PERMOHONAN MORATORIUM BANK KEPADA MANGSA BANJIR (Agrobank Bank Islam)

Utama / MORATORIUM MANGSA BANJIR / PERMOHONAN MORATORIUM BANK KEPADA MANGSA BANJIR (Agrobank Bank Islam)

 PERMOHONAN MORATORIUM BANK KEPADA MANGSA BANJIR (Agrobank Bank Islam)

Kepada anda yang merupakan mangsa bencana banjir yang melanda, kini terdapat beberapa bank utama dalam negara menawarkan moratorium atau penangguhan bayaran balik pinjaman kepada mangsa banjir yang terlibat. Disini kami akan kongsikan senarai bank yang terlibat dan cara membaut permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU  MORATORIUM MANGSABANJIR

Tujuan utama penangguhan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan adalah sebagai sokongan dan meringankan beban kepada mangsa banjir untuk membayar balik pinjaman mereka. Menerusi penangguhan bayaran balik ini, pihak bank akan menjadualkan atau menstrukturkan semula pembayaran balik pinjaman yang telah dilakukan oleh para peminjam yang terlibat.

 

SENARAI BANK MENAWARKAN MORATORIUM MANGSABANJIR

Pada masa kini, berikut adlaah merupakan antara Bank yang menawarkan moratorium ini iaitu:

  • Agrobank
  • Bank Islam

 

PERMOHONAN MORATORIUM MANGSA BANJIR AGRO BANK

Agrobank kini telah mengumumkan Pelan Bantuan Banjir khusus buat pelanggan-pelanggan yang terkesan akibat banjir yang melanda. Menerusi pelan ini, pelanggan yang terjejas banjir akan ditawarkan penjadualan dan/atau penstrukturan semula pembiayaan (R&R) dan tawaran moratorium sehingga 6 bulan.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Pelan Bantuan Banjir AgroBank: https://www.agrobank.com.my/my/flood2022/
  2. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  3. Semak kembali maklumat anda, sekiranya betul anda boleh menghantar permohonan dengan klik pada Submit

NOTA:  Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai moratorium ini, anda boleh menghubungi AgroBank di talian 1-300-88-2476

 

PERMOHONAN MORATORIUM MANGSA BANJIR BANK ISLAM

Terkini bank Islam telah memperkenalkan Program Prihatin (Banjir) yang bertujuan untuk memberi bantuan sokongan kepada pelanggan pembiayaan yang terjejas akibat banjir. Pelanggan yang mempunyai kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Pembiayaan Kenderaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan boleh memohon program ini untuk mendapatkan moratorium pinjaman yang ditawarkan.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan Program Prihatin (Banjir) Bank Islam: https://www.bankislam.com/program-prihatin-banjir/
  2. Muat turun borang permohonan tersebut.
  3. Pastikan anda serta surat/dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
    • Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ketua Kampung atau Penghulu atau Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK); atau
    • Agensi berkaitan (Agensi Pengurusan Bencana Negara/Majlis Keselamatan Negara; atau
    • Laporan Polis
  4.  Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan tepat.
  5. Hantar semua borang permohonan dan dokumen ke Bank Islam terdekat.

NOTA:  Untuk dapatkan maklumat lanjut menegnai moratorium ini, anda boleh menghubungi Bank Islam  di talian 03-26 900 900

 

ARTIKEL LAIN

CARA CLAIM KERETA KENA BANJIR (Proses Tuntutan)

4 Comments

  1. Assalamualaikum,sy telah mohon moratorium sebelum PEMULIH lagi dan telah lulus.Bagaimanakah status moratorium saya.Adakah secara automatik 6 bulan atau perlu permohonan baru.Mohon pencerahan.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *