PERMOHONAN MyKID JPN 2024(Semak  semakan.jpn.gov.my)

Utama / MyKID / PERMOHONAN MyKID JPN 2024(Semak  semakan.jpn.gov.my)

PERMOHONAN MyKID JPN 2024(Semak  semakan.jpn.gov.my)

Bagi pasangan yang baru mempunyai anak, sudah semestinya ingin mengetahu cara membuat permohonan MyKid terkini. Disini kami kongsikan cara untuk membuat permohonan My Kid di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), semoga membantu.

 

APA ITU MyKID

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri My Kid adalah sama seperti My Kad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada My Kid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

 

APLIKASI UTAMA MyKID

My kid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran)
  • Maklumat kesihatan
  • Maklumat pendidikan

 

KELEBIHAN MyKID

Berikut adalah merupakan kelebiha My Kid:

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecil
  4. Mempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  6. Bentuk cantik dan menarik

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah merupakan dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan My Kid:

  1. Sijil Kelahiran Malaysia/ Borang W (asal)
  2. Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)

 

KADAR BAYARAN My KID

  • Tiada bayaran dikenakan.

 

CARA PERMOHONAN My KID

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan My Kid, berikut adalah merupakan caranya.

  1. Hadir ke mana-mana cawangan JPN yang berhampiran tanpa perlu membuat temu janji.
  2. Untuk menyemak lokasi JPN berhampiran boleh rujuk pada pautan ini https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan
  3. Pastikan hadir membawa dokumen yang diperlukan

 

CARA SEMAK STATUS PERMOHONAN MyKID

Untuk menyemak status permohonan boleh dibuat secara online seperti berikut:

  1. Layari pautan http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • No My Kid (tanpa -)
    • Captcha
  3. Seterusnya klik pada Semak
  4. Status permohonan My Kid akan terpapar.

 

KENAPA MYKID LAMBAT SIAP?

Berikut adalah merupakan antara kenapa MyKID lambat disiapkan iaitu:

  • Masalah kekurangan bekalan mikrocip yang berlaku di peringkat global sejak pandemik Covid-19
  • Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini telah ditangguhkan selama enam bulan.

 

TEMPOH DIJANGKA MYKID SIAP

  • Prroses permohonan baharu masih diteruskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) walaubagaimanapun akan mengambil tempoh masa yang lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

 

DOKUMEN YANG BOLEH DIGUNAKAN GANTI MYKID

  • Menurut Ketua Pengarah JPN, para ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak sebagai dokumen pengenalan diri yang sah untuk urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid.

 

PROGRAM MENYEMAI KASIH RAKYAT (MEKAR)

JPN juga telah mengadakan program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) untuk memudahkan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran bagi golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan My KID JPN, sila layari portal rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

 

ARTIKEL LAIN

WAKTU OPERASI JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *