LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)

LUPA ID PASSWORD E-FILING(Cara Reset & Dapatkan Semula Akaun)

Adakah dan pengguna e-filling? Sekiranya ya bagaimana jika anda terlupa kata lalaun dan ingin reset kembali untuk dapatkan akaun tersebut?

Sebenarnya terdapat 3 cara untuk resetkan kembali ID Password anda. Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

APA ITU e-FILING

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian.

 

CARA RESET ID PASSWORD e-FILING

Berikut adalah meruppakan cara untuk reset ID Password e-Filing untuk dapatkan semula akaun anda:

 

Reset ID Password e-Filing Guna Email

Jika anda mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila klik Terlupa Kata Laluan:

  1. Layari pautan https://ez.hasil.gov.my/CI/
  2. Klik pada Terlupa Kata Lalaun. Sistem ezHASiL akan memaparkan halaman Terlupa Kata Laluan.
  3. Masukkan No.Rujukan (No.Pengenalan) dan klik butang Hantar.
  4. Pilih Jenis Sijil Digital sama ada individu atau organisasi.
  5. Pilih Medium Set Semula sebagai Kod Pengaktifan Sementara iaitu emel berdaftar dengan LHDN.
  6. Kata Laluan baharu akan dihantar melalui email yang telah didaftarkan.
  7. Masukkan Kata Laluan baharu dan ulangi semula Kata Laluan yang sama. Seterusnya, klik butang Hantar. Mesej berjaya akan dipaparkan sekiranya kedua-dua Kata Laluan adalah sama
  8. Selesai

 

Reset ID Password e-Filing Guna SMS

Jika anda mempunyai no. telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila rujuk di sini untuk panduan permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS.

  1. Permohonan Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS adalah bagi pengguna MAXIS, Celcom, Digi dan Umobile sahaja.
  2. Bagi pengguna Individu:
    • Taip “HASILEF<jarak>IND<jarak><No Pengenalan>” dan hantarke 38888.
    • Contoh : HASILEF IND XXXXXXXXXXXX
  3. Bagi pengguna Organisasi:
    • Taip “HASILEF<jarak>OEF<jarak><No Pengenalan>” dan hantar ke 38888.
    • Contoh : HASILEF OEF XXXXXXXXXXXX
  4. Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan bayaran RM0.50.

 

Reset ID Password e-Filing Di Cawangan LHDN

Sekiranya tidak dapat reset password melalui email atau SMS, maka anda perlu hadir ke cawangan LHDN untuk reset password.

  1. Pergi ke mana-mana kaunter LHDN berhampiran anda
  2. Ambil no giliran dan tunggu sehinggan no anda dipanggil.
  3. Maklumkan kepada pegawai LHDN tersebut yang anda terlupa kata lalauan e-Filing
  4. Pegawai tersebut akan membatu anda untu reset kembali ID Password e-hiling anda
  5. Selesai

 

MASALAH BERKAITAN LUPA ID PASSWORD E-FILING

Sekiranya anda mempunya masalah berkaitan untuk dapatkan kembali ID Password e-filing anda, anda boleh hubungi HASiL Care Line di talian 03-8911 1000 (LHDN)

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH CKHT RPGT DI MALAYSIA

SEMAKAN NO CUKAI PENDAPATAN/SYARIKAT MALAYSIA(Cara Check Income Tax Number Online)

CARA DAFTAR & GUNA PBTPay(Semak & Bayar Cukai Taksiran/Lesen/Kompaun Online)

9 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *