MyBAYAR SAMAN PDRM(Cara Daftar & Bayar Saman Online)

Utama / MyBAYAR SAMAN PDRM / MyBAYAR SAMAN PDRM(Cara Daftar & Bayar Saman Online)

MyBAYAR SAMAN PDRM 2024 (Cara Daftar & Bayar Saman Online)

Pernahkah anda mendengar tentang MyBayar Saman PDRM. Untuk pengetahuan anda MyBayar Saman ialah aplikasi terbaharu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan orang ramai membayar saman dengan mudah secara online melalui portal dan aplikasi telefon berbanding kaedah konvensional iaitu bayar di kaunter.

Pelaksanaan MyBayar Saman ini adalah selari dengan dengan objektif MYDIGITAL iaitu inisiatif kerajaan bagi menyediakan pilihan pembayaran tanpa tunai menjelang tahun 2023.

 

APA ITU MyBAYAR SAMAN PDRM

My Bayar Saman merupakan perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

 

MUAT TURUN APLIKASI MyBAYAR SAMAN PDRM

Bagi memudahkan penggunaan anda, anda boleh memuat turun dan install aplikasi MyBayar Saman menerusi pautan berikut:

 

CARA DAFTAR MyBAYAR SAMAN PDRM 

Sebagai pengguna kali pertama, seharusnya anda mendaftarkan akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MyBayar Saman atau layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Klik pada butang ‘Daftar.’
  3. Isi maklumat peribadi dengan betul.
    1. Nama
    2. No ic
    3. No telefon
  4. Setelah selesai mendaftar anda anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  5. Masukkan pengesahan OTP untuk pengesahan keselamatan
  6. Pendaftaran anda telah berjaya

 

CARA SEMAK SAMAN GUNA MyBAYAR SAMAN

Setelah selesai mendaftar, anda boleh membuat semakan dengan cara berikut:

  1. Buka aplikasi MyBayar Saman atau layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  4. Butiran dipaparkan.
  5. Klik butang pada ‘Bayaran Saman’ di menu utama.
  6. Pilih saman yang anda ingin bayar.
  7. Pilih mod bayaran.( perbankan online)
  8. Butiran transaksi bayaran dipaparkan.
  9. Semak sejarah transaksi .

 

CARA BAYAR SAMAN GUNA MyBAYAR SAMAN

Selain menggunakan aplikasi di telefon bimbin, saman juga boleh dibawar melalui Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MyBayar Saman atau layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my/
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Klik butang ‘Semakan Saman’ di menu utama.
  4. Butiran saman dipaparkan.
  5. Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  6. Semak saman mahu dibayar.
  7. Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  8. Pembayaran selesai saman telah selesai
  9. Cetak butiran bayaran

 

TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara

  • Tarikh Tawaran: 20 Mac hingga 31 Mac 2023.
  • Cara Bayaran: Secara online menerusi MyBayar saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran saman melalui portal dan aplikasi MyBayar Saman, anda boleh secara terus ke Cawangan Pengurusan Saman PDRM melalui talian 03-2266 3346/47.

 

ARTIKEL LAIN

 

 

11 Comments

    • Saya pun TK boleh login.. kata nya id dan email tiada dalam pendaftaran…nk reset password pun TK boleh, padahal login guna link yg Diaorg send kat email.bila login TK boleh pulaaaaa😔

      • Kalau projek kerajaan. Hmmm kelaut. Sy x pernah daftar pn cakap dah daftar. Nak reset password sampai kesudah kata x match. Yg tukang buat apps dah kenyang. Lepas tu tinggal aje.

  1. Writer should have clarified that only owners of vehicles can check for outstanding fines.
    These sites DO NOT work for checking outstanding fines of other’s vehicles or foreign registered vehicles.

  2. Apa hal saya tak boleh daftar my saman bayar kerana tidak mendapat otp nombor masuk tersebut , disebabkan tidak boleh teruskan daftar

  3. Saya pernah daftar my bayar saman,saya format hp,lepas tu saya lupa id dan email yang saya guna.macam mana saya nak bukak balik

  4. Boleh bantu saya bagaimana hendak bukak balik,aplication my bayar saman,saya terlupa email dan id yg saya gunakan dulu

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *