LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA:CARA RESET PASSWORD GUNA SMS ATAU EMAIL(Dapatkan Semula Akaun)

Utama / MySejahtera / LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA:CARA RESET PASSWORD GUNA SMS ATAU EMAIL(Dapatkan Semula Akaun)

LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA:CARA RESET PASSWORD GUNA SMS ATAU EMAIL(Dapatkan Semula Akaun)

Sekiranya anda Log Out akaun MySejahtera atau reinstall Aplikasi Mysejahtera anda dan ingin Login kembali, tetapi anda terlupa Kata Laluan anda. Bagaimana cara ingin reset kembali lupa kata laluan MySejahtera anda? Disini kami kongsikan caranya,semoga membantu.

 

 

 

APA ITU MYSEJAHTERA

 

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. MySejahtera juga digunakan bagi kemudahan untuk Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 iaitu urusan pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia. Orang ramai boleh buat pendaftaran dan semakan di MySejahtera untuk dapatkan suntikan vaksin.

 

CARA RESET PASSWORD MYSEJAHTERA(LUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA)

 

Terdapat dua cara untuk reset password MySejahtera anda, iaitu melaui SMS atau Email. Berikut adalah merupakan caranya:

 

Reset Password MySejahtera Melalui Sms

Sekiranya user ID anda adalah No Telefon anda:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada Forget Password
  3. Masukkan No Telefon anda dan klik Submit
  4. Anda akan terima SMS dari MySejahtera, dan klik pautan pada SMS tersebut
  5. Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password
  6. Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
  7. Tekan pada Reset Password.

 

Reset Password MySejahtera Melalui Sms

Sekiranya user ID anda adalah email anda:

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda
  2. Klik pada Forget Password
  3. Klik pada My user ID is an email
  4. Masukkan email anda dan klik Submit
  5. Anda akan terima Email dari MySejahtera, dan klik pautan pada Email tersebut
  6. Masukkan Password baru anda Pada Rungan Password
  7. Masukkan Sekali lagi Password anda pada ruangan re-enter Password.
  8. Tekan pada Reset Password.

 

SOALAN LAZIM

 

Bagaimana cara ingin menukar kata laluan MySejahtera?

Sekiranya anda ingin menukar kata laluan, berikut adalah caranya.

  • Buka aplikasi Mysejahtera anda
  • Pergi ke menu Profil
  • Klik pada garis tiga dan pilih change my password
  • Setelah selesai mengisi, tekan pada change my password

 

Saya mempunya masalah untuk aksess atau Login MySejahtera, bagaimana caranya?

Sekiranya anda mempunyai masalah tersebut, berikut adalah caranya:

  • Layari pautan HelpDesk MySejahtera: https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/
  • Klik Mula
  • Klik pada pilihan Saya Tidak Boleh Log/Aksess Masuk Ke Aplikasi
  • Klik pada masalah berkaitan
  • Akan terpapar cara penyelesaian masalah anda

 

Siapakah peneraju aplikasi MySejahtera??

Aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat atau pertanyaan tentang lupa kata laluan MySejahtera anda boleh mendapatkan bantuan melalui fungsi “MySejahtera Helpdesk” dalam aplikasi MySejahtera.

 

ARTIKEL LAIN

PUSH NOTIFICATION MySejahtera:CARA AKTIFKAN/ELAK TERLEPAS TEMUJANJI VAKSIN

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

 

67 Comments

  1. Angota jabatan pertanan yang daftar my sejatra kepada ibu saya, ibu dah cucuk dua kali, macamana nk bukak aplikasi, paswood tak tau?, angota tu saya tak kenal

  2. saya lupa kata laluan my sejahtera dan nak dapatkan balik sijil vaksin saya dan tanggungan saya di my sejahtera macamana saya nak dapatkan sijil tersebut

  3. Terlupa kata laluan..sijil vaksin ada dlm mysejahtera..sudah masukkan nombor telefon tak boleh, masukkan email pun still tak boleh submit juga..so how?

  4. Terlupa kata laluan sijil vaksin ada dalam mysejahtera.suda masuk kan nk e-mail apa semua still xblh submit .. dan tak terima sms langsung pun untuk reset kata laluan baru. Jadi MCM mana ?

  5. My phone was unlocked and when starting sent reopen my phone very to reset the system, my file was deleted destroyed what should I do, please get back to my Sejahtera

  6. mau bwt akaun baru tu bolah
    tp sijil vksin mak ayah ada di akaun lama dah terlupa password SMS pun indk pandai sampai macmna lg agar sy blh masuk pgi tu no

  7. sudah banyak kali buat masih tidak jadi juga dan nak tanya dimana pejabat mysejahtera sebab call tidak dapat bantu masalah saya

  8. Salam..Saya lupe kata laluan dan Email mysejahtera sya..tak boleh masuk..boleh sya dapatkan kata laluan sya untuk mysejahtera

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *