LOGIN PBE PUBLIC BANK:CARA REGISTER ONLINE BANKING(pbebank.com)
Ekoran daripada edaran zaman yang serba canggih, salah satunya adalah online banking. Banyak ciri yang sangat membantu melalui online banking menjadikan pelanggan ingin segera mendaftar dan mengaktifkan internet banking.
Selain menjadi lebih mudah dan lebih praktikal, internet banking juga boleh menjalankan pelbagai aktiviti seperti check balance, transfer duit, top up kredit termasuk membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit.
Hanya dengan menggunakan komputer atau handphone dan perkhidmatan internet yang tersedia, pelanggan dimanjakan untuk melakukan aktiviti di atas tanpa perlu keluar dari rumah dan pergi ke ATM.
Disini kami ingin kongsikan cara untuk register online baking Public Bank dan login PBE Public Bank.
PENGENALAN PUBLIC BANK
Public Bank Berhad merupakan salah satu bank komersial yang terdapat di Malaysia. Seperti bank-bank lain iaitu Maybank, RHB, Bank Rakyat dan sebagainya, Public Bank juga menyediakan servis untuk transaksi masuk dan keluar kewangan anda.
Perkhidmatan Perbankan Internet (online banking) PBe merupakan perkhidmatan yang diperkenalkan Public Bank sebagai cara untuk memudahkan urusan harian pelanggannya dengan menjalankan transaksi keluar dan masuk wang secara atas talian (online).
Dengan hanya berbekalkan laptop, telefon bimbit dan capaian Internet yang berkualiti, anda akan mendapat full access kepada segala servis yang ditawarkan oleh Public Bank melalui Pbe
DAFTAR ONLINE BANKING PUBLIC BANK
Bagi anda yang sudah mempunyai akaun bank Public Bank, anda juga boleh mendaftar akaun online banking PBe. Namun, sebelum boleh login servis Public Bank online (pbebank.com), anda perlu buat pendaftaran Public Bank Online Banking terlebih dahulu.
Terdapat 2 cara untuk daftar Online Banking Public Bank:
- Daftar PBe Public Bank Menggunakan Mesin ATM Public Bank
- Pergi ke mana-mana mesin Automated Teller Machine (ATM) yang berhampiran anda untuk mendaftar servis PBe.
- Pada mesin ATM, pilih OTHER SERVICES.
- Pada laman seterusnya, pilih Register Internet Banking.
- Akan keluar notis menyatakan bahawa pemegang akaun bersama perlu mendaftarkan akaun PBe di mana-mana cawangan Public Bank dan tidak sah melalui mesin ATM. Dinyatakan juga bahawa user ID buat anda yang ingin login pertama kali akan terpapar di slip yang akan tercetak di mesin ATM. Tekan butang PRESS TO CONTINUE.
- Pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon anda untuk mendapatkan resit untuk PBe Authentication Code (PAC). Nombor telefon anda bagi yang Malaysia mestilah tidak melebihi 11 digit, manakala bagi yang Singapura mestilah tidak melebihi 10 digit.
- Kemudian, pada laman seterusnya, masukkan kod PIN enam digit yang anda mahu gunakan untuk akaun PBebank anda.
- Pendaftaran anda berjaya. Ambil semula kad anda dan slip cetakan.
- Daftar di Cawangan Public Bank
- Pergi ke mana-mana cawangan Public Bank berhampiran anda.
- Maklumkan bahawa anda ingin mendaftar akaun PBe.
- Anda akan diserahkan borang untuk mendaftar akaun ini.
- Ikuti prosiding yang dinyatakan oleh pegawai bank dan lengkapkan borang tersebut.
- Serahkan borang tersebut bersama dengan dokumen lain yang relevan kepada pegawai bank.
- Proses pendaftaran anda selesai. Anda akan mendapat ID dan password untuk login ke PBe.
CARA LOGIN PBe PUBLIC BANK
Setelah anda selesai pendaftaran online banking Public Bank samaada melalui kaunter atau mesin atm, anda boleh ikuti langkah ini untuk login ke Pbe:
- Sila layari https://www.pbebank.com/.
- Anda akan dibawa ke laman depan rasmi PBe.
- Scroll ke bahagian kiri atas laman untuk lihat ke bahagian URL. Pastikan ada tertera butang hijau yang bertulis Public Bank Berhad [MY], tandanya anda berada di website yang selamat.
- Scroll pula ke bahagian kanan atas laman, dan tekan butang Login.
- Akan keluar sub menu. Kemudian, tekan butang PBe.
- Anda akan dibawa ke laman seterusnya yang memerlukan anda untuk login buat kali pertama. Pada ruangan Login to PBe, masukkan ID yang anda dapat dengan pendaftaran melalui mesin ATM ataupun cawangan Public Bank. Tekan butang Next.
- Satu lagi ruangan akan tertera. Masukkan password yang juga anda peroleh melalui dua acara ini. Kemudian, tekan butang Login.
- Pada laman seterusnya, baca terma dan syarat dengan teliti. Setelah selesai, scroll ke bawah dan tekan butang Accept.
- Pada laman seterusnya, pada ruangan New User ID, masukkan ID baru yang anda ingin gunakan untuk akaun PBebank anda. ID anda mestilah mempunyai 6 hingga 12 aksara, mempunyai abjad sahaja pada dua aksara yang pertama, serta ID secara keseluruhan hanya mempunyai nombor dan abjad SAHAJA tanpa sebarang ikon dan simbol yang lain.
- Pada ruangan New Password, masukkan password yang anda ingin gunakan untuk akaun anda. Password anda mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, mesti mempunyai minimum satu abjad dan satu nombor, serta password ini bersifat case sensitive. Misalnya; KANCIL123 tidak sama dengan kancil123.
- Pada ruangan Confirm New Password, masukkan sekali lagi password yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan Memorable Question, pilih soalan yang anda ingin gunakan sebagai backup sekiranya anda terlupa ID atau password anda untuk login PBebank online yang seterusnya.
- Pada ruangan Memorable Answer, masukkan jawapan anda untuk soalan tersebut.
- Pada ruangan Personal Login Phrase, masukkan apa-apa perkataan atau frasa pendek yang anda ingin gunakan sebagai pengesahan untuk akaun anda. Personal Login Phrase atau PLP ialah frasa khusus yang wujud untuk mengesahkan bahawa akaun yang anda cuba untuk login itu adalah betul-betul akaun anda. Sekiranya frasa PLP anda tidak terpapar semasa proses login anda, sama ada PLP langsung tidak terpapar atau PLP lain daripada PLP yang anda cipta terpapar, jangan login kerana kemungkinan anda sedang loginkepada akaun milik orang lain.
- Pastikan PLP anda mempunyai 13 hingga 20 aksara alpha-numeric, yang juga mengandungi aksara istimewa menggunakan simbol. PLP juga tidak boleh sama dengan ID atau password akaun anda.
- Pada ruangan Email Address (Optional), masukkan alamat emel anda.
- Tekan butang Submit.
- Login kali pertama anda akan diproses dan mengambil masa 2 hingga 10 minit untuk disempurnakan. Anda akan keluar daripada akaun anda secara automatik setelah ID yang anda cipta berjaya diproses. Anda kemudian boleh login semula ke akaun PBe anda menggunakan ID dan password yang anda cipta.
SOALAN LAZIM
- Apa itu Pendaftaran PBe?
- Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan Public Bank mendaftar untuk mengakses Perkhidmatan Perbankan Dalam Talian, PBe.
- Apakah syarat untuk mendaftar PBe?
- Untuk mendaftar ke PBe, anda mesti memenuhi SATU syarat berikut:
- Mempunyai ID Sementara dan Kata Laluan semasa melanggan PBe di cawangan
- Mempunyai Kad ATM atau Kad Kredit / Debit PB dengan PIN kad berdaftar
- Apa itu kad PIN?
- Bagi pemegang Kad ATM, PIN kad merujuk kepada PIN ATM 6 digit anda.
- Untuk pemegang Kad Kredit / Debit PB, PIN kad merujuk kepada PIN 6 digit anda yang dibuat semasa kad diaktifkan.
- Apakah syarat untuk ID Pengguna?
- ID Pengguna PBe anda mesti memenuhi kriteria berikut:
- Antara 6 hingga 12 watak
- Huruf pertama dan kedua mestilah huruf abjad
- Ruang tidak dibenarkan
- Bolehkah saya melakukan perkhidmatan ini jika saya berada di luar negara?
- Anda boleh mendaftar untuk PBe selagi anda tersambung ke Internet. Namun, jika anda menggunakan SMS PAC, perayauan antarabangsa harus diaktifkan untuk menerima SMS PAC anda.
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR LIMIT TRANSFER PBE BANK ONLINE (Ubah & Tambah Online)
Saya Sudan daftar ,tetapi lupa Id password???
Please help me
Tukar kad ATM..mcm mna nak buat temujanji..
sya nk tukar nmbor online banking