MYSEJAHTERA 2.0 (Cara Semak & Kemaskini Rekod Imunisasi)

MYSEJAHTERA 2.0 (Cara Semak & Kemaskini Rekod Imunisasi)

MYSEJAHTERA 2.0

Terdahulu MySejahtera kini digunakan secara meluas dalam penjejakkan kontak, selain menyimpan sijil vaksin. Kini Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan orang ramai untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera 2.0 bagi menggunakan pelbagai perubahan baharu di apps tersebut. Disini kami akan kongsikan maklumat mengenainya, semoga membantu.

 

APA ITU MYSEJAHTERA 2.0

MySejahtera 2.0 kini tampil dengan beberapa ciri baharu yang menawarkan perkhidmatan lebih baik bagi memantau maklumat kesihatan individu.

 

CIRI TERBARU MYSEJAHTERA 2.0

Berikut adalah merupakan ciri terbaru yang terdapat pada aplikasi MySejahtera:

  • Segala rekod vaksinasi COVID-19 pengguna akan diletakkan di bahagian bawah aplikasi dan tidak lagi menjadikan status vaksinasi sebagai halaman utama. Butiran tersebut kini telah diasingkan menerusi ruangan lain di aplikasi MySejahtera.
  • Rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak juga boleh dilihat di MySejahtera. Kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit. Fungsi ini dapat dilihat selepas bayi yang baru lahir diberi suntikan imunisasi Bacilus Calmette-Guerin (BCG) di fasiliti kesihatan yang terlibat dalam Program Imunisasi Kebangsaan. Buat masa ini, hanya rekod imunisasi untuk bayi yang lahir selepas 1 Julai 2022 akan dipaparkan di aplikasi MySejahtera.

 

TARIKH KEMASKINI MYSEJAHTERA 2.0

Kemaskini aplikasi MySejahtera boleh dibuat mulai 16 Julai 2022 untuk mendapatkan ciri-ciri baharu ini.

 

TERLUPA KATA LALUAN MYSEJAHTERA

Langkah-langkah sekiranya anda lupa kata laluan:-

  1. Buka aplikasi MySejahtera anda.
  2. Klik pada LUPA KATA LALUAN
  3. Masukkan MySejahtera ID anda sama ada email atau nombor telefon yang telah didaftarkan sebelum ini.
  4. Untuk nombor telefon,masukkan kod negara yang betul
  5. Untuk Malaysia,bermula dengan 6 sebelum memasukkan nombor telefon anda.
  6. Kemudian klik SAYA BUKAN ROBOT
  7. Jawab soalan dan ikut arahan yang diberikan
  8. Setelah selesai,tekan HANTAR
  9. Apabila berjaya,anda akan menerima notifikasi melalui email atau nombor telefon yang telah didaftarkan.
  10. Semak email atau sms dan tekan link yang diberikan.
  11. Bagi pengguna email, pastikan anda menyemak di Recycle Bin juga.
  12. Masukkan kata laluan anda yang baru dan masukkan lagi sekali untuk pengesahan
  13. Tekan SET SEMULA KATA LALUAN
  14. Anda akan menerima notifikasi BERJAYA apabila kata laluan anda berjaya di set semula
  15. Anda boleh menggunakan kata laluan anda yang baru untuk log masuk akaun

 

KEMASKINI KEPUTUSAN UJIAN COVID-19

Langkah-langkah sekiranya untuk Kemas Kini Keputusan Ujian:-

  1. Buka aplikasi MySejahtera dan pilih Lapor Kendiri COVID-19
  2. Pilih Kemaskini Keputusan Positif COVID-19
  3. Pilih Kemaskini untuk nama
  4. Tekan MULA
  5. Jawab semua soalan dengan tepat
  6. Muat naik keputusan di soalan 4
  7. Setelah selesai mengisi semua jawapan, tekan HANTAR
  8. Tekan OK jika pasti
  9. Tekan MUAT SEMULA untuk lihat Home Surveillance Order (HSO) yang akan diberikan dalam tempoh 12 jam jika anda melaporkan keputusan positif
  10. Patuhi arahan kuarantin mengikut HSO

 

SOALAN LAZIM (FAQ) MYSEJAHTERA

Untuk merujuk kompilasi sooalan lazim mengenai my sejahtera, anda boleh merujuk DI SINI

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai MySejahtera 2.0, sila layari website rasmi MySejahtera di pautan https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI UJIAN SARINGAN HIV (Cara Booking Slot Guna MySejahtera)

3 thoughts on “MYSEJAHTERA 2.0 (Cara Semak & Kemaskini Rekod Imunisasi)”

  1. Bilakah status fully vaccination akan tertera dalam my sejahtera..
    Saya telah selesai dos 2 pada 6 september dan yelah melepasi tempih 14hr matang vaksin bg vaksin sinovac

    Balas
  2. Kenapa guna check-in dan dan check-out? Bukankah kita sudah ada istilah daftar masuk dan daftar keluar. Atau mysejahtera tidak langsung merujuk pihak Dewan Bahasa dan Pustaka? Jangan begitu.

    Balas
  3. Kenapa susah sangat urusan Mysejahtera,sya sdh cll Mysejahtera di talian 1800888828 tidak berfungsi langsung .., di sebab tukar no.hp luar negara ke no.hp malaysia pun sdh sulit dan lambat sangat urusan ..

    Balas

Leave a Comment