LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE
Kepada rakyat negeri Melaka atau pemastautin Melaka boleh memohon pelbagai kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang lebih rendah berbanding pasaran melalui Lembaga Perumahan Melaka (LPNM).
Bagaimanakah cara mohon RMM?Permohonan dan syarat kelayakan bagi memiliki Rumah Mampu Milik di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka.
Macam mana nak mohon Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia(PPAM)?
APA ITU LPNM?
Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002.
Sebelum Lembaga Perumahan Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan.
KATEGORI RUMAH MAMPU MILIK MELAKA
Kategori Rumah Mampu Milik Yang Ditawarkan Oleh Lembaga Perumahan Melaka
- Rumah PPR
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
Harga maksimum: RM42,000 /unit
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 750 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
- Rumah Kos Rendah
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 20 tahun ke atas
Harga maksimum: RM42,000 /unit
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 750 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
- Rumah Kos Sederhana Rendah
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM6,000 dan ke bawah
- Berumur 20 tahun ke atas
Harga maksimum: RM80,000 – RM100,000 / unit
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 850 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
- Rumah Mampu Milik
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 20 tahun ke atas
Harga maksimum: RM180,000 / unit
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 1000 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
- Rumah Belia
Syarat Kelayakan:
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
- Berumur 18 hingga 35 tahun
Harga maksimum: RM150,000 – RM180,000 /unit
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 1000 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
- Rumah Berkat
Rumah Berkat adalah rumah sewa kos rendah dengan kadar sewaan RM150 sebulan.
Syarat Kelayakan:
- Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia
- Berkahwin
- Pemohon berusia 20 hingga 35 tahun
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
- Pemohon bekerja di Melaka
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
- Tempoh penyewaan hanya 3 tahun
- Tiada rekod jenayah
Harga kadar sewaan: RM150 sebulan
Spesifikasi: 3 bilik tidur, 2 bilik air
Keluasan: Minimum binaan 750 persegi
Berikut adalah dokumen yang diperlukan :
CARA PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA(RMM)
i) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Manual
Borang permohonan rumah mampu milik boleh didapati di pejabat Lembaga Perumahan Melaka , kaunter LPM di UTC serta boleh dimuatturun secara online di laman web LPNM iaitu https://lpnm.gov.my/.
Waktu operasi Pejabat Lembaga Perumahan Melaka adalah pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
ii) Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka Secara Online
Permohonan online boleh dilakukan melalui langkah berikut:
- Pergi ke pautan https://espt.lpnm.gov.my/frontend/web/user/login
- Klik ‘Daftar Pengguna’.
- Isikan maklumat yang diminta.
- Buat pengesahan melalui e-mel.
- Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakan
- Buat permohonan dan isi maklumat yang diperlukan.
- Hantar permohonan.
- Semak status dan maklumbalas dalam masa terdekat.
NOTA:
Tawaran projek adalah tertakluk kepada kekosongan unit rumah dan jumlah permohonan.
SENARAI PROJEK RUMAH MAMPU MILIK MELAKA(RMM)
Untuk melihat senarai projek penuh bagi setiap kategori, sila ke pautan berikut: https://lpnm.gov.my/projek/senarai-projek/
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sila hubungi Pejabat Lembaga Perumahan Melaka
No. 9 – 1, Jalan TU 49A,Kompleks Komersial Boulevard,Taman Tasik Utama,75450 Ayer Keroh.
Tel: 6062320450
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC
Aras 5, Bangunan UTC Melaka,Jalan Hang Tuah,Melaka.
Tel : 6063333333
12 thoughts on “LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE”