MySEJAHTERA (Cara Buat Janji Temu Perkhidmatan Fasiliti Kesihatan KKM)

Utama / MySEJAHTERA BUAT JANJI TEMU / MySEJAHTERA (Cara Buat Janji Temu Perkhidmatan Fasiliti Kesihatan KKM)

MySEJAHTERA (Cara Buat Janji Temu Perkhidmatan Fasiliti Kesihatan KKM)

Kepada orang ramai yang ingin mendapatkan rawatkan di kesemua fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia, anda kini boleh membuat temujanji menerusi aplikasi MySejahtera. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat temujanji, semoga membantu.

 

APA ITU SISTEM JANJI TEMU MySEJAHTERA

Sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera diperluaskan kepada perkhidmatan kesihatan primer sebagai langkah mempertingkatkan kecekapan perkhidmatan dan akses orang rami di fasiliti kesihatan tersebut.

Usaha ini adalah sejajar dengan hasrat KKM ke arah pendigitalan sistem kesihatan agar sejajar dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) 2021–2025 KKM di bawah Teras Strategik 2 iaitu Pemantapan Teknologi Baharu.

 

TEMPOH PERLAKSANAAN JANJI TEMU MySEJAHTERA

Janji temu menerusi aplikasi MySejahtera boleh dilaksanakan mulai 1 Januari 2023.

 

PERKHIDMATAN JANJI TEMU MySEJAHTERA

Berikut adalah merupakan antara perkhdimatan janji temu yang boleh dibuat menerusi MySejahtera di fasiliti kesihatan kerajaan iaitu:

  • Rawatan Pesakit Luar
  • Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan
  • Saringan Kesihatan PeKa B40
  • Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pengajian
  • Saringan Pra-Perkahwinan
  • Khidmat Berhenti Merokok
  • Perkhidmatan Perancang Keluarga
  • Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dan lain-lain)

 

KELAYAKAN JANJI TEMU MySEJAHTERA

Janji temu ini boleh digunakan kepada kesemua pengguna aplikasi MySejahtera yang berumur 18 tahun dan ke atas termasuk tanggungan mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

 

BAYARAN JANJI TEMU MYSEJAHTERA

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk membuat janji temu ini. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan bayaran atau cas perkhidmatan yang akan dikenakan di fasiliti kesihatan primer kerajaan.

 

CARA BUAT JANJI TEMU MySEJAHTERA

Kepada anda yang ingin membuat janji temu klinik kesihatan menerusi MySejahtera, berikut adlaah merupakan caranya:

  1. Buka aplikasi MySejahtera di telefon anda
  2. Pada menu utama klik pada Digital Health
  3. Seterusnya klik pada Clinic Appoinment Booking > QueueMed
  4. Pada paparan seterusnya klik pada Search Nearby untuk mencari klinik kesihatan yang berhampiran anda atau boleh juga anda masukkan nama klinik yang anda ingin pada ruangan search
  5. Seterusnya pilih pada perkhidmatan yang tersedia mengikut keperluan anda ingin membuat janji temu dan klik Book Now
  6. Kemudian ikuti arahan selanjutnya dan pilih tarikh janji temu yang tersedia (available) dan klik proced
  7. Selesai, anda hanya perlu hadir ke klinik eksihatan pada tarikh janji temu yang anda telah tetapkan

 

DOKUMEN PERLUKAN

Pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan untuk hadir ke fasiliti kesihatan kerajaan iaitu:

  • Kad pengenalan MyKAD/Pasport untuk tujuan pengesahan.
  • Dokumen perubatan dan peribadi yang penting dan yang berkaitan (sekiranya perlu).
  • Borang saringan yang berkaitan (jika ingin mendapatkan saringan kesihatan).
  • Pastikan aplikasi MySejahtera telah dikemaskini termasuk segala butiran yang penting bagi melancarkan proses pendaftaran kehadiran dan pengesahan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera, anda boleh melayari website rasmi MySejahtera di pautan https://mysejahtera.moh.gov.my/ms/

 

ARTIKEL LAIN

CARA TUKAR NO HP MySEJAHTERA(Update Mobile Phone Number)

4 Comments

  1. Bilakah status fully vaccination akan tertera dalam my sejahtera..
    Saya telah selesai dos 2 pada 6 september dan yelah melepasi tempih 14hr matang vaksin bg vaksin sinovac

  2. Kenapa guna check-in dan dan check-out? Bukankah kita sudah ada istilah daftar masuk dan daftar keluar. Atau mysejahtera tidak langsung merujuk pihak Dewan Bahasa dan Pustaka? Jangan begitu.

  3. Kenapa susah sangat urusan Mysejahtera,sya sdh cll Mysejahtera di talian 1800888828 tidak berfungsi langsung .., di sebab tukar no.hp luar negara ke no.hp malaysia pun sdh sulit dan lambat sangat urusan ..

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *