MySTEP 2024(Semak Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini)

Utama / MySTEP / MySTEP 2024(Semak Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini)

MySTEP 2024(Semak Kekosongan & Permohonan Jawatan Terkini)

Bagi golongan muda yang ingin mencari pekerjaan, kini kerajaan telah memperkenalkan satu inisiati iaitu MyStep. Apa itu MyStep? Disini kami akan kongsikan sedikit maklumat dan juga cara permohonan, semoga membantu.

 

APA ITU MySTEP?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

 

SENARAI KEMENTERIAN DAN GLC TERLIBAT PROGRAM MySTEP

Klik pada pautan berikut untuk melihat senarai kementerian dan GLC yang terlibat:

 

SYARAT KELAYAKAN MySTEP

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan:

Sektor AwamGLC / Rakan Strategik
Warganegara Malaysia
18 tahun ke atas
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masingBagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/rakan strategik masing-masing

 

PENEMPATAN PEKERJAAN MySTEP

  1. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah My STEP iaitu:
    • Penempatan di Sektor Awam
    • Penempatan di GLC dan rakan strategik
  2. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.
  3. Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.
  4. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.
  5. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik

 

TEMPOH PERKHIDMATAN MySTEP

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2024 (untuk Sektor Awam sahaja)

 

SKOP KERJA MySTEP

Personel My STEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan dan Agensi / GLC / rakan strategik.

 

KADAR UPAH / BAYARAN MySTEP

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja.

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikSektor Awam​ Kadar (RM)GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda2,1002,100
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,9001,900
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,7001,700
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,5001,500

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP.

 

KEMUDAHAN MySTEP

Kemudahan yang diberikan kepada personel My STEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

 

CARA PERMOHONAN MySTEP 

Bermula tahun 2024, pencari kerja boleh memohon jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan dibawah program My Short Term Employment Programme (MySTEP) secara eksklusif di Portal MYFutureJobs.

Untuk melihat senarai kekosongan, sila layari https://candidates.myfuturejobs.gov.my/ dan taipkan ‘MyStep’ dalam ruang kosong.

Anda akan mendapati pelbagai tawaran kekosongan jawatan terkini seperti dalam paparan di bawah.

 

CARA SEMAKAN KEKOSONGAN MySTEP

Bagi kekosongan MyStep anda boleh melihat iklan jawatan kosong personel My Step juga akan disiarkan dari semasa ke semasa oleh agensi yang mempunyai kekosongan.

Permohonan juga boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti:

 

SOALAN LAZIM (FAQ) My STEP

Siapa yang layak untuk memohon My Step?

  • Terbuka hanya kepada semua rakyat Malaysia yang berkelayakan sahaja.

Tarikh pelaksanaan program My Step?

  • Program ini hanya akan bermula mulai tahun 2022

Faedah daripada program My Step?

  • Mengatasi masalah pengangguran dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan akibat daripada pandemic COVID19 yang melanda dunia. Program ini dapat membantu individu yang baru hilang pekerjaan mahupun “fresh graduate” yang baru ingin mencari pekerjaan.
  • Pihak CUEPACS juga mencadangkan agar keutamaan dalam program ini diberikan kepada. Pekerja kontrak yang telah diberhentikan di jabatan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Seranta Felda dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

 

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN PROGRAM

Sila layari portal laman web Kementerian Sumber Manusia 

Semua rakyat Malaysia yang berkelayakan mesti mengambil peluang sebaik sahaja program ini dibuka kepada orang ramai. Jangan terlepas peluang ini. Maklumat lanjut akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

ARTIKEL LAIN

PERSONEL MySTEP:GARIS PANDUAN PEROLEHAN PERKHIDMATAN

36 Comments

  1. Pengeluaran I Lestari bulan November saya belum ada sehingga kini,mengapa belum di kereditkan ke akaun Bsn saya sedang yang irang lain sudau dapat petang kelmarin….

  2. Assalamualaikum.. saya nak tanya, jika saya sudah bekerja di MySTEP dan jika kontrak di MyStep hampir tamat boleh kah saya ingin menyambung jawatan MyStep ?

    • Saya nak tanya pada said saudara, untuk bekerja secara MyStep ni kena ada daftar ngan Program MyStep ka?? Or emel kepada jawatan kosong yang diiklankan sahaja.

    • Assalamualaikum, saya nak tanya. macam mana nak keja under MyStep? perlu daftar akaun apa-apa tak? selalunya bila iklan jawatan kosong under MyStep, takda pulak alamat emel untuk hantar resume. macam mana ye?

    • Waalaikummussalam, boleh sambung jawatan mystep bergantung kepada keperluan di sesuatu Bahagian atau Kementerian itu sendiri.

  3. Salam, adakah program mystep ini adalh penukaran dari pekerja PSH sambilan harian atau program seperti SL1M, kesian rakyat malaysia yan inginkan jawatan tetap sehingga umur dah nenjgkau 30 pon masih susah nk memasuki perkhidmatan awam

  4. assalamualaikum,saya dah hantar resume untuk jawatan kosong mystep..saya berharap tuan puan boleh membantu saya untuk apa apa jawatan tersebut..terima kasih..

  5. salam sejahtera, saya adalah salah satu Personel MyStep. saya ada beberapa soalan, adakah Personel berpeluang untuk menjadi penjawat awam tetap setelah kontrak habis? atau MyStep hanya dapat renew semula kontrak? ataupun MyStep ditamatkan kontrak begitu sahaja selepas 31 Disember 2021?

    • Personel MyStep hanya jawatan sementara yang bersifat kontrak untuk jangka masa pendek/setahun. Jika berkeperluan dari segi tugasan, maka keperluan untuk menyambung kontrak itu wujud/ada untuk tahun akan datang. Peluang untuk menjawat jawatan tetap bagi Mystep adalah tiada kerana tidak wujud dalam pekeliling kerajaan atau rang undang-undang yang menyatakan Mystep berpeluang, kecuali bagi penjawat Kontrak yang hanya berpeluang menjawat jawatan tetap, akan tetapi bergantung kepada prestasi dan keperluan sesuatu jawatan di dalam sesuatu organisasi sebelum sesuatu waran jawatan tersebut diluluskan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan akan melalui peperiksaan khas sebelum menjawat jawatan tetap daripada kontrak.

  6. Sy under PSH tahun nie dtukar kpd MySTEP,
    Bila sambung ke MySTEP kenapa xkena terima? Dha lah PSH bwh kementerian sumber manusia

  7. salam sejahtera, saya ada beberapa soalan, adakah Personel berpeluang untuk menjadi penjawat awam tetap setelah kontrak habis? atau MyStep hanya dapat renew semula kontrak? ataupun MyStep ditamatkan kontrak begitu sahaja selepas 31 Disember 2021?

    • Satu bulan mewakili, satu hari cuti. Jika cuti pada bulan pertama tidak digunakan, maka boleh dibawa ke bulan depan dan dikumpul cuti.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *