CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN 2022 (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)

CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN 2022 (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)

NO PIN UPU BSN

bagi pemohon institut pengajian tinggi di Malaysia, Nombor ID Unik atau Nombor Pin UPU BSN diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi.

 

APA ITU NO PIN UPU BSN?

Nombor pin UPU ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.

 

HARGA NO PIN UPU BSN?

Harga bagi no pin UPU adalah RM 16.50

 

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU DI KAUNTER BSN

2022

  • Akan dikemaskini

2021

  • Tidak memerlukan pembelian PIN di BSN kerana tiada caj akan dikenakan. Pemohon boleh membuat permohonan terus di Laman Sesawang UPU tanpa pembelian

 

CARA BELI NO PIN UPU BSN MELALUI ATM

Kalau pemohon pengguna perkhidmatan BSN, lagi senang sebab anda boleh beli no unik ID UPU ini melalui mesin ATM saja. Proses pembelian hanya perlu menggunakan kad BSN Matrix, Matrix-i atau GIRO.

Pemohon boleh ikuti langkah di bawah untuk proses pembelian:

  • Masukkan kad BSN.
  • Masukan no pin.
  • Pilih Beli Nombor ID (Pin).
  • Pilih Program Kursus.
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  • Setelah mendapat notifikasi pembelian berjaya, simpan resit bercetak untuk rujukan kelak.

 

CARA BELI  PIN UPU BSN SMS

Pemohon yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking.

Pemohon boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Untuk mendaftar perkhidmatan ini di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

 

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  • Masukkan No. Pin 6 angka anda dan pilih Urusan Lain
  • Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  • Masukkan No. Telefon Bimbit
  • Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  • Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  • Kemudian, SMS ke 36898 dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
  • contoh : PIN 054321 SPM 950202020202
  • *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900

Layari https://www.bsn.com.my/

 

ARTIKEL LAIN

SEMAKAN BAKI BANK BSN ONLINE(Guna MYBSN / SMS BSN / ATM)

mybsn.com.my:CARA DAFTAR MyBSN ONLINE BANKING (Pendaftaran Kali Pertama)

TUKAR NO TELEFON BSN (CARA UPDATE NOMBOR TAC DAN BUAT KEMASKINI ONLINE)

 

 

 

3 thoughts on “CARA BELI NO PIN UNIK ID UPU BSN 2022 (Tarikh Beli Guna ATM & SMS)”

Leave a Comment