MySubsidi Diesel KPDNHEP Login(Register Permohonan Permit Khas)
Subsidi diesel telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2002 pada 19 Oktober 2001. Subsidi ini diberikan kepada pengangkutan darat yang dilesenkan oleh SPAD atau LPKP melalui pembelian di stesen minyak, atau pun mendapat bekalan terus dari syarikat-syarikat minyak untuk disimpan dalam skid tank yang diluluskan oleh KPDN bagi kegunaan sendiri.
Isi Kandungan
Namun demikian, jentera dan kenderaan-kenderaan khusus yang digunakan di dalam persekitaran kompleks-kompleks seperti Lapangan Terbang, Perlabuhan, tapak/premis pembinaan, kawasan kilang, dan kawasan pembalakan tidak layak mendapat bekalan diesel bersubsidi.
Permohonan My Subsidi Diesel KPDNHEP
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel:
- Pemohon harus menunggu selama 7 hari selepas mendaftarkan kenderaan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
- Pemilik kenderaan, sama ada individu atau wakil syarikat (sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif), boleh berurusan di KPDN.
- Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi terhad kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
- ‘Runner’ tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN.
- Syarikat/individu yang layak mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card perlu mematuhi syarat-syarat berikut:
- Jumlah diesel bersubsidi hanya untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat pemohon.
- Mengemukakan maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN dengan lengkap dan tepat.
- Pemegang subsidi perlu maklum kepada KPDN mengenai sebarang perubahan dalam aktiviti operasi pengangkutan, seperti pertukaran hak milik bas dan lain-lain.
- Mematuhi semua syarat yang ditetapkan oleh KPDN dari masa ke semasa.
- Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
- KPDN berhak mengkaji semula atau menarik balik kelulusan jika pemegang subsidi gagal mematuhi syarat-syarat di atas.
- Permohonan baru, tambahan kenderaan, atau pertukaran syarikat minyak boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web:
Jenis-jenis kenderaan yang layak mendapat subsidi:
- Bas Sekolah
- Bas Ekspres
- Bas Berhenti-henti
- Bas Mini
- Bas Pengantara
- Kereta Sewa
- Teksi
- Van Mayat
- Lori Mayat
- Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
- Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
No Customer Service MySubsidi Diesel KPDNHEP
Rujuk Disini
Artikel Lain