MyPHONE-IN JPN : GANTI MYKAD ROSAK MELALUI TELEFON

MyPHONE-IN JPN

MyPHONE-IN JPN : CARA GANTI MYKAD ROSAK MELALUI TELEFON 

Adakan anda pernah membuat permohonan ganti MyKad rosak melalui perkhidmatan talian di dalam telefon.

Jika anda tidak mengetahui, kali akan kongsikan berkaitan MyPhone-In JPN untuk anda membuat permohonan ganti Mykad anda yang telah mengalami kerosakan.

Selain dari menggunakan sistem gantian online, anda juga mempunyai pilihan untuk membuat gantian MyKad melalui telefon bagi masalah MyKad rosak.

Anda boleh TUKAR NO TELEFON CIMB 

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN UNTUK PERKHIDMATAN MyPHONE-IN JPN

Sebelum anda membuat permohonan, anda mestilah mengetahui syarat-syarat . Anda digalakan untuk menggunakan perkhidmatan ini kerana boleh jimatkan masa dan tenaga tanpa perlu beratur di kaunter JPN untuk perkhidmatan yang boleh anda lakukan sendiri melalui telefon.

  • Gantian MyKad biasa atau cip / kad rosak sahaja
  • Bayaran permohonan RM10 (dibayar semasa mengambil kad)
  • Hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
  • Pusat kutipan hanya di JPN Putrajaya serta JPN ZOOM dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
  • Tiada perubahan alamat, agama, pindaan nama dan gambar
  • Caj hilang akan dikenakan sekiranya gagal mengemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter

sudahkan anda REGISTER BIGPAY AIRASIA 

 

CARA GANTI MYKAD ROSAK MELALUI TELEFON

Jika anda ingin membuat gantian MyKad rosak melalui perkhidmatan MyPhone-In JPN,  anda boleh buat panggilan ke talian berikut:

 

TALIAN HOTLINE MYPHONE-IN: 03-8880 8066

Waktu Operasi

 

Isnin hingga Jumaat – 8 pagi hingga 5 petang

Waktu Rehat

Isnin – Khamis: 1 petang hingga 2 petang

Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.42 petang

 

SENARAI PEJABAT JPN

Senarai pejabat JPN yang beroperasi boleh disemak melalui portal rasmi JPN di pautan https://www.jpn.gov.my/.

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang cara ganti MyKad rosak melalui telefon dengan perkhidmatan MyPhone-In JPN, sila layari laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara di https://www.jpn.gov.my/my/

 

ATAU hubungi

 

03-8000 8000

Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia

 

 

1 thought on “MyPHONE-IN JPN : GANTI MYKAD ROSAK MELALUI TELEFON”

Leave a Comment