myIMMs:CARA PERMOHONAN PEMBAHARUAN PASPORT ANTARABANGSA ONLINE(Semak Kadar Bayaran Tempoh Kelayakan)

myIMMs:CARA PERMOHONAN PEMBAHARUAN PASPORT ANTARABANGSA ONLINE(Semak Kadar Bayaran Tempoh Kelayakan)

Pasport anda sudah tamat? Sudah tentunya anda ingin membuat pembaharuan. Terkini  Jabatan Imigresen Malaysia telah mengumumkan orang ramai kini boleh membuat permohonan pembaharuan pasport antarabangsa Malaysia melalui sistem myIMMs online.

 

Bagaimana cara untuk membuat pembaharuan Pasport Antarabangsa secara online? Disini kami kongsikan caranya menggunakan sistem myIMMS, semoga membantu.

 

APA ITU MyONLINE*PASPORT

 

MyONLINE*PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan pembaharuan Pasport Malaysia secara atas talian melalui internet. Permohonan atas talian boleh membuat bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

 

TEMPOH PENGELUARAN PASPORT

 

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar passport yang disenaraikan dalam sistem. Tarikh dan masa pengambilan passport akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Waktu serahan. Permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama dan permohonan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

 

KADAR BAYARAN

 

Berikut adalah merupakan Kadar bayaran yang akan dikenakan bagi permohonan pembaharuan pasport secara online:

  • Permohonan Biasa 13 – 59 tahun: RM 200
  • Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100

 

SYARAT KELAYAKAN

 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk membuat permohonan pembaharuan pasport:

  • Permohonan gantian pasport sahaja.
  • Warganegara Malaysia yang genap berumur 13 tahun ke atas.
  • Tempoh sah laku pasport semasa perlu kurang daripada 12 bulan.
  • Permohonan dalam negara sahaja.

NOTA: Bagi pemohon di bawah umur 18 tahun: Hanya penjaga yang sah yang telah memberi kebenaran semasa permohonan yang terdahulu dibenarkan membuat permohonan secara atas talian. Penjaga yang sah perlu hadir di pejabat imigresen semasa pengambilan pasport tersebut. Jika penjaga tidak hadir bersama, pasport tersebut tidak akan diserahkan.

 

PERKARA PENTING YANG PERLU DIKETAHUI

 

Sebelum anda membuat permohonan secara online, berikut adalah perkara yang perlu anda ketahui:

  • Kegagalan mengemukakan dokumen atau hadir akan menyebabkan pasport tidak akan diserah.
  • Pasport pembaharuan di dalam keadaan biasa sahaja
  • Buku Pasport mestilah didalam keadaan baik (tidak rosak ,berconteng, terkena air).
  • Pemohon yang pasportnya hilang atau rosak tidak dibenarkan membuat permohonan secara atas talian.
  • Seseorang warganegara yang berada secara tidak sah atau melanggar undang-undang diluar Negara adalah tidak layak untuk membuat permohonan pasport secara atas talian.

 

CARA PEMBAHARUAN PASPORT ANTARABANGSA ONLINE

 

Setelah anda memenuhi semua perkara di atas, berikut adalah cara untuk membuat permohonan pembaharuan pasport melalui sistem myIMMs:

  1. Layari pautan: https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport.
  2. Baca terma dan syarat yang tertera kemudian klik Setuju.
  3. Isi maklumat yang diberikan kemudian klik butang Cari.
  4. Muat naik gambar pasport anda.
  5. Seterusnya buat pembayaran untuk untuk melengkapkan proses permohonan.

 

NOTA: Pemohon perlu hadir sendiri untuk mengambil pasport dengan mengemukakan kad pengenalan, pasport sedia ada dan resit bayaran. Tiada wakil dibenarkan.

Pengambilan Pasport. Tarikh dan masa pengambilan passport yang telah dipohon akan ditentukan oleh sistem berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

 

MAKLUMAT LANJUT

 

Untuk maklumat lanjut megenai pembaharuan pasport antarabangsa online , anda boleh layari website rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan https://www.imi.gov.my/.

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN STATUS PERJALANAN JABATAN IMIGRESEN(Cara Check di sspi.imi.gov.my/sspi/)

TEMUJANJI ONLINE IMIGRESEN(STO IMI):CARA BUAT JANJI TEMU IMIGRESEN NEGERI/CAWANGAN

SEMAKAN HARGA RENEW PASSPORT

 

 

2 Comments

  1. Dear Sir,
    I would like to renew my passport online but i couldn’t get through
    eservices. Can please help me check what is my problem. Thank you.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *