LPPSA MyFINANCING (CARA DAFTAR, SEMAKAN STATUS & BAKI PINJAMAN)

Utama / LPPSA MyFINANCING / LPPSA MyFINANCING (CARA DAFTAR, SEMAKAN STATUS & BAKI PINJAMAN)

LPPSA MyFINANCING (CARA DAFTAR, SEMAKAN STATUS & BAKI PINJAMAN)

LPPSA MyFinancing merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh  Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk pengguna mengakses ke akaun pembiayaan dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

pelbagai kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA disediakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan:

  • Status terkini permohonan pembiayaan.
  • Menyemak amaun baki pembiayaan di MyFINANCING.
  • Menyemak amaun pengeluaran bayaran.
  • Menyemak amaun ansuran bulanan.
  • Melihat amaun tunggakan.
  • Semakan status akaun pembiayaan.
  • Hebahan terkini mengenai LPPSA.

 

APA ITU LPPSA 

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan penjawat awam.

 

CARA DAFTAR & GUNA  LPPSA MyFINANCING

Untuk mendaftar dan menggunakan aplikasi LPPSA MyFINANCING ini, pengguna hanya perlu mengikut langkah mudah berikut:

  1. Pengguna perlu mend aftar di Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA: https://lms.lppsa.gov.my/JACCESS/portal/
  2. Pengguna perlu muat Turun Aplikasi Mudah Alih LPSSA MyFinancing di peranti:
  1. Daftar Pengguna
  2. Log Masuk menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan

Log Masuk MyFinancing Kali Pertama

  1. Pengguna perlu klik ikon MyFinancing untuk membuka aplikasi mudah alih LPPSA MyFinancing.
  2. Paparan Log Masuk akan dipaparkan di sreen.
  3. Pengguna boleh memilih untuk:
  • Log Masuk
  • Daftar Pengguna (Bagi Pengguna Kali Pertama)
  • Lupa Kata Laluan
  • Kalkulator
  1. Pengguna yang baru pertama kali menggunakan Aplikasi Mudah Alih perlu untuk mendaftar pengguna terlebih dahulu.
  2. Tekan pada menu “Daftar Pengguna” @ Tekan perkataan “Daftar di sini”
  3. Bagi pengguna yang telah mendaftar pada Aplikasi Mudah Alih boleh terus log masuk.
  4. Masukkan ID Pengguna iaitu No Kad Pengenalan Pengguna.
  5. Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan pada pendaftaran pengguna Aplikasi Mudahalih.
  6. Tekan butang “LOG MASUK”

 

SEMAK STATUS & SEMAK BAKI PINJAMAN LPPSA DI LPPSA MyFINANCING

Anda boleh juga boleh membuat semakan status pembiayaan dan baki pinjaman jika telah mendaftar,

Langkahnya adalah seperti berikut:

  • Log masuk
  • Lihat Paparan Utama
  • Tekan pada Menu Permohonan
  • Maklumat permohonan akan dipaparkan
  • Untuk melihat baki pembiayaan, tekan Menu Pembiayaan
  • Tekan Butang Maklumat Tambahan untuk melihat perincian pembiayaan, maklumat tunggakan, ansuran terkini, dan lain-lain.

 

Maklumat Lanjut Mengenai LPPSA MyFINANCING

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Kompleks Kementerian Kewangan,
No.9,  Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

 

ARTIKEL LAIN

RUMAH MAMPU MILIK SABAH:Cara Permohonan Rumah Kos Rendah/SPPUGBR/SPRP (lppb.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI TERENGGANU(Permohonan & Semakan eperumahan.terengganu.gov.my)

RUMAH MAMPU MILIK NEGERI SEMBILAN:Cara Permohonan & Semakan Status (epens.ns.gov.my)

LPNM:PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS RUMAH MAMPU MILIK MELAKA ONLINE

RUMAH MAMPU MILIK ATM : SYARAT MOHON , BORANG PERMOHONAN DAN LOKASI

PPAM 2021:CARA PERMOHONAN & SEMAKAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

eRUMAH PENANG : CARA PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS

 

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *