LOGIN PBE PUBLIC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(pbebank.com)
Disini kami ingin kongsikan cara untuk register online baking Public Bank dan login PBE Public Bank.
PENGENALAN PUBLIC BANK
Public Bank Berhad merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, Public Bank juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) PBe merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Public Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Public Bank melalui Pbe
CARA DAFTAR ONLINE BANKING PUBLIC BANK
Bagi anda yang sudah mempunyai akaun bank Public Bank, anda juga boleh mendaftar akaun online banking PBe. Namun, sebelum boleh login servis Public Bank online (pbebank.com), anda perlu buat pendaftaran Public Bank Online Banking terlebih dahulu.
Terdapat 2 cara untuk daftar Online Banking Public Bank:
- Daftar PBe Public Bank Menggunakan Mesin ATM Public Bank
- Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) yang berhampiran anda untuk mendaftar servis PBe.
- Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES.
- Pada laman seterusnya, pilih Register Internet Banking.
- Akan keluar notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
- Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code (PAC). Nombor telefon anda bagi yang Malaysia mestilah tidak melebihi 11 digit, manakala bagi yang Singapura mestilah tidak melebihi 10 digit.
- Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun PBebank anda.
- Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan.
- Daftar di Cawangan Public Bank
- Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank berhampiran anda.
- Maklumkan bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
- Anda akan diserahkan borang untuk mendaftar akaun ini.
- Ikuti prosiding yang dinyatakan oleh pegawai bank dan lengkapkan borang tersebut.
- Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen lain yang relevan kepada pegawai bank.
- Proses pendaftaran anda selesai. Anda akan mendapat ID dan password untuk login ke PBe.
CARA LOGIN PBe PUBLIC BANK
Setelah anda selesai pendaftaran online banking Public Bank samaada melalui kaunter atau mesin atm, anda boleh ikuti langkah ini untuk login ke Pbe:
- Layari https://www.pbebank.com/.
- Pastikan laman web menunjukkan butang hijau “Public Bank Berhad [MY]” untuk keselamatan.
- Tekan butang Login dan pilih PBe.
- Masukkan ID dan password yang diperoleh semasa pendaftaran.
- Baca dan terima terma dan syarat.
- Masukkan ID baru, password, jawapan soalan memorable, dan Personal Login Phrase.
- Pastikan PLP unik, 13-20 aksara, dan tidak sama dengan ID atau password.
- Masukkan alamat emel (opsional) dan tekan Submit.
- Proses login pertama mungkin mengambil masa 2-10 minit.
- Log keluar secara automatik setelah ID berjaya diproses.
- Log masuk semula menggunakan ID dan password yang baru dicipta.
SOALAN LAZIM
- Apa itu Pendaftaran PBe?
- Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan Public Bank mendaftar untuk mengakses Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian, PBe.
- Apakah syarat untuk mendaftar PBe?
- Untuk mendaftar ke PBe, anda mesti memenuhi SATU syarat berikut:
- Mempunyai ID Sementara dan Kata Laluan semasa melanggan PBe di cawangan
- Mempunyai Kad ATM atau Kad Kredit / Debit PB dengan PIN kad berdaftar
- Apa itu kad PIN?
- Bagi pemegang Kad ATM, PIN kad merujuk kepada PIN ATM 6 digit anda.
- Untuk pemegang Kad Kredit / Debit PB, PIN kad merujuk kepada PIN 6 digit anda yang dibuat semasa kad diaktifkan.
- Apakah syarat untuk ID Pengguna?
- ID Pengguna PBe anda mesti memenuhi kriteria berikut:
- Antara 6 hingga 12 watak
- Huruf pertama dan kedua mestilah huruf abjad
- Ruang tidak dibenarkan
- Bolehkah saya melakukan perkhidmatan ini jika saya berada di luar negara?
- Anda boleh mendaftar untuk PBe selagi anda tersambung ke Internet. Namun, jika anda menggunakan SMS PAC, perayauan antarabangsa harus diaktifkan untuk menerima SMS PAC anda.
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR LIMIT TRANSFER PBE BANK ONLINE (Ubah & Tambah Online)
Saya Sudan daftar ,tetapi lupa Id password???
Please help me
Tukar kad ATM..mcm mna nak buat temujanji..
sya nk tukar nmbor online banking
Nak tukar nombor telefon