MySikap JPJ 2024(Cara Daftar Online Login Kali Pertama)
Anda merupakan pengguna jalan raya. Sudah pasti anda tidak terlepas daripada berurusan dengan pihak JPJ. Untuk memudahkan urusan JPJ seperti memperbaharui lesen memandu, kini anda boleh melakukannya secara atas online melalui Portal MySikap JPJ.
Baca MyJPJ: Permohonan Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan (e-LKM) Online
MAKLUMAT MENGENAI MySikap JPJ
Untuk pengetahuan anda, MySikap merupakan sebuah portal atas talian yang rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.
Portal tersebut bukan sekadar untuk anda renew lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu selagi anda merupakan pengguna jalan raya di Malaysia.
2 KATEGORI PENDAFTARAN MySikap JPJ
Sebelum perkongsian yang lanjut. Anda haruslah mengetahui 2 kategori pendaftaran. Antaranya adalah seperti berikut
- eID Standard
- eID Advanced.
CARA DAFTAR MySikap (STANDARD ID)
Untuk mendaftar pengguna Standard ID,andak tidak perlu hadir ke kaunter JPJ ataupun cawangan JPJ untuk anda membuat pengesahan cap jari.
Anda boleh selesaikan urusan pendaftaran ini secara online saja.
Caranya adalah seperti berikut:
- anda perlu Layari laman web https://jpj.gov.my
- anda juga boleh terus ke laman web MySikap di https://public.jpj.gov.my/
- Anda perlu tekan butang Daftar / Log Masuk Kali Pertama
- Isikan butiran yang bertanda ( * ) sahaja
- Masukkan kod sekuriti yang telah dipaparkan
- Klik pada butang Teruskan
- Semak untuk pastikan makluat benar dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
- Klik pada butang Teruskan.
- Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan di skrin.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah anda daftarkan.
CARA DAFTAR MySikap (ADVANCED ID)
Jika anda ingin membuat pendaftaran pengguna Advanced ID, anda perlulah hadir ke mana-mana Cawangan JPJ berhampiran untuk pengesahan cap jari di kaunter perkhidmatan.
Panduannya adalah seperti berikut:
- Hadir diri ke mana-mana cawangan JPJ berhampiran ketahui di PERKHIDMATAN & LOKASI KIOSK JPJ
- Dapatkan Nombor Rujukan Pendaftaran ID Portal MySikap
- Layari portal www.jpj.gov.my
- Klik pada butang Daftar
- Klik pada Log Masuk Kali Pertama
- Isi semua maklumat yang diperlukan
- Isi juga Nombor Rujukan yang diperolehi dari cawangan JPJ tadi (mesti didaftarkan dalam tempoh 7 hari selepas anda buat permohonan)
- Sahkan maklumat
- Klik Hantar
- Tunggu notifikasi Pendaftaran Berjaya
- Semak e-mel untuk mendapatkan kata laluan sementara.
- Log masuk kali pertama menggunakan kata laluan sementara yang diberikan.
- Tukar kata laluan sementara
- Log masuk semula
- Selesai.
- Kini anda boleh membuat 38 perkhidmatan JPJ secara online.
TAWARAN SAMAN JPJ TERKINI
Sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, JPJ menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun (kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan) dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
- Tarikh Tawaran: 9 -12 Disember 2021 (4 Hari)
- Cara Bayaran: Kaunter JPJ, Kiosk JPJ, Portal JPJ & di Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia KLCC
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Pengangkutan Jalan
Kementerian Pengangkutan Malaysia
Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Hotline JPJ : 03 8000 8000
ARTIKEL LAIN
CARA TUKAR NAMA KENDERAAN ONLINE/HAK MILIK(Tanpa Hadir ke Kaunter JPJ)
Daftar MySikap
Perbaharui lesen memandu psv&gdl
Renew lesen
Dear Sir, saya sudah register, tapi saya tidak tahu apa itu 1MID dengan user ID saya. Katalaluan saya ingat. dapat kh saya mintak 1MID & user ID saya atau pun register sekali lagi.
Saya tak bole daftar masuk, semua ruang yang perlu di isi telah lengkap, tapi masih juga tidak dapat masuk. Dia suruh tutup pulak. Pening
Pertanyaan tentang jenis Perkhimatan Mysikap.
Pendaftaran untuk Commercial C Permit Panel Van (NEW Vehicle) dapat diprocess melalui MySikap ke tidak?
Puspakom sudah selesai, pending pendaftaran sahaja. Ingin minta tanya MySikap izin ke tidak untuk urusan membuat perdaftaranatas talian?
Saya sudah membuat pembaharuan lesen secara online di mysikap. Permasalahan saya terlupa UTK cetak dan hantar resit pembayaran UTK pengesahan pihak jpj
Saya sudah daftar Di mysikap@jpj online untuk system digital. Masalahnya saya belum menerima ID & kata laluan sementara. So saya tidak boleh hendak login.
Minta bantuan.
Saya dah daftar ebid untuk tender no pendaftaran baru. Jika saya terlepas untuk tender melalui ebid, saya masih boleh dapatkan nombor yg saya minat melalui Mysikap dengan syarat nombor belum dibeli melalui ebid. Betul ke macam ni?