Cara Beli No PIN UPUONLINE melalui MyBSN Internet Banking

Cara Beli No PIN UPUONLINE melalui MyBSN Internet Banking

Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan ke institut pengajian tinggi di Malaysia, Nombor ID Unik atau No PIN UPUOnline diperlukan apabila anda mengisi Permohonan Secara Dalam Talian untuk ke institusi pengajian tinggi. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pembelian nombor PIN tersebut, semotga membantu.

 

APA ITU NO PIN UPUONLINE

Nombor pin UPU ini sangat penting kerana setiap nombor ini mempunyai pin unik ID yang membolehkan akses kepada kepada borang permohonan online yang memerlukan pemohon mengisi maklumat permohonan, bidang dan institusi pilihan. Pin unik ini juga membolehkan para pelajar untuk memohon seperti di program peringkat diploma, sarjana muda, kemasukan ke UiTM, Kolej Matrikulasi, IPG dan lain-lain.

 

LOKASI PEMBELIAN NO PIN UPU

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.

BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

 

TARIKH PEMBELIAN NO PIN UPU

Tarikh pembelian noombor PIN UPUOnline bermula pada 28 Februari 2024 sehingga 08 Jun 2024

 

HARGA NO PIN UPU UPU

Kadar harga bagi nombor PIN UPUOnline adalah RM10.60

 

DOKUMEN DIPERLUKAN BAGI PEMBELIAN NO PIN UPU

Untuk makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU hendaklah berdasarkan kepada perkara berikut:

  • Nama
  • No Kad Pengenalan

 

CARA BELI NO PIN UPUONLINE DI KAUNTER BSN

Sekiranya pemohon ingin membuat pembelian no PIN melalui kaunter BSN, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Pemohon boleh pergi ke salah satu daripada cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan diri berserta wang secukupnya untuk bayaran.
  2. Ambil No giliran atau pergi berjumpa dengan pegawai khidmat pelanggan BSN
  3. Salinan kad pengenalan pemohon harus ditunjukkan semasa proses pembelian.
  4. pegawai tersebut akan membantu anda mencetak resit yang mempunyai No PIN anda.

 

CARA BELI NO PIN UPUONLINE DI MESIN ATM BSN

Sekiranya pemohon ingin membuat pembelian no PIN di mesin ATMr BSN, berikut adalah merupakan caranya:

  • Masukkan kad BSN.
  • Masukan no pin.
  • kemudian pilih urusan Beli Nombor ID (Pin).
  • Pilih jenis permohonan iaitu IPTA
  • Program jenis program samaada SPM atau STPM atau lain-lain
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan Pemohon.
  • Sahkan maklumat yang terpapr sekiranya betul dengan klik pada Setuju
  • Resit akan dicetak. Sila simpan resit yang dicetak sebagai rujukan masa akan datang.

 

CARA BELI PIN UPUONLINE SECARA SMS

Pemohon yang ingin membuat pembelian melalui SMS perlu mempunyai akaun BSN dan perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. Pemohon boleh mendaftar di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM. Untuk mendaftar perkhidmatan ini di ATM atau CDM, sila ikuti langkah berikut:

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih Bahasa
  • Masukkan No. Pin 6 angka anda dan pilih Urusan Lain
  • Pilih Perbankan SMS dan pilih Pendaftaran
  • Masukkan No. Telefon Bimbit
  • Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  • Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.
  • Kemudian, SMS ke 36898 dengan menaip : PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP
  • contoh : PIN 054321 SPM 950202020202
  • *M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

 

CARA BELI PIN UPUONLINE ONLINE GUNA MyBSN

Sekiranya pemohon ingin membuat pembelian no PIN secara online menerusi MyBSN, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan MyBSN dan log masuk akaun anda
  2. Pada paparan menu utama di sebelah kiri, klik pada PIN Purchase
  3. Terdapat 3 bahagian yang perlu anda lengkapkan.
  4. Pada bahagian pertama isikan dengan lengkap dan klik Submit:
    1. Organization: ITPA-UPU
    2. Program: SPM/STPM
    3. From Account No: pilih akaun bank anda
    4. New IC Number: masukkan no kad pengenalan anda
  5.   Pada bahagian kedua, anda perlu sahkan MyBSN Secure dengan klik Approve melalui telefon yang anda berdaftar
  6. Selesai, pada bahagian ketiga akan terpapar status resit pembelian anda berjaya beserta dengan No PIN UPU anda
  7. Anda boleh memuat turun resit pembelian tersebut dengan klik pada Print.

 

MAKLUMAT LANJUT

Pemohon boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan BSN di : 1300 88 1900 atau layari https://www.bsn.com.my/

ARTIKEL LAIN

3 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *