MyDIGITAL ID PENJAWAT AWAM CARA DAFTAR

PANDUAN PENDAFTARAN DAN KELEBIHAN MyDIGITAL ID BAGI PENJAWAT AWAM

Kepada semua penjawat awam, kini seharusnya anda perlu menbuat pendaftaran MyDIGITAL ID penjawat awam bagi memudahkan urusan digital secara atas talian. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat pendaftaran, semoga membantu.

APA ITU MyDIGITAL ID

MyDigital ID adalah wadah pengesahan pengenalan diri secara digital yang diwujudkan untuk keselamatan dan kecekapan urusan dalam talian.

  • Meningkatkan keselamatan, kecekapan, dan keselesaan perkhidmatan dalam talian dan transaksi digital
  • Memperkukuhkan keyakinan dalam landskap digital di Malaysia
  • Memperkasa Kerajaan digital pintar berteraskan data
  • Mendukung pertumbuhan ekonomi digital Malaysia ke arah menjadi negara maju berpendapatan tinggi

KELEBIHAN MyDIGITAL ID

Berikut adalah merupakan kelebihan sistem ini iaitu:

  1. Selamat: MyDigital ID hanya mengenal pasti identiti pengguna dan tidak menyimpan sebarang data peribadi.
  2. Mudah: Dengan MyDigital ID, tiada keperluan log masuk berbilang untuk pelbagai urusan dalam talian.
  3. Pantas: Hanya beberapa saat diperlukan untuk mengesahkan identiti individu.
  4. Pintar: MyDigital ID mengurangkan risiko penipuan dengan mengesahkan identiti tanpa melibatkan perkongsian dokumen.
  5. Tepat: MyDigital ID memperoleh rujukan dan maklumat terkait daripada pangkalan data Kerajaan.
  6. Utuh: MyDigital ID adalah sistem tersulit dilengkapi lapisan keselamatan yang teguh dan sukar digodam.
  7. Unik: Seorang individu, satu identiti digital untuk mengakses pelbagai perkhidmatan dalam talian.
  8. Dipercayai: MyDigital ID adalah inisiatif yang dilaksana, disokong dan diiktiraf Kerajaan

CARA DAFTAR MyDIGITAL ID PENJAWAT AWAM

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat pendataran iaitu:

DAFTAR MyDIGITAL ID PENJAWAT AWAM ONLINE

  1. Muat turun aplikasi MyDIgital ID (Play store / Apple Store)
  2. Klik aplikais tersebut, pada paparan menu utama klik pada 3 garis (menu) di bucu atas kiri
  3. Kemudian klik pada Penjawat Awam
  4. Terdapat 3 langkah yang perlu anda lengkapkan iaitu:
    1. Langkah 1: Masukkan alamat email anda yang aktif dan klik seterusnya
    1. Langkah 2: Masukkan Kod OTP (One Time PIN) pada ruangan tersedia yang diterima melalui email dan klik seterusnya.   
    1. Langkah 3: Masukkan nama dan no kad pengenalan anda dan klik seterusnya
  5. Kemduian anda dikehendaki untuk mengambil gambar Kad Pengenalan depan dan belakang serta gambar swafoto (selfie) untuk pengesahan identity eKYC.
  6. Setelah pengesahan berjaya, anda perlu tetapkan Kata Laluan yang anda inginkan
  7. Paparan pengesahan Simpan Digital ID akan tertera, klik OK, kemudian masukkan kata laluan anda tadi
  8. Selesai, Paparan menunjukkan tempoh sah ID Gigital anda. Anda Kini Mempunyai Identiti Digital Yang Sah Dan Dipercayai.

DAFTAR MyDIGITAL ID PENJAWAT AWAM DI KIOSK

  1. Hadir ke mana-mana Kisok MyDigital ID yang berhampiran
  2. Muat turun dan pasangkan aplikasi MyDigital ID di telefon pintar, Sediakan MyKad
  3. Masukkan MyKad, letakkan ibu jari di pengimbas dan jangan alihkan sehingga selesai imbasan
  4. Pastikan segala maklumat anda adalah tepat
  5. Pengesahan Berjaya, keluarkan MyKad anda

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MyDgigital ID ini, anda boleh melayari pautan portal rasminya iaitu: www.digital-id.my

ARTIKEL LAIN:

Share your love

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *