ADA MASALAH NAK LOGIN MyEG?
Adakah anda pernah menggunakan portal & servis MyEG?Bagaimanakah cara untuk login MyEG?
Apa itu MyEG ?
MyEG LOGIN adalah salah satu kemudahan portal atas talian yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menawarkan servis-servis yang terpilih kepada rakyat Malaysia.
Memang hati rasa tidak berpuas hati jika anda telah disaman oleh pihak JPJ dan memerlukan anda mencari PERKHIDMATAN & LOKASI KIOSK JPJ . Sebagai satu alternatif tanpa perlu ke kiosk ataupun pejabat JPJ, anda boleh menjelaskan saman anda melalui cara login MyEG dan sebelum itu anda mestilah mendaftar dahulu. cara daftar MyEG LOGIN yang boleh dibuat secara atas talian.
Cara daftar MyEG
- Anda perlu melayari laman web https://www.myeg.com.my
- Kemudian, tekan butang Create an account untuk mendaftar akaun pertama anda di portal MyEG.
- Pada laman seterusnya, terdapat beberapa ruangan maklumat penting yang anda perlu isikan.
- Tandakan / pada Individual. Kemudian, pada ruangan Username, masukkan username yang anda ingin digunakan untuk akaun MyEG anda.
- Username ini akan digunakan untuk login MyEG.
- Pada ruangan Password, masukkan kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun MyEG anda.
- Pada Enter Password Again, masukkan sekali lagi kata laluan yang anda ingin gunakan.
- Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda yang terkini , sah, berdaftar dan boleh diakses.
- Pada ruangan First Name, masukkan nama pertama anda.
- Pada ruangan Last Name, masukkan nama keluarga anda. Bagi anda yang beragama Islam, anda boleh gunakan nama panggilan anda sendiri pada ruangan First Name dan juga Last Name. Sebagai contoh, nama anda Syukri, dan anda boleh meletakkan nama Syukri pada ruangan First Name dan Last Name.
- Untuk meneruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Gender, tandakan tick pada jantina anda, sama ada anda Male (Lelaki) atau Female (Perempuan).
- Pada ruangan NRIC/Army/Police No, masukkan sama ada 12 nombor MyKad anda, nombor keahlian tentera sekiranya anda seorang ic tentera, atau nombor badan polis sekiranya anda seorang anggota polis.
- Pada ruangan Passport No, masukkan nombor passport anda (sekiranya mempunyai passport ).
- Klik pada ruangan untuk Date Of Birth. Kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
- Pada ruangan Address, masukkan alamat penuh tempat tinggal anda yang terkini dan tepat.
- Pada ruangan City, masukkan bandar tempat tinggal anda.
- Pada Postcode, masukkan poskod tempat tinggal anda.
- Pada State, pilih negeri tempat anda tinggal.
- Pada Country, pilih negara yang diduduki.
- Pada Contact No, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan mudah dihubungi.
- Pada Marital Status, pilih sama ada Single (belum berkahwin), Married (sudah berkahwin), Divorced(bercerai) atau Widowed (kematian suami atau isteri).
- Kemudian, untuk teruskan cara daftar MYEG, pada bahagian Captcha, tandakan tick pada I’m not a robot.
- Sekiranya ada soalan ringkas yang perlu anda dijawab, jawablah kesemua soalan yang tertera tersebut.
- Kemudian, tandakan tick pada kenyataan di bawahnya.
- Tekan butang SUBMIT.
- Pendaftaran anda selesai. Anda akan menerima emel daripada MyEG. Periksa bahagian inbox atau jika tiada boleh periksa di bahagian Spam.
- Apabila anda menemui emel tersebut, buka emel dan tekan link yang tertera di emel tersebut.
- Anda akan dibawa semula ke portal MyEG dan pendaftaran anda selesai.
Cara login MyEG (myeg.com.my)
Selepas selesai buat permohonan pendaftaran MYEG, anda kini sudah boleh login MYEG.
- Pada portal MyEG, pergi ke ruangan LOGIN.
- Kemudian, pada ruangan Eservices/1MID Username, masukkan username
- Pada ruangan Password, masukkan password untuk akaun anda.
- Tekan butang Login.
- Login anda berjaya
APAKAH SERVIS YANG DITAWARKAN DI PORTAL MyEG?
Berikut adalah Servis-servis yang ditawarkan dalam portal MyEG:
- PDRM– Semak saman & bayar.
- JPJ– Memperbaharui lesen memandu, cukai jalan, semak & bayar saman, auto insurans, Permohonan LDL, maklumat Kejara.
- Imigresen– Pembaharuan permit pekerja asing & pembantu rumah.
- DBKL– Semak & bayar kesalahan kompaun, cukai taksiran.
- Jabatan Insolvensi
- JPN– Gantian kad pengenalan. (Cip / kad rosak), gantian biasa, gantian hilang kad.
- Zakat
TAWARAN SAMAN JPJ/POLIS TERKINI
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ/Polis menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Tarikh Tawaran: 9 -31 Disember 2021
- Cara Bayaran: Kaunter JPJ/Trafik, Kiosk JPJ/Polis, Portal JPJ/MyBayar Saman & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC
ADA MASALAH SEMASA MENGGUNAKAN SERVIS MyEG?
Sila hubungi maklumat berikut:
MYEG Tower CORPORATE OFFICE (HQ)
Level 43A, MYEG Tower, Empire City,No. 8, Jalan Damansara, PJU 8,47820 Petaling Jaya, Selangor
TEL : +603 – 7664 8000 @ +603 – 7664 8008
ARTIKEL LAIN
MYEG KIOSK (Cara Guna & Senarai Lokasi Near Me)
SEMAKAN PEMILIK KENDERAAN ONLINE(CARA CHECK OWNER KERETA)
Hi,
Saya ingin menjadi agen myeg kawasan Kedah. Macamana cara permohonan?
Hello boss saya nak tanya macam mana nak buat kad ewallet?
Haii..Saya nak jadi Agent MyEg di kawasan Kelantan..Boleh saya tahu prosedur nya macam mana?
Hai saya johari dari melaka. saya ada permis pernigaan di hadapan jpj melaka. saya ingin membuka caw myeg ..bagaimanakah caranya
Saya nak kemaskini akaun pelaburan
Saya mahu tukar no telefon bsn ,
Saya buat online banking bsn tidak dpat