PERMOHONAN PAS TANPA HAD MY50 (Cara Beli & Langgan )

Utama / PAS TANPA HAD MY50 / PERMOHONAN PAS TANPA HAD MY50 (Cara Beli & Langgan )

PERMOHONAN PAS TANPA HAD MY50 (Cara Beli & Langgan )

Kepada penduduk Bagi negeri Selangor  anda boleh membeli  pas perjalanan My50 dan boleh digunakan untuk perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana di Lembah Klang ini termasuk perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, bas RapidKL dan bas pengantara MRT.

Tetapi bagi penduduk negeri Pulau Pinang pas ini dikenali sebagai Pas Mutiara My 50 dan sah untuk semua perkhidmatan bas Rapid Penang sahaja.

 

APA ITU My50

My 50 merupakan pas Perjalanan Tanpa Had untuk Pengguna Pengangkutan Awam di Lembah Klang, Pulau Pinang, dan Kuantan. Pas ini adalah subsidi oleh kerajaan untuk membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan ini pada kadar yang berpatutan untuk mereka yang bergantung kepada perkhidmatan Prasaranan.

 

KELEBIHAN PAS MY50

  • Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL, dan bas perantara MRT di Lembah Klang kini menawarkan My 50, pas perjalanan tanpa had selama 30 hari bagi warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah.
  • Pas My 50 ini juga tersedia untuk pengguna bas Rapid Penang di Pulau Pinang melalui Pas My 50 Mutiara yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
  • Untuk Kuantan, My 50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

 

TARIKH PERLAKSANAAN My50

Perlaksanaan pas My 50 akan bermula mulai 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan untuk membawa dokumen yang diperlukan iaitu MyKad atau MyTentera yang mempunyai fungsi Touch ‘n Go saat membeli pas ini.

 

CARA PERMOHONAN PAS BULANAN My50

Berikut adalah merupakan cara permohonan pas bulanan ini mengikut kawasan iaitu:

Cara Beli Pas Bulanan My50 Lembah Klang

  • Pengguna perlu ke kaunter perkhidmatan pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih.
  • Pastikan MyKad atau MyTentera mempunyai tambah nilai minimum RM55 terlebih dahulu. Jika nilai dompet tidak mencukupi, pengguna perlu memuatkan semula jumlah minimum RM60 ke MyKad atau MyTentera.
  • Selepas ditolak yuran tambah nilai RM0.50, RM9.50 akan disimpan dalam nilai dompet Touch ‘n Go. Baki tidak akan ditolak sebaik pas telah diaktifkan, melainkan jika pengguna menggunakannya untuk transaksi lain seperti tol, kedai runcit, tempat letak kereta, dan sebagainya.
  • Pengguna juga harus menentukan atau mempertimbangkan lebih awal tarikh yang ingin digunakan untuk memulai menggunakan Pas My50. Pas ini akan diaktifkan sebaik sahaja menyentuh pas pintu dan dianggap sebagai Hari 1. Pengguna juga dapat memohon pembaharuan automatik di mana-mana Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL Rail atau hab bas terpilih di atas.
  • Pastikan jumlah dalam nilai dompet dikekalkan sekurang-kurangnya RM55 untuk pembaharuan automatik My50.

Cara Beli Pas Bulanan My50 Mutiara Pulau Pinang

  • Pengguna perlu ke mana-mana hab bas atau kiosk terpilih di Pulau Pinang.
  • Pastikan untuk menentukan atau mempertimbangkan lebih awal tanggal yang ingin digunakan untuk memulai menggunakan pas.
  • Pas My 50 Mutiara akan diaktifkan sebaik sahaja menyentuh pembaca kad bas saat menggunakan perkhidmatan bas Rapid Penang.

Cara Beli Pas Bulanan My50 Kuantan

  • Pengguna juga dapat memohon pembaharuan automatik di mana-mana hab bas terpilih di Kuantan saja.

DI MANAKAH BOLEH DIBELI My50?

Senarai kaunter perkhidmatan pelanggan Rapid KL/Hab Bas untuk pembaharuan/tambah nilai juga telah disediakan bagi kenyamanan pengguna.

  1. Anda boleh membeli My 50 dari Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:
    • Semua stesen LRT
    • Semua stesen MRT
    • Semua stesen Monorel
    • Semua stesen BRT
    • Hab bas terpilih seperti yang disenaraikan di bawah:
      • Pasar Seni
      • Kit Chow
      • KLCC
      • Sri Nilam
      • Puchong Utama
      • Titik Mutiara
      • Sunway Piramid
      • GreenWood
      • Seksyen 2 Shah Alam
  2. Kiosk Rapid Penang seperti yang disenaraikan di bawah:
    • Komtar
    • Weld Quay (Terminal B)
    • Pulau Pinang Sentral
    • Bukit Jambul
    • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
    • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
    • Balik Pulau
    • Bukit Mertajam

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai pas My50 ini, anda boleh layari pautan ini https://myrapid.com.my/ms/our-products/my50/

 

ARTIKEL LAIN 

SEMAK PAS INTERNET TANPA HAD TERBARU (Check Celcom Digi Maxis Umobile)

4 Comments

  1. Why my son being ordered to go KL Sentral to activate MY50 on new NRIC obtained? He has been rejected two times and failed to activate MY50 on IC. Earlier mentioned IC chip spoiled then need to renew IC. After got a new IC, still reject at Damansara Damai stesen ans was directed need to go KL Sentral station. OMG why so troublesome whereas it was mentioned in news any MRT Station can activate MY50.

    • Any system in Malaysia is too sluggish and slow. so don’t expect it to look easy. most importantly, don’t believe in just beautiful sweet words. it will destroy you. that’s Malaysia,

  2. I use my50 Pas Mutiara but it sounded Lt shows “Baki tidak cukup”, when I check in the rapid Penang bus
    May I know the reason?

    I still have at least 2 weeks before I need to renew my pas

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *