Skip to content
SemakanStatus
  • Utama
  • Hubungi
MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

Utama / MyCoID SSM / MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

4 September, 20223 September, 2022 by Admin

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT

 

MyCoID adalah satu perkongsian pintar. Ia merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar syarikat perniagaan mereka dengan MyCoID.

 

Melalui pendaftaran ini, MyCoID akan membantu para usahawan mengurangkan birokrasi dan memudahkan urusan pentadbiran mahupun perniagaan sesebuah syarikat semasa transaksi dengan agensi yang berkaitan.

 

Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam persekitaran koporat negara dan juga keberkesanan dalam sektor swasta. Artikel ini akan menerangkan dengan ringkas langkah untuk mengaktifkan akaun MyCoID melalui atas talian.

 

APA ITU MyCoID?

 

MyCoID ialah nombor pengenalan perniagaan yang digunakan apabila berurusan dengan dokumen persyarikatan.

 

Ia merupakan nombor pendaftaran yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) apabila syarikat, pemilik tunggal atau perkongsian mendaftar perniagaan mereka.

 

CONTOH NOMBOR MyCoID

 

Bagi syarikat Sdn. Bhd. nombor baharu pendaftaran syarikat telah dilaksanakan kini.

 

Nombor pendaftaran syarikat telah mempunyai 12 digit yang akan digunapakai untuk semua perihal dokumen syarikat.

 

APAKAH FUNGIS MyCoID SSM?

 

Melalui  MyCoID, komuniti korporat kini hanya perlu menggunakan satu nombor iaitu nombor pemerbadanan syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi urusan  pendaftaran, rujukan dan transaksi dengan agensi berikut:

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN);
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  • Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB);
  • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan
  • Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp.Malaysia).

 

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan  secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi

 

BAGAIMANA MyCoID BERFUNGSI?

 

MyCoID akan menggantikan penggunaan pelbagai nombor yang dikeluarkan oleh agensi berkenaan secara berperingkat bagi urusan yang melibatkan komuniti korporat dan rujukan dalaman agensi.

 

Fasa pertama MyCoID akan memperkenalkan penggunaan satu nombor rujukan untuk kegunaan di pelbagai agensi. Inisiatif ini akan ditambah baik melalui fasa kedua iaitu dengan memperluas serta memaksimumkan potensi pemakaian MyCoID menerusi pembangunan sistem yang akan membolehkan pengkalan data dan maklumat berlaku secara automatik.

 

Ini bermakna pemilik-pemilik syarikat baru tidak perlu lagi pergi ke pelbagai agensi untuk tujuan pendaftaran kerana proses tersebut boleh berlaku serentak dengan hanya satu proses pendaftaran di SSM.

 

PENGAKTIFAN AKAUN MyCoID ONLINE(CARA DAFTAR MyCoID)

 

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pengaktifan akaun MyCoID ini:

 

Klik pada pautan lawan sesawang ini https://mycoid2016.ssm.com.my dan tekan Login / Sign Up.

 

  1. Untuk pendaftaran baru, tekan Sign up pada paparan skrin.
  2. Masukkan maklumat log masuk.
  3. Isikan pada ruang Personal Detail. Pastikan maklumat anda lengkap.
  4. Penuhkan ruangan Contact Information.
  5. Pilih pada pilihan eCharge user (yes / no).
  6. Masukkan maklumat GST (jika berkaitan)
  7. Lengkapkan ruangan pengakuan pengguna dan tekan butang
  8. Setelah itu, satu emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang anda sahkan dengan MyCoID.
  9. Anda diminta untuk mengesahkan emel tersebut dengan menekan click here to activate.
  10. Apabila emel tersebut disahkan, anda akan menerima satu emel pengesahan daripada SSM. (tidak perlu ke kaunter)
  11. Sahkan pengaktifan akaun dengan menghantar dokumen diperlukan melalui emelkan ke [email protected].

 

SENARAI DOKUMEN PENDAFTARAN MyCoID ONLINE

Senarai dokumen diperlukan adalah :

  • Salinan kad pengenalan
  • Gambar pemohon bersama kad pengenalan yang dipegang di paras leher
  • Satu dokumen sokongan lain yang mempunyai nama/gambar pemilik akaun. Contoh : lesen memandu, bil utiliti dan lain-lain.
  • Salinan sijil perakaun amalan. (Pendaftaran individu tidak diperlukan)
  • Surat pengesahan user adalah wakil yang dilantik oleh firma tersebut menggunakan letterhead legal firm. (hanya pendaftaran e-charge)
  • Security answer (yang telah didaftarkan semasa proses sign up)

 

  1. Apabila telah disahkan pihak SSM, anda akan mendapat emel beserta link untuk mengaktifkan akaun.
  2. Tekan Click here to login pada pautan emel tersebut.
  3. Masukkan kata laluan yang baru dan sahkan sekali lagi kata laluan tersebut.
  4. Setelah anda masukkan kata laluan, secara automatik anda sudah log masuk ke sistem MyCoID.
  5. Pengaktifan akaun anda selesai!

CARA LOGIN MyCoID

 

Berikut adalah cara untuk login system MyCoID:

 

  1. Jika pengguna ingin log masuk MyCoID,sila layari https://mycoid2016.ssm.com.my
  2. Sila tekan Login
  3. Masuk email dan kata laluan,klik LOG MASUK
  4. Anda kini berada dalam sistem MyCoID.

 

KENAPA PERLU GUNA MyCoID?

 

Sistem MyCoID beroperasi 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Anda boleh mendapatkan maklumat syarikat dan membuat pembayaran secara atas talian selagi mempunyai internet.

 

Menjimatkan masa untuk mendapatkan maklumat penubuhan syarikat

 

APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH MYCOID?

MYCOID SSM

APAKAH CARA BAYARAN SERVIS MYCOID?

 

  • Kredit kad (visa dan mastercard)
  • Debit kad (visa dan mastercard)
  • Perbankan atas talian

 

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh hubungi pusat panggilan SSM di 03-7721 4000 atau faks di talian 03-7721 4001. Melalui emel [email protected]

 

 

Categories MyCoID SSM Tags APA ITU MyCoID?, APAKAH CARA BAYARAN SERVIS MYCOID?, APAKAH FUNGIS MyCoID SSM?, APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN OLEH MYCOID?, BAGAIMANA MyCoID BERFUNGSI?, CARA AKTIFKAN MyCoID SSM, CARA DAFTAR MyCoID SSM, CARA LOG MASUK MyCoID, CARA LOGIN MyCoID, CARA REGISTER MyCoID SSM, CONTOH NOMBOR MyCoID, KENAPA PERLU GUNA MyCoID?, MyCoID SSM, PENGAKTIFAN AKAUN MyCoID ONLINE(CARA DAFTAR MyCoID), SENARAI DOKUMEN PENDAFTARAN MyCoID ONLINE
LUPA NOMBOR PIN ATM MAYBANK CIMB RHB PUBLIC BANK ISLAM BANK BSN (Cara Dapatkan Semula)
CARA TUKAR NAMA BIL ELEKTRIK RUMAH(Nama Penyewa/Pemilik Baru)

6 thoughts on “MyCoID SSM:CARA DAFTAR & AKTIFKAN NOMBOR PEMERBADANAN / IDENTITI SYARIKAT”

  1. Pingback: DOKUMEN SSM HILANG(Cara Dapatkan Semula MyData SSM) - SemakanStatus
  2. Pingback: KIOSK SSM:SENARAI LOKASI DI SETIAP NEGERI(Cara Guna /Perkhidmatan Ditawarkan) - SemakanStatus
  3. Pingback: SEMAKAN SYARIKAT BERDAFTAR SSM(CARA CHECK STATUS ONLINE) - SemakanStatus
  4. Pingback: CARA KEMASKINI MAKLUMAT PERNIAGAAN GUNA EZBIZ SSM - SemakanStatus
  5. Pingback: CARA DAFTAR MyDATA SSM(Login & Beli Maklumat Syarikat) - SemakanStatus
  6. Pingback: CARA RENEW SSM GUNA EZBIZ (HARGA / SYARAT PERBAHARUI LESEN PERNIAGAAN ONLINE) - SemakanStatus

Leave a Comment Batal balasan

Kiriman Terkini

  • UPU ONLINE 2023/2024 (Cara Permohonan & Daftar Kali Pertama)
  • HARGA MINYAK PETROL RON95 RON97 DIESEL BULAN FEBRUARI 2023
  • eBANKER PRO BANK ISLAM(Cara Login, Daftar & Pemindahan Wang)
  • REGISTER LOGIN MyASNB(SEMAKAN PENYATA AKAUN ASB ONLINE)
  • PERMOHONAN SPIM TEKUN NASIONAL(Pembiayaan Mikro & Informal Sehingga RM10000)

Ulasan Terkini

  • JEOBEDSIUS anak nyalu pada CARA TUKAR NO HP PUBLIC BANK (Update Mobile Phone Number)
  • Clement mathew pada HARGA SAMAN TRAFIK & JPJ 2023(Check & Semak Online)
  • Aiman pada e-PEMULA 2023 PERMOHONAN BANTUAN KREDIT eBELIA eWALLET RM200 UNTUK BELIA (e-Start)
  • ANIS AZYAN pada NOMBOR SHOPEE CUSTOMER SERVICE MALAYSIA(+603-27779222):CARA HUBUNGI NO TELEFON HOTLINE/HELPLINE
  • William Lee pada HARGA SAMAN TRAFIK & JPJ 2023(Check & Semak Online)

Copyright © 2023 | All Rights Reserved