MyVac:CARA DAFTAR SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN (Elaun RM50/Sehari)

MyVac:CARA DAFTAR SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN (Elaun RM50/Sehari)

MyVac

Dalam mendepani serangan pendamik yang melanda negara, program imunisasi kebangsaan adalah salah satu jalan keluar daripada peperangan dengan COVID 19. Oleh yang demikian, program imunisasi kebangsaan memerlukan banyak tenaga dalam memastikan proses ini berjalan lancar. MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRCS) untuk membantu dalam pelancaran program imunisasi kerajaan dengan menempatkan individu yang bersedia berkhidmat dalam pasukan vaksinasi. Program mobilisasi sukarelawan ini akan menjadi instrumen yang amat penting dalam kempen vaksinasi Malaysia bagi mencapai “Herd Immunity”.

Oleh yang demikian, MySukarela ditubuhkan untuk menyokong pelaksanaan MyVAC dengan berkesan. Ia membantu mengisikan keperluan tenaga kerja bagi perlaksaanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang berskala mega dengan menempatkan sukarelawan di pusat vaksinasi.

Buat juga semakan di PORTAL VAKSIN COVID:DAFTAR & SEMAK TEMUJANJI VAKSINASI(vaksincovid.gov.my)

 

SYARAT KELAYAKAN

  • Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dansihat tubuh badan.
  • Terdapat 2 jenis sukarelawan iaitu Sukarelawan Bukan Kesihatan dan Sukarelawan Kesihatan.

Sukarelawan boleh memilih sama ada menjadi sukarelawan kesihatan ataupun bukan kesihatan, berdasarkan kelayakan dalam melancarkan pergerakan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negeri dan daerah.

Sudahkan anda buat SEMAKAN TEMUJANJI VAKSINASI COVID-19:CHECK TARIKH/LOKASI TEMUJANJI

SKOP TUGAS

Sukarelawan Kesihatan:

Skop tugas : Vaksinator, mengawal sick bay/kecemasan dan konsultasi Vaksin Covid-19

Sukarelawan Bukan Kesihatan:

Skop tugas : Membuat saringan gejala suhu, janji temu, pendaftaran, mengawal ruang menunggu.

 

JANGKA MASA BERTUGAS

Jangka masa bertugas setiap sukarelawan adalah terbahagi kepada dua (2) sesi . Setiap sukarelawan boleh memilih tarikh untuk bertugas. Setiap syif bertugas adalah untuk tempoh 6 jam. Pemilihan boleh dilakukan di dalam laman web setelah berjaya dipilih menjadi sukarelawan.

Satu Sesi

  • Enam (6) jam satu sesi
  • Sukarelawan MyVac perlu bertugas sekurang-kurangnya enam (6) jam bagi mendapat bayaran token minimum;

Dua (2) sesi

Maksimum 12 jam atau bergantung kepada waktu operasi PPV.

Sekiranya terdapat PPV yang beroperasi kurang dari 12 jam, maka sukarelawan tersebut akan dianggap bertugas untuk satu hari.

Adakah anda sudah DAFTAR PENERIMA VAKSIN COVID-19 ONLINE: (www.vaksincovid.gov.my /aplikasi MySejahtera)

CARA DAFTAR SUKARELAWAN MyVac

Jika anda memenuhi syarat dan bersedia untuk menjadi seorang sukarelawan MyVac, Di bawah adalah cara membuat pendaftaran bagi menjadi sebahagian dari sukarelawan MyVac:

  1. Anda perlu masuk portal ataupun klik pada pautan yangdikongsikan ini sukarelawan vaksin
  2. Mengesahkan pendaftaran anda melalui emel.
  3. Pengesahan APC oleh KKM akan dilakukan untuk Sukarelawan Kesihatan (jangkaan 5 hari bekerja).
  4. Jika anda sukarelawan kesihatan, anda perlu menghadiri satu taklimat khas akan diberikan secara maya (tarikh taklimat akan diketahui dalam laman profil anda).
  5. Lengkapkan profil anda dengan berikut:
  • butiran bank
  • butiran waris terdekat
  • memuat naikan gambar profil anda.
  1. Muat turun, cetak dan mengesahkan semua borang yang berkaitan (borang-borang ini boleh didapati di dalam laman profil anda.
  2. Setelah selesai, anda dikehendaki untuk melaporkan diri anda ke Pejabat Belia dan Sukan berdekatan untuk menandatangi Surat Tawaran Sukarelawan dan mengambil kit sukarelawan.
  3. Anda perlu membuat pilihan tarikh, masa dan lokasi untuk bertugas.
  4. Anda dikehendaki untuk mengesahkan Deklarasi Saringan Covid-19 di dalam laman profil anda (Tiga (3) hari sebelum tarikh lapor diri)
  5. Hadir sejam lebih awal di PPV pada waktu tarikh tugas bermula

 

ELAUN MyVac

Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:

  • RM50.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV.
  • RM25.00 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam.

Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.

 

SIJIL SUKARELAWAN MyVac

Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan akan dikeluarkan.

 

SOALAN LAZIM (FAQ)

ilakah tarikh tutup untuk mendaftar sebagai sukarelawan MyVac?

Buat waktu ini, tiada tarikh tutup yang ditetapkan untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac. Anda boleh mendaftar melalui link sukarelawan vaksin

 

Adakah saya perlu menghadiri latihan?

Latihan sukarelawan akan diberikan secara maya. Kesemua sukarelawan haruslah menghabiskan kesemua modul yang diberikan dan juga lulus kuiz yang termaklum dalam semua modul.

 

Adakah saya perlu melakukan sebarang pemeriksaan kesihatan?

Tidak, Sukarelawan hanya perlu melakukan pengesahan deklarasi kesihatan di dalam laman web.

 

Adakah Sukarelawan MyVac akan mendapat vaksin lebih awal?

Tidak. Suntikan vaksin akan diberikan mengikut fasa yang telah ditetapkan.

 

MAKLUMAT LANJUT

MySukarela Hotline

Waktu Operasi : 9am – 6pmEmail : [email protected]

Whatsapp (Message Only) : (+60) 17-303 9042

 

ARTIKEL LAIN

DAFTAR VAKSIN UNTUK ANAK 12 TAHUN KE ATAS :CARA DAFTAR DI MySEJAHTERA

SEMAKAN HELP DESK MySEJAHTERA:KEMASKINI JANJITEMU  VAKSINASI & CARA ATASI RALAT

SIJIL PENGECUALIAN VAKSIN:CARA PERMOHONAN(Guna MySejahtera & Dokumen Sokongan)

PORTAL VAKSIN ANAKKU(Cara Daftar PICK Remaja/Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 thought on “MyVac:CARA DAFTAR SUKARELAWAN BUKAN KESIHATAN (Elaun RM50/Sehari)”

Leave a Comment