LUPA KATA LALUAN BKM 2022(Cara Reset ID & Tukar Password)

Utama / BANTUAN KELUARGA MALAYSIA(BKM) / LUPA KATA LALUAN BKM 2022(Cara Reset ID & Tukar Password)

LUPA KATA LALUAN BKM 2022 (Cara Reset ID & Tukar Password)

 

Kepada pengguna yang ingin Log masuk BKM, Semestinya kadang-kadang anda terlupa kata Laluan semasa ingin Log Masuk BKM. Ini membuatkan anda tidak dapat log masuk akaun BKM anda. Bagaimana cara untuk reset ID dan password BKM? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU RESET PASSWORD

Untuk pengetahuan anda, seharusnya anda mesti reset kembali kata laluan anda supaya anda dapat log masuk akaun BKM anda untuk membuat semakan maklumat pembayaran dan status terkini anda berkaitan BKM.

 

TEMPOH PERMOHONAN & KEMASKINI BKM 2022

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian BKM 2022 bermula 01 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

  

CARA RESET KATA LALUAN BKM

Sekiranya anda lupa kata laluan BKM, berikut adalah panduan untuk menukar kata laluan akaun BKM anda:

  1. Layari pautan BKM: http://bkm.hasil.gov.my/
  2. Klik pada Terlupa Kata Lalaun
  3. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan klik pada semak
  4. Masukkan e-mel yang berdaftar dan klik seterusnya
  5. Kata laluan baharu akan diemelkan pada e-mel yang didaftarkan berkenaan
  6. Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
  7. Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  8. Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula kata laluan baharu.

 

CARA RESET ID BKM

Berikut adalah merupakan cara reset ID BKM anda:

  • Layari laman web BKM di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/. Klik “Log Masuk BKM”
  • Klik “Terlupa Kata Laluan”
  • Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
  • Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
  • Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
  • Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
  • Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
  • Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.

 

Nota: Sekiranya pemohon gagal menjawab soalan keselamatan pemohon boleh hubungi 1-800-88-2747 atau ke cawangan LHDN terdekat bagi tindakan reset ID BKM.

GAGAL TUKAR KATA LALUAN BKM

 Terdapat beberpada keadaan di mana anda gagal menukar kata lalaun BKM atas beberapa sebab:

  • Tidak masukkan email yang anda daftar
  • Pastikan ejaan email anda adalah betul

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaandan akaun disekat, anda boleh mencuba semula selepas 24 jam.

  • Sekiranya masih tidak Berjaya anda boleh menghubungi talian Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) 1-800-88-2747 atau Cawangan LHDNM yang berhampiran untuk set semula akaun BKM.
  • Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

 

 

6 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *