PAKEJ KITA SELANGOR : SENARAI INISIATIF BANTUAN RAKYAT DALAM TEMPOH PKP 2.0

 

PAKEJ KITA SELANGOR : SENARAI INISIATIF BANTUAN RAKYAT DALAM TEMPOH PKP 2.0

Bagi mendepani dan menghadapi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP2.0) kerajaan negeri Selangor telah membuat pengumum pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri yang tinggal di negeri Selangor iaitu Pakej Kita Selangor.

PAKEJ KITA SELANGOR diumumkan pada 20 Januari 2021 merangkumi pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif yang dijangka akan memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada penduduk dibawah kerajaan negeri.

BPR sudah dibuka, mohon LOGIN MyBPR 

 

PAKEJ KITA SELANGOR

PAKEJ ini secara amnya bertujuan untuk memastikan kebajikan rakyat Selangor terpelihara di ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua yang telah diumumkan oleh menteri kanan keselamatan Malaysia .

Sejumlah RM73.877 impak kewangan untuk kesemua inisiatif yang akan memanfaatkan beberapa kumpulan sasaran yang terkesan semasa mendepani pandemik sewaktu PKP berkuatkuasa.

Pakej Kita Selangor juga meliputi usaha membantu golongan ‘barisan hadapan’ yang bertungkus lumus berkhidmat dan berjuang menangani COVID-19.

mohon juga SELANGOR KERJAYA

 

12 SENARAI PAKEJ KITA SELANGOR

Menteri Besar Selangor , Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, beberapa inisiatif akan diusahakan dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.

 

  1. Sebanyak 19,976 ujian Covid-19 percuma dibuat terhadap golongan sasar termasuk warga emas, golongan berpendapatan rendah B40 dan mahasiswa anak Selangor membabitkan kos RM6 juta
  2. Membuat Tambah baik fungsi aplikasi SELangkahyang membantu pengawasan kendiri individu bergejala melibatkan pusat panggilan 24 jam
  3. Peruntukan RM3 juta Bantuan Makanan kepada 9,822 petugas perubatan dan 3,500 anggota polis dan tentera yang bertugas.
  4. Pemberian Bakul Makanan kepada penerima yang selayaknya
  5. PenggunaanBas Smart Selangor secara percuma untuk menghantar pesakit Covid-19 berisiko rendah ke Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps), Serdang
  6. Peruntukan Khas Mesra Rakyat RM100,000 untuk setiap DUN dan RM50,000 untuk ahli parlimen melibatkan perolehan asas seperti beras dan minyak masak
  7. Pengecualian sewa bulan (Januari) dan penangguhan sewa dua bulan (Februari dan Mac) untuk 2,361 penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan penangguhan sewa tiga bulan (Januari-Mac) untuk 450 penyewaSkim Smart Sewa melibatkan kos RM2.7 juta
  8. Lupus pinjaman 762 peminjamYayasan Selangor bernilai RM7.177 jut
  9. RM 1.3 juta bagi biayaibantuan makanan untuk pemandu teksi, pemandu bas sekolah, penyewa PPR, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal
  10. Peruntukkan RM2 juta untuk 10,160 warga tanitermasuk baucar petrol RM300 kepada nelayan, makanan ternakan untuk pengusaha ternakan dan makanan mentah untuk warga tani
  11. Peruntukan RM 1 juta biaya Inisiatif Peduli Anak Barisan Hadapandengan pembukaan taska dan pusat jagaan sementara percuma di hospital awam serta premis sementara
  12. Lancar Portal Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menerusi portal ePTRS.my untuk pelbagai program pembelajaran antaranya program kemahiran belajar ‘smart learning’ dan Program Pecutan Akhir SPM

sudahkah anda membuat KEMASKINI PERMOHONAN BPR 2021

Mohon juga BANTUAN OKU ANIS 2.0 : MOHON & DAPAT DUIT RM500

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut tentang Pakej Kita Selangor ini, sila rujuk Facebook terkini Menteri Besar Selangor, Aminudin Shari atau laman web https://www.amirudinshari.com/.

 

 

 

 

4 thoughts on “PAKEJ KITA SELANGOR : SENARAI INISIATIF BANTUAN RAKYAT DALAM TEMPOH PKP 2.0”

Leave a Comment