myIMMs Check Renew Passport Permit Fomema

Pengenalan myIMMs Check

Sistem myIMMs check yang ada sekarang mengawal secara online untuk sistem passport, penguatkuasaan, dokumen perjalanan, visa, pas dan permit, ekspatriat, pekerja asing, pentadbiran, keselamatan, dan perkhidmatan.

Senarai Kandungan Penting:

  1. MyIMMS e Services Passport Status
    • MyIMMS e service adalah sistem perkhidmatan dalam talian oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan urusan pelanggan.
    • Termasuk perkhidmatan seperti temujanji, pembaharuan border pass, dan semakan permohonan PLKS.
  2. Permit Masuk
    • Perkhidmatan dalam talian bagi permohonan dan semakan status permit pekerja asing ke Malaysia.
  3. Pas Residen
    • Sistem untuk permohonan pas residen bagi warga asing mengikut kategori yang ditetapkan.
  4. MyOnline Passport
    • Kemudahan pembaharuan passport dalam talian untuk warganegara Malaysia.
  5. Permohonan Pekerja Asing Online / Pembantu Rumah
    • Sistem untuk permohonan pekerja asing dan pembantu rumah secara dalam talian.
  6. eMM2H@JIM
    • Program Malaysia My Second Home (MM2H) untuk warga asing dan pakar dari seluruh dunia.
  7. ePLSI
    • Sistem pembaharuan pas pasangan dan pas lawatan jangka panjang secara dalam talian.
  8. ePass
    • Kemudahan semakan maklumat ePass bagi pihak berkuasa atau agensi.
  9. MyIMMS e Services Fomema Status
    • Semakan status Fomema melalui perkhidmatan myimms e services.
  10. Cara Buat e Bayaran Imigresen
    • Sistem e-bayaran untuk pelbagai bayaran berkaitan imigresen.
  11. Mytravelpass
    • Sistem permohonan keluar dan masuk ke Malaysia untuk warganegara dan warga asing.
  12. Myonline
    • Kemudahan pembaharuan passport dalam talian untuk warganegara Malaysia.
  13. Cara Apply Pas Pelajar Untuk Study di Malaysia
    • Langkah-langkah permohonan visa pelajar melalui Education Malaysia Global Services (EMGS).

APA ITU MyONLINE*PASPORT

MyONLINE*PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

TEMPOH PENGELUARAN PASPORT

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

KADAR BAYARAN

Berikut adalah merupakan Kadar bayaran yang akan dikenakan bagi permohonan pembaharuan pasport secara online:

  • Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200
  • Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan pembaharuan pasport:

  • Permohonan gantian pasport sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang genap berumur 13 tahun ke atas.
  • Tempoh sah laku pasport semasa perlu kurang daripada 12 bulan.
  • Permohonan dalam negara sahaja.

NOTA: Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI

Sebelum anda membuat permohonan secara online, berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui:

  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

CARA PEMBAHARUAN PASPORT ANTARABANGSA ONLINE

Setelah anda memenuhi semua perkara di atas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan pembaharuan pasport melalui sistem myIMMs:

  1. Layari pautan: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport.
  2. Baca terma dan syarat yang tertera kemudian klik Setuju.
  3. Isi maklumat yang diberikan kemudian klik butang Cari.
  4. Muat naik gambar pasport anda.
  5. Seterusnya buat pembayaran untuk untuk melengkapkan proses permohonan.

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Pengambilan Pasport. Tarikh dan masa pengambilan passport yang telah dipohon akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

MAKSUD STATUS myIMMs Check

Berikut adalah maksud status yang dipaparkan:


PERMOHONAN DITERIMA – Permohonan telah diterima.
BARU – Permohonan telah diterima dan sedang diproses oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sila kirimkan salinan asal dari dokumen-dokumen sokongan sekiranya belum berbuat demikian.
LULUS – Permohonan telah diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan bersedia untuk Pembayaran dan cetakan Pelekat. Sila buat pemeriksaan FOMEMA sekiranya belum berbuat demikian.
TOLAK – Permohonan telah ditolak oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
BATAL – Permohonan telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.
BAYAR – Permohonan telah dibayar dan bersedia untuk Cetakan Pelekat.
CETAK – Pelekat telah di cetak dan sedia untuk dipungut.
TANGGUH – Permohonan telah ditangguh oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT myIMMs Check

Untuk maklumat lanjut megenai pembaharuan pasport antarabangsa online , anda boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/.

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERJALANAN JABATAN IMIGRESEN(Cara Check di sspi.imi.gov.my/sspi/)

TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN(STO IMI):CARA BUAT JANJI TEMU IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN

SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT

Share your love

One comment

  1. Dear Sir,
    I would like to renew my passport online but i couldn’t get through
    eservices. Can please help me check what is my problem. Thank you.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *