangan pekerjaan dan lain-lain.
Bolehkah pekerja mengarahkan majikan supaya tidak membuat potongan PCB ke atas saraannya dengan alasan ingin membayar zakat pada hujung tahun?
Dalam kes pembayaran zakat, seseorang itu perlulah membayar zakatnya pada hujung tahun daripada saku sendiri dahulu, dan seterusnya membuat tuntutan kembali kepada LHDNM melalui pemfailan cukai seperti biasa dengan mengemukakan resit zakat yang telah dibayar untuk mendapat semula amaun setara dari PCB yang telah dibayar.
Apakah kaedah yang digunakan oleh majikan dalam menentukan jumlah PCB yang perlu dipotong?
Penentuan amaun PCB boleh ditentukan samada dengan kaedah pengiraan penggajian berkomputer atau merujuk kepada Jadual Potongan Cukai Bulanan yang boleh didapati di laman web LHDNM.
MAKLUMAT LANJUT LOGIN EPCB
Untuk mendapatkanmaklumat lanjut dan pertanyaan tentang login ePCB boleh:
- Layari Manual pengguan e-PCB: https://ekls.hasil.gov.my/Manual_ePCB.pdf
- Hubungi: 03-8911 1000 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi – 4.30 petang)
ARTIKEL LAIN
MyTAX HASIL 2022(Cara Daftar Login Semakan Status Bayaran Balik)
LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)
SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)
4 thoughts on “LOGIN EPCB 2023(ID CARA GUNA & KEMASKINI SISTEM POTONGAN CUKAI BULANAN)”