PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF MAKANAN TERNAK RUMINAN 2022

Utama / MAKANAN TERNAK RUMINAN / PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF MAKANAN TERNAK RUMINAN 2022

MAKANANPERMOHONAN BANTUAN INSENTIF MAKANAN TERNAK RUMINAN 2022

Kepada para penternak yang berminat dan berkelayakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membuka permohonan Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak Isirong Sawit (PKC). Disini kami akan kongsikan cara membuat permohonan bantuan ini, semoga membantu.

 

APA ITU BANTUAN INSENTIF MAKANAN TERNAK RUMINAN

Bantuan Insentif Makanan Ternakan Ruminan melalui Skim Harga Bersubsidi Dedak IsiRong Sawit diwujudkan bagi membolehkan penternak kecil ruminan mendapatkan bekalan makanan ternakan dengan harga lebih murah selaras dengan konsep ekonomi kitaran.

 

SKOP BANTUAN TERNAK RUMINAN

Skop bantuan diberikan kepada ternakan ruminan seperti:

  • Lembu
  • Kambing
  • Bebiri
  • Kambing tenusu

 

SYARAT KELAYAKAN TERNAK RUMINAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan:

  1. Premis ternakan mestilah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar
  2. Makanan ternakan mestilah menggunakan PKC dan disertakan dengan invois pembelian.
  3. Pemohon merupakan penternak berskala kecil dengan kategori ternakan seperti di bawah:
    • Lembu/kerbau ≤ 50 ekor Induk
    • Kambing/Bebiri ≤ 100 ekor Induk
  4. Pemohon mestilah menghantar borang yang telah lengkap diisi mestilah dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran pada atau sebelum 30 November 2022.

 

TEMPOH PERMOHONAN MAKANAN TERNAK RUMINAN

Para penternak yang berminat boleh membuat permohonan sehingga sebelum atau pada 30 November 2022.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan:

  1. Borang permohonan yang telah lengkap di isi
  2. Salinan kad pengenalan.
  3. Salinan resit pembelian dedak isirong sawit (PKC)
  4. Salinan nombor akaun Agrobank pemohon.

 

CARA PERMOHONAN MAKANAN TERNAK RUMINAN

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan bantuan ini, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Anda boleh muat turun borang permohonan melalui pautan ini https://tinyurl.com/4bmfby5v
  2. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  3. Semak kembali maklumat yang anda isi dan sediakan dokumen yang diperlukan
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri/Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah yang berhampiran.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengeni bantuan insentif makanan ternak ruminan 2022, sila merujuk:

  • Layari website rasmi Jabatan Perkhidmatan Verterinar: http://www.dvs.gov.my/
  • Hubungi pihak urusetia: 03-88702406/ 03-88702421
  • Kunjungi Pejabat perkhidmatan Veterinar Daerah

 

ARTIKEL LAIN

PERMOHONAN SKIM PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN (DVS) TAHUN 2022

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *