SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR PUSAT UJIAN 2023
Sekiranya anda ada membuat permohonan untuk menduduki Malaysian University English Test (MUET) Sesi 1 tahun 2022, anda kini boleh buat semakan slip daftar Malaysian University English Test. Bagaimana cara untuk membuat semakan slip MUET/D dan menukar tempatpusat ujian? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.
APA ITU Malaysian University English Test
Malaysian University English Test (MUET) ialah ujian bahasa Inggeris diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar institusi pengajian tinggi serta untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
TARIKH SEMAKAN SLIP DAFTAR Malaysian University English Test (MUET/D) 2022
KEPUTUSAN UJIAN MUET SESI 3 TAHUN 2021
Untuk makluman, keputusan ujian Malaysian University English Test Sesi 2 Tahun 2021 boleh disemak mulai 24 Mac 2022, Khamis, jam 10.00 pagi.
CARA SEMAKAN SLIP DAFTAR Malaysian University English Test (MUET/D) SESI 1
Berikut adalah merupakan cara membuat semakan slip daftar Malaysian University English Test:
- Layari pautan MPM: http://webmpm.mpm.edu.my/
- Klik pada Semak Pendaftaran Malaysian University English Test (Cetak MUET/D)
- Seterunya tekan CETAK untuk mencetak slip tersebut.
TEMPOH UNTUK TUKAR PUSAT UJIAN Malaysian University English Test SESI 1 2022
Untuk makluman calon boleh permohonan pertukaran pusat ujian Malaysian University English Test secara dalam talian (online) pada tarikh dan masa yang sama iaitu mulai jam 10.00 pagi, 16 Februari 2022 sehingga 22 Februari 2022
CARA TUKAR PUSAT UJIAN Malaysian University English Test SESI 1 2022
Sekiranya anda ingin tukar pusat ujian Malaysian University English Test, berikut adalah merupakan caranya:
- Layari pautan MPM: http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register
- Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS:
- Listening
- Speaking
- Reading
- Writing
- Bayaran perpindahan pusat ujian Malaysian University English Test ialah RM25.00 dan dibuat secara dalam talian
- Calon yang berjaya menukar pusat ujian hendaklah menyemak MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua minggu selepas permohonan ditutup. (MUET/D yang terdahulu adalah terbatal).
NOTA: Perpindahan dari satu pusat ujian ke satu pusat ujian yang lain adalah sangat terhad dan bergantung kepada kapasiti pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas pusat ujian dikemaskini.
CARA PENDAFTARAN MUET ON DEMAND (MoD) 2023
Berikut adalah merupakan cara daftar MoD secara online:
- Layari pautan pendaftaran MUET On DEMAND
- Lengkapkan segala maklymat yang diperlukan
- Test Infotmation – pilih tarikh dan dan sesi ujian yang anda inginkan (sekiranya masih available)
- Personal Information – lengkapkan maklumat peribadi anda
- Payment Method – lengkapkan cara pembayaran
- Peperiksaan akan diadakan di Pusat Peperiksaan MPM, EcoSky dan Majlis Peperiksaan Malaysia, Selayang serta pusat-pusat peperiksaan yang akan ditentukan.
- Keputusan diperolehi dalam tempoh tiga minggu selepas peperiksaan diadakan.
- Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
- Muat turun jadual Sesi Ujian MOD
NOTA: Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
MUETON DEMAND (MOD) OGOS 2022
Mulai MoD bulan Ogos 2022, MPM menawarkan kertas 800/2 Speaking secara dalam talian. Calon yang berminat untuk menduduki kertas 800/2 Speaking secara dalam talian boleh memilih semasa proses pendaftaran.
YURAN UJIAN MUET ON DEMAND (MOD)
- Yuran peperiksaan adalah sebanyak RM250 untuk setiap ujian.
KALENDAR MUET ON DEMAND (MOD) 2022
Berikut dikongsikan Jadual Waktu terkini dan Kalendar MoD untuk makluman calon-calon yang ingin mendaftar dan bakal menduduki peperiksaan.
SAMPEL SOALAN MUET
Untuk melihat contoh soalan sampel, anda boleh merujuk pada pautan berikut:
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN MUET ON DEMAND (MOD)
- Semakan keputusan MoD boleh dibuat melalui pautan berikut: http://webmpm1.mpm.edu.my/modr/
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut mengenai semakan slip daftar dan penukaran pusat ujian Malaysian University English Test Sesi 1 2022, anda boleh merujuk:
ARTIKEL LAIN
UPU ONLINE 2022 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)
1 thought on “SEMAKAN SLIP MUET (MUET/D) & CARA TUKAR PUSAT UJIAN 2023”