PAKEJ 5G RAHMAH (Pembelian Telefon RM120 B40)

Utama / PAKEJ 5G RAHMAH / PAKEJ 5G RAHMAH (Pembelian Telefon RM120 B40)

PAKEJ 5G RAHMAH (Pembelian Telefon RM120 B40)

Semepena bulan kebangsaan 2023 ini, Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.Melalui Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengumumkan pakej perkhidmatan internet terlajak murah berbanding pakej sedia ada di pasaran iaitu pakej 5G Rahmah terbaru oleh Kerajaan. Disini kami kan kongsikan kepada anda mengenai pakej yang tersedia ini.

 

APA ITU PAKEJ 5G RAHMAH

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati Pakej 5GRAHMAH iaitu pakej telefon pintar 5G pelan data dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00 sempena Bulan Kebangsaan. Pakej ini turut beserta pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5GRAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

 

KELEBIHAN PAKEJ 5GRAHMAH

Berikut adalah merupakan antara kelebihan sifat utama teknologi 5G iaitu:

  • Kelajuan internet yang tinggi
  • Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
  • Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

 

CIRI-CIRI PAKEJ 5G RAHMAH

Berikut adalah merupakan antara ciri-ciri pakej yang ditawarkan ini iaitu:

  • Telefon jenama Samsung A14 5G & Honor 90 Lite 5G berharga RM240 dengan pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan (untuk semua rakyat).
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati Pakej 5GRahmah dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Rebat RM10 sebulan Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam.
  • Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti dua tahun berbanding hanya satu tahun sebelum ini

 

TARIKH PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH

  • Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.

 

CARA PERMOHONAN PAKEJ 5G RAHMAH

Sebarang maklumta lanjut mengenai permohonan pakej ini akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta telco yang terlibat.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej5G Rahmah ini, anda boleh merujuk pada saluran berikut:

ARTIKEL LAIN:

One comment

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *