MYEG CHECK SAMAN (Semak Saman JPJ & Polis Trafik)

Utama / MYEG CHECK SAMAN / MYEG CHECK SAMAN (Semak Saman JPJ & Polis Trafik)

MYEG CHECK SAMAN (Semak Saman JPJ & Polis Trafik)

Sekiranya anda ingin membuat semakan saman polis atau JPJ secara online, salah satunya anda boleh menggunakan portal MYEG.  Bagaimana cara untuk check saman JPJ dan Polis menggunakan MYEG? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantui.

 

APA ITU MYEG

MYEG ini adalah syarikat konsesi milik Kerajaan Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk membuat perkidmatan secara online bagi yang berkaitan agensi kerajaan. Contohnya, renew roadtax dan insurans, bayar saman, zakat dan banyak lagi.

 

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN OLEH MYEG

Antara perkhidmatan yang disediakan oleh MYEG adalah:

  • JPJ – Memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak & bayar saman, auto insurans, Permohonan LDL, maklumat Kejara.
  • PDRM – Semak saman & bayar.
  • Imigresen – Pembaharuan permit pekerja asing & pembantu rumah.
  • DBKL – Semak & bayar kesalahan kompaun, cukai taksiran.
  • Jabatan Insolvensi.
  • JPN – Gantian kad pengenalan. (Cip / kad rosak), gantian biasa, gantian kad hilang.

 

CARA CHECK SAMAN POLIS MYEG

Sekiranya anda ingin membuat semakan PDRM menggunakan MYEG, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MYEG: https://www.myeg.com.my/
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru, hendaklah daftar terlebih dahulu
  3. Pada menu utama klik pada ruangan Polis DiRaja Malaysia
  4. Anda akan dibawa ke halaman MyBayar Saman
  5. Anda dikehendaki untuk log masuk pada Portal MyBayar Saman. Sekiranya anda belum daftar lagi, anda dikehendaki daftar terlebih dahulu.
  6. Pada paparan utama jumlah saman anda beserta kadar kompaun akan tertera.
  7. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda hanya perlu tick sahaja pada saman yang anda inginkan, dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.

 

CARA CHECK SAMAN JPJ MYEG

Sekiranya anda ingin membuat semakan JPJmenggunakan MYEG, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MYEG: https://www.myeg.com.my/
  2. Log masuk akaun anda. Sekiranya anda pengguna baru, hendaklah daftar terlebih dahulu
  3. Pada menu utama klik pada ruangan Jabatan Pengangkutan Jalan
  4. Seterusnya klik pada Semak & Bayar Saman JPJ
  5. Terdapat maklumat yang perlu diisi:
    • No Kad Pengenalan – masukkan no kad pengenalan anda atau seiapa yang ingin disemak
    • Katagori – pilih katagori anda
  6. Setelah lengkap klik pada Submit
  7. Paparan maklumat saman JPJ anda akan tertera. Beserta kadar kompaun yang dikenakan
    • Pada bahagian Response Description – Jika tiada saman paparan akan menunjukkan TIADA REKOD SAMAN DITEMUI. Dan jika ada saman akan keluar senarai saman JPJ anda.

 

ARTIKE LAIN

CARA BAYAR SAMAN PDRM (Guna Mesin ATM Maybank)

8 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *