PERANTISISWA (Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa Kedua)

Utama / PAKEJ PERANTISISWA / PERANTISISWA (Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa Kedua)

PERANTISISWA (Semakan Tarikh Terima Peranti & Permohonan Fasa Kedua)

Kepada pelajar B40 di intitusi pengajian tinggi (IPT), pendaftaran Pakej PerantiSiswa yang diumumkan dalam Bajet 2022 akan bermula pada suku kedua 2022. Melalui pakej ini, satu peranti tablet akan dibekalkan kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih

 

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA 2022

Pakej PerantiSiswa adalah satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

 

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bag permohonan inisiatif ini:

  1. Mahasiswa warganegara Malaysia
  2. Kelompok keluarga B40 (purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850)
  3. Menuntut di peringkat pengajian Diploma, Diploma Lanjutan dan Ijazah Sarjana Muda daripada:
    • Universiti Awam (UA)
    • Politeknik
    • Kolej Komuniti
    • Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT.
  4. Mahasiswa yang bukan dari kelompok keluarga B40 yang terkesan akibat banjir, kebakaran atau apa-apa sebab lain yang munasabah, boleh memohon dalam tempoh permohonan rayuan yang akan ditetapkan kelak oleh Pentadbir Program.

 

TARIKH PERMOHONAN PERANTISISWA FASA KEDUA

Permohonan PerantiSiswa mula dibuka pada 1 Ogos hingga 30 September

 

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Berikut adalah syarikat telekomunikasi yang terlibat:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom),
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),
  • Maxis Berhad (Maxis),
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),
  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

 

JENIS PERANTI YANG DIBEKALKAN PERANTISISWA

Peranti yang dibekalkan adalah sebuah tablet dengan spesifikasi minimum seperti berikut:

  • Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280×800
  • Android OS 10 dan ke atas
  • 4G LTE (menyokong frekuensi LTE telco di Malaysia)
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storan 64GB
  • Slot SD Micro sehingga 256GB
  • Kamera hadapan minimum 2MP
  • Kamera belakang minimum 5MP
  • Pembesar suara terbina dalam dan bicu audio 3.5mm untuk headset
  • Bluetooth 4.1 dan ke atas
  • WiFi 2.4GHz & 5Ghz
  • Bateri minimum 4500 mAh
  • Pengecas USB disertakan
  • Papan kekunci bluetooth disertakan
  • Pen stylus disertakan.

 

CARA PERMOHONAN PERANTI SISWA FASA KEDUA

NOTA: Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

 

CARA SEMAKAN PERANTI SISWA FASA KEDUA

Bagi mahasiswa yang layak akan menerima pemakluman keputusan melalui email.

 

TARIKH PENERIMAAN INISIATIF PERANTISISWA FASA KEDUA

PerantiSiswa dijangka mula diagihkan kepada mahasiswa seawal bulan Jun 2022. Peranti akan diagihkan melalui dua sesi, iaitu

  • Sesi pertama – membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data lengkap.
  • Sesi kedua – kes rayuan dan agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama.

*Fasa pertama penyampaian peranti bagi Program Perantisiswa akan dilaksanakan mulai Ogos 2022. Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh K-KOMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

 

PERMOHONAN RAYUAN PERANTISISWA BAGI PELAJAR YANG TIDAK LAYAK

Kepada pelajar yang tidak layak dan permohonan telah ditolak bagi mendapatkan peranti ini, anda boleh membuat permohonan rayuan. Ini kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menambah lagi bilangan Peranti Siswa yang akan diberikan kepada pelajar.

Berikut adalah merupakan cara membuat permohonan rayuan:

  • Berjumpa dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Nyatakan sebab dan bukti rayuan perlu dipertimbangkan.
  • Tiada rayuan secara online dibuka setakat ini.

NOTA: MPP diberi tanggungjawab menggalas permohonan rayuan ini bagi mengelakkan mana-mana pelajar yang tercicir dan terlepas pandang tidak mendapat peranti ini.

 

SOALAN LAZIM (FAQ) PERANTISISWA

Saya merupakan mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022. Adakah saya layak memohon?

  • Mahasiswa tahun akhir pada tahun 2022 adalah tidak layak memohon.

Adakah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara separuh masa layak memohon PerantiSiswa?

  • Tidak. Pemohon mestilah mahasiswa yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa.

Adakah pelajar matrikulasi layak untuk memohon bantuan ini?

  • Buat masa ini, hanya pelajar di bawah Universiti Awam (UA) merangkumi Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti serta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di bawah KPT sahaja yang terlibat dalam pelaksanaan inisiatif ini.

Adakah peranti yang diterima perlu dikembalikan?

  • Peranti akan diberikan secara Konsep Guna Pakai (KGP) kepada mahasiswa dan perlu diserahkan semula setelah tamat pengajian atau dalam tempoh yang ditentukan oleh Pentadbir Program.

Adakah semua syarikat telekomunikasi yang terlibat melalui PerantiSiswa ini?

  • Tidak, untuk makluman terkini hanya syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES).

Bilakah boleh membuat permohonan/pendaftaran  PerantiSiswa ini?

  • Tempoh permohonan/pendaftaran akan bermula pada suku kedua 2022.

Adakah Tablet diberi terus kepada semua penerima Inisiatif Peranti Siswa?

  • Kerajaan bersetuju untuk memberi terus tablet berjenama terkenal kepada semua penerima Inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia. Pemberian peranti ini sebagai penghargaan, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk penerimanya belajar bersungguh-sungguh sehingga meraih keputusan cemerlang.

Apakah jenama tablet Inisiatif Peranti Siswa?

  • Kerajaan akan menawarkan tablet berjenama Samsung, iaitu Galaxy Tab A8 dibawah program ini beserta sebuah papan kekunci (Smart Keyboard Trio 500), sebuah stylus pen dan Book Cover.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Perantisiswa, anda boleh merujuk soalan lazim (faq) Perantisiswa KKMM

 

ARTIKEL LAIN

bkm.hasil.gov.my (LINK DAFTAR LOGIN PERMOHONAN SEMAKAN STATUS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA)

 

20 Comments

  1. Bilakah akan buka fasa 3 pemohonan sebab saya baru tahu bab ni maaf dan saya terlepas tarikh itu untuk memohon tapi saya agak memerlukan tab itu bolehkan saya memohon semula?

  2. Bila akan buka untuk permohonan perantisiswa ini semula? Saya tidak tahu yang boleh memohon peranti ini jadi saya ingin mohon , kawan serumah saya hanpir kesemua dapat kecuali saya…. Saya ketinggalan

    • hi, aslm saya merupakan pelajar rayuan dan kenapa saya tak dapat lagi ya? semua kawan saya M40 dah dapat dan beberapa kawan saya yang B40 belum dapat kenapa ya?

  3. Saya berharap ada permohonan fasa 3 sebab tidak tahu berkenaan dengan permohonan sebelum ini. Saya merupakan pelajar sarjana muda dan dari keluarga B40. Saya harap pihak atasan memberi peluang.

  4. Saya mohon sgt ada fasa ketiga. Sbb sy trcicir. Saya sgt mmrlukan prantisiswa . Saya harap kerajaan dpt mndengar suara suara rakyt yg mmrlukan

  5. hi, aslm saya merupakan pelajar rayuan dan kenapa saya tak dapat lagi ya? semua kawan saya M40 dah dapat dan beberapa kawan saya yang B40 belum dapat kenapa ya?

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *