NATURAL LANGUAGE PROCESSING : MAKLUMAT ASAS, PENGGUNAAN DAN CONTOH-CONTOH

Utama / INFO / NATURAL LANGUAGE PROCESSING : MAKLUMAT ASAS, PENGGUNAAN DAN CONTOH-CONTOH

NATURAL LANGUAGE PROCESSING

Dalam memasuki zaman yang serba canggih dan konvegen, adakah anda mengetahui apakah itu Natural Language Processing (NLP)???

Bagi perkongsian pada kali ini, kami akan berkongsikan tentang Natural Language Processing (NLP)

Natural Language Processing (NLP) adalah satu bidang pintar buatan yang membolehkan peranti seperti komputer membuat analisis dan memahami bahasa yang digunakan manusia.

Oleh yang demikian, ianya diformulakan untuk membina software yang menghasilkan dan memahami bahasa secara semulajadi supaya pengguna dapat melakukan perbualan secara semulajadi dengan komputer dan bukan melalui program ataupon coding bahasa atau bahasa artifact seperti Java atau C.

Sudahkan anda mengetahui CARA GUNA DuitNow

 

ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)

Sebagai maklumat kepada para pembaca, Natural Language Processing (NLP) adalah merupakan salah satu langkah dalam misi yang lebih besar untuk pelbagai sektor teknologi iaitu menggunakan artificial intelligence (AI) untuk memudahkan bagaimana dan cara dunia berfungsi.

Dunia digital yang canggih pada hari ini telah terbukti menukarkan banyak jenis syarikat kerana penduduk yang kian mahir merungkai cara baru untuk berinteraksi secara online antara satu sama lain dan juga syarikat.

Selain iu juga, media sosial telah metakrifkan semula maksud masyarakat; dan manakala cryptocurrency juga telah membuat perubahan norma pembayaran digital contohnya seperti e-wallet.

E-commerce pula telah mewujudkan makna baharu dari kemudahan kata dan cloud storage yang juga telah memperkenalkan tahap penyimpanan data yang berbeza kepada massa.

Melalui AI, bidang seperti machine learning dan deep learning telah meyakinkan masyarakat dan dunia untuk segala kemungkinan yang ada.

Machine learning semakin banyak digunakan dalam menganalisis data untuk memahami big data. Ia juga semakin meluas digunakan dalam program chatbots untuk mensimulasikan percakapan manusia dengan pelanggan.

Walaubagaimanapun, semua perkara diatas ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dan direalisasikan tanpa membuat penambahbaikan Natural Language Processing (NLP).

maybank ada memperkenalkan satu aplikasi yang baharu, anda boleh REGISTER MAE MAYBANK dan boleh terus LOGIN MAE MAYBANK 

Natural Language Processing

Bagi memproses bahasa dan pertuturan manusia secara semulajadi, fungsi NLP adalah menggabungkan AI dengan linguistik komputer dan sains komputer. Prosesnya telah dipecahkan kepada tiga bahagian. Berikut merupakan

 

1.MEMAHAMI NATURAL LANGUAGE

Tugas pertama NLP adalah untuk memahami natural language yang diterima melalui komputer. Komputer menggunakan statistik model bawaan untuk membuat pengecaman pertuturan yang akan mengubah bahasa semulajadi kepada program bahasa.

Proses ini dilakukan dengan memecahkan ucapan baru yang didengarnya kepada unit kecil dan membuat perbandingan unit ini dengan unit sebelum dari ucapan sebelumnya.

Tugas ini disebut sebagai proses speech-to-text

 

2.MENGENALPASTI PERKATAAN DAN UCAPAN

Lanjutan daripada proses speech-to-text , fungsi yang seterusnya disebut sebagai part-of-speech (POS) atau proses pelucutan kategori kata.

Proses ini secara asalnya mengenalpasti kata – kata dalam bentuk tatabahasa sebagai kata nama, kata kerja, kata sifat dan lain – lain menggunakan satu set peraturan lexicon yang akan dikodkan ke dalam komputer.

Selepas berlakunya kedua-dua proses ini, komputer akan mula dan cuba memahami memahami maksud ucapan yang sedang di buat.

 

3.Penukaran kepada format teks

Tugas yang ketiga di dalam (NLP)adalah perbualan text-to-speech. Melalui peringkat ini, program bahasa komputer sedang diproses dan ditukarkan kepada format teks atau audible kepada para pengguna.

 

 

CONTOH-CONTOH NATURAL LANGUAGE PROCESSING

Berikut merupakan perkongsian contoh-contoh natural language processing yang sering digunakan dalam perniagaan

 

Pasaran Bijak

Seperti kebiasaan, pasaran perniagaan biasanya di pengaruhi oleh pengetahuan pasaran dan pertukaran maklumat yang berlaku antara pelbagai organisasi, pihak berkepentingan dan pemerintah.

Dengan mengikuti dan berusaha membuat perubahan standard and perkembangan industry ianya adalah sangat penting.

Oleh yang demikian, NLP merupakan teknologi yang sangat berguna untuk mengesan dan memantau laporan pasaran dan mengagihkan maklumat yang diperlukan untuk sesebuah perniagaan danalam membina dan merancang strategi baru.

NLP juga digunakan secara meluas dalam pemasaran kewangan, memberikan pandangan yang luas mengenai perubahan pekerjaan dan status pasaran, kelewatan tender atau mengekstrak maklumat dari repositori besar.

 

Khidmat pelanggan

Dalam menjaga aspek kepuasan dan memangkin kesetiaan pelanggan adalah merupakan tanggungjawab dan cabaran besar bagi setiap organisasi syarikat.

Oleh yang demikian, NLP telah membantu dalam pelbagai fungsi khidmat pelanggan dan alat yang berfungsi dengan sangat baik bagi mendapatkan pandangan mengenai cita rasa, pilihan dan  persepsi orang ramai.

Sebagai Contoh, rakaman panggilan pelanggan dapat membantu dalam memberikan gambaran mengenai emosi pelanggan samada pelanggan sedang gembira atau sedih, keperluan mereka dan keperluan mereka untuk masa akan datang.

 

Analisis sentimen

Selalunya digunakan untuk mengawasi web & media sosial, Natural Language Processing adalah alat yang sangat bagus untuk menganalisis dan memahami tindak balas terhadap mesej perniagaan yang diterbitkan di setiap platform media sosial.

Hal ini amat penting dalam membantu menganalisis keadaan emosi dan sikap  penulis (orang yang memberi komen). Aplikasi ini juga dikenali sebagai opinion mining.

Perkara demikian dilakukan dengan gabungan Natural Language Processing dan statistik dengan memberikan nilai pada teks (positif,negative atau neutral) dan juga berusaha untuk mengenalpasti suasana konteks (gembira, marah, sedih, kesal dan lain – lain.)

Untuk bacaan lanjut mengenai Natural Language Processing, anda boleh clik di sini

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *