MAYBANK TREATS POINTS(Redeem Mata Ganjaran)

CARA DAFTAR REDEEM MAYBANK TREATS POINTS(Semak Jumlah Mata Ganjaran mytreats.maybank.com/my)

Sekiranya anda pelanggan kepada kad kredit Maybank, tahukah anda bahawa mata ganjaran yang disediakan oleh Maybank yang dipanggil Treats points? Semestinya anda ingin redeem TreatsPoints Maybank anda. Tetapi bagaimana caranya? Disini kami kongsikan cara daftar dan redeem Maybank Treats Points, semoga membantu.

APA ITU TREAST POINTS

Treats Points adalah mata ganjaran diperoleh melalui perbelanjaan kita melalui debit card atau credit card serta beberapa transaksi yang di nyatakan oleh pihak Maybank. Treats Point mempunyai tarikh luput yang mana mata ganjaran tersebut akan hilang jika tidak ditebus (redeem).

SEMAK BAKI MAYBANK TREATS POINTS

Sebelum anda ingin menebus mata ganjaran anda, anda harus mengetahui dahulu mata ganjaran anda yang terkumpul. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Log masuk akaun Maybank anda sama ada menggunakan aplikasi atau website.
  2. Pilih My Accounts
  3. Pilih Cards
  4. Scroll ke bawah. Pilih Rewards
  5. Maklumat mata ganjaran anda akan terpapar
  6. Klik View untuk memeriksa baki mata untuk semua kad.

CARA REDEEM MAYBANK TREATS POINTS

Setelah anda mengetahui jumlah mata ganjaran terkumpul anda, berikut adalah merupakan cara untuk redeem Treats points anda:

  1. Layari pautan Maybank Treats Point: https://mytreats.maybank.com/my
  2. Buat kali pertama, anda harus register terlebih dahulu. Ikuti langkah pendaftaran sehingga selesai.
  3. Setelah selesai register, Log masuk akaun anda kembali.
  4. Terdapat pelbagai barangan yang boleh ditebus menggunakan Treats Points, antaranya:
    1. Gadjet
    2. Perkakasan dapur
    3. Aksesori peribadi.
  5. Setelah selesai membuat pilihan barangan anda berdasarkan jumlah mata ganjaran terkumpul anda, klik pada Redeem Now
  6. Pastikan anda lengkapkan pada bahagian Shipping Info untuk penghantaran barangan anda.
  7. Pada bahagian Payment Info, anda boleh pilih:
    1. Points Only – menggunakan mata ganjaran sedia ada
    2. Points & Cash – sekiranya Mata ganjaran anda tidak mencukupi dan anda perlu tambah dengan bayaran lebihan.
  8. Setelah selesai pilih, klik padacpembayaran Proceed to Redeem. Pop up akaun Maybank2U anda akan tertera. Log masuk akaun anda.
  9. Setelah Log masuki, paparan maklumat bayaran akan tertera Online Points Redemption. Pilih pada TreatsPoints sebagai option pembayaran.
  10. Masukkan TAC yang diterima untuk pengesahan.
  11. Setelah pembayaran berjaya, paparan History akan tertera. Maklumat penebusan serta tracking number akan dihantar ke alamat email anda.
  12.  

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara daftar dan redeem Maybank Treats Reward, anda boleh:

  • Hubungi: + 603-8090 5066 (Isnin – Jumaat , 9 pagi – 6 petang kecuali cuti umum).
  • E-mel: [email protected]

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP UNTUK MSOS CODE MAYBANK(Menerima & Bayaran Website Oversea)

TEMUJANJI MAYBANK ONLINE(Booking Dulu Guna Maybank2u/Aplikasi MAE & Buat Urusan di Kaunter Bank)

Leave a Comment