LUPA KATA LALUAN BKC(CARA RESET SEMULA PASSWORD)

Utama / BKC / LUPA KATA LALUAN BKC(CARA RESET SEMULA PASSWORD)

LUPA KATA LALUAN BKC(CARA RESET SEMULA PASSWORD)

Kepada pengguna yang ingin Log masuk BKC, Semestinya kadang-kadang anda lupa kata Laluan semasa ingin Log Masuk MyBKC. Ini membuatkan anda tidak dapat log masuk akaun BKC anda. Bagaimana cara untuk reset password BKC? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU RESET PASSWORD

 

Untuk pengetahuan anda, seharusnya anda mesti reset kembali kata laluan anda supaya anda dapat log masuk akaun BKC anda untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BKC.

 

CARA RESET KATA LALUAN BKC

 

Sekiranya anda terlupa kata laluan, berikut adalah panduan untuk menukar kata laluan akaun BKC anda:

  1. Layari pautan BKC: https://bkc.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Klik pada Terlupa Kata Lalaun
  3. Sekiranya Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian
    1. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
    2. Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BPR 2021 atau Percukaian dan klik seterusnya
    3. Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
    4. Semak e-mel dan log masuk semula MyBKC
    5. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
    6. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.
  4. Sekiranya Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BPR 2021 atau percukaian / e-mel tidak sah
    1. Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
    2. Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

 

GAGAL TUKAR KATA LALUAN BKC

 

Terdapat beberpada keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun BKC atas beberapa sebab:

  1. Jika anda golongan Miskin Tegar dan B40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda daftar BPR tempohari
    1. Pastikan ingat betul-betul email anda, samada Gmail atau Yahoo!
    2. Pastikan ejaan email anda adalah betul
  2. Jika anda golongan M40, anda mungkin tidak masukkan email yang anda gunakan untuk submit cukai pendapatan tahun terdahulu
    1. Pastikan ingat betul-betul email anda, samada anda gunakan email syarikat, Gmail atau Yahoo!
    2. Pastikan ejaan email anda adalah betul

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TERLUPA EMAIL BKC YANG TELAH DIDAFTARKAN


Untuk makluman anda, Kata Lalaun dan email yang terdapat pada BKC adalah sama seperti anda daftar BPR sebelum ini. Sekiranya anda terlupa email yang anda daftar semasa BPR, berikut adalah cara untuk dapatkan kembali kata laluan BKC anda:

  1. Buka aplikasi google chrome di handphone anda
  2. Pada paparan utama google, Klik pada tiga titik bertindah di penjuru kanan atas
  3. Seterusnya klik pada setting dan klik pada Password
  4. Kata laluan anda akan tertera pada kata kunci yang dicari: contoh BPR
  5. Klik pada mata untuk melihat kata lalaun anda
  6. Salin kata laluan BPR anda tersebut dan anda boleh digunakan semasa Loin BKC nanti.

 

SOALAN LAZIM

 

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Anda telah gagal menjawab soalan keselamatan lebih dari 3 kali. Sila cuba semula selepas 24 Jam”. Jika saya masih lupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

  • Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan dan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.
  • Sekiranya masih terlupa, boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKC.
  • Selepas akaun BKC telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKC dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

ARTIKEL LAIN 

bkc.hasil.gov.my (LINK DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19)

CARA MOHON BKC 2021(DAFTAR BANTUAN KHAS COVID-19)

 

4 Comments

  1. Saye pnh daftar bpr n bkc no ic n password sane, tapi ade yg tekan ape x thu, sate tak x boleh nk log in bkc, bpr boleh,nak daftar semula x thu kat mna, saya nk update no acc, sbb sblom ni x masuk acc, kna g bsn, yg bpr lama masuk acc cimb saye, boleh tolong tak?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *