CARA AKTIFKAN NETFLIX DI ASTRO ULTRA BOX (Senang & Mudah)

CARA AKTIFKAN NETFLIX DI ASTRO ULTRA BOX (Senang & Mudah)

NETFLIX ASTRO

 

Untuk pengetahuan anda, kini pelanggan Astro sudah boleh menstrim Netflix menggunakan Ultra Box. Astro telah memperkenalkan ‘Pengalaman Baharu Astro’ yang melibatkan pakej-pakej langganan baru, meliputi perkhidmatan penstriman yang terkenal seperti Netflix.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Astro & Ketua Pegawai Eksekutif TV ­Astro, Euan Smith menyatakan bahawa dengan adanya kolaborasi bersama Netflix, secara langsung dapat menambah pelanggan  selain memperoleh manfaat melalui akses yang diberikan kepada pelanggan Astro. Jadi, makin senang la pelanggan Astro nak tengok Netflix

 

APA ITU ULTRA BOX ASTRO?

Menerusi Ultra Box pengguna akhirnya dapat menikmati kanduongan televisyen satelit pada resolusi tinggi 4K di rumah. Ultra Box ini memerlukan sambungan Internet (pada kelajuan sekurang-kurangnya 10Mbps) untuk menikmati kesemua ciri-cirinya kecuali tengok saluran TV secara langsung atau saluran kandungan 4K UHD.

 

APA ITU NETFLIX?

Netflix merupakan perkhidmatan penstriman yang membolehkan pelanggan untuk menonton rancangan TV dan filem tanpa iklan pada peranti yang disambungkan ke Internet.

 

HARGA DAN KADAR

Astro juga telah memperkenalkan beberapa pelan baharu yang turut menyertakan Netflix sebagai tawaran bersama. Antara pakej yang ditawarkan adalah Platinum dengan harga RM194.99 dan Entertainment Plus dengan RM129.99.

 

CARA AKTIFKAN DI ASTRO ULTRA BOX

  1. Semak emel atau SMS untuk mengaktifkan NETFLIX anda
  2. Jika tidak mendapat SMS atau emel, anda boleh melakukan pada ultra box anda
  3. Akses Netflix pada kotak ultra melalui paparan utama dan pilih Netflix dari apps
  4. Boleh juga klik pada butang Netflix pada alat kawalan jauh
  5. Boleh juga tukar siaran ke CH 741 dan klik ok pada alat kawalan jauh
  6. Siaran Netflix secara automatic akan terpapar pada skrin
  7. Pilih get started pada skrin utama
  8. Masukkan account Netflix emel address dan password
  9. Pilih start watching
  10. Selamat menonton Bersama keluarga anda tanpa sebarang gangguan iklan

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di astro-fibre-internet.com

Masa operasi:

Mon-Sat : 10am – 6pm

Sun : Tutup

 

ARTIKEL LAIN

CARA TERMINATE NETFLIX/iFLIX(Cancel & Tamatkan Perkhidmatan)

SEMAKAN BIL ASTRO (ONLINE/APLIKASI MYASTRO/SMS)

 

Leave a Comment