CARA SEMAK PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check  di publicinfobanjir.water.gov.my)

Utama / PARAS AIR SUNGAI ONLINE / CARA SEMAK PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check  di publicinfobanjir.water.gov.my)

CARA SEMAK PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check  di publicinfobanjir.water.gov.my)

Sekiranya anda ingin mengetahui keadaan paras air sungai kini, anda tidak perlu lagi bersusuh payah pergi ke sungai untuk melihat kerana anda boleh membuat semakan secara online sahaja.  Dengan membuat semakan secara online anda dapat mengetahui sama ada ianya pada tahap normal, berjaga-jaga atau bahaya.

Bagaimana cara untuk membuat semakan paras air sungai secara online? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

 

KENAPA PERLU MEMBUAT SEMAKAN PARAS AIR SUNGAI

Kebiasaannya setiap kali di penghujung tahun  adalah musim tengkujuh bagi negeri-negeri di bahagian Pantai Timur iaitu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Dalam masa inilah mungkin akan berlakunya banjir dikawasan-kawasan rendah akibat daripada peningkatan paras air sungai.

Sekiranya anda berada di kawasan yang berdekatan dengan sungai yanga akan kemungkinan dinaiki air jika hujan berterusan berhari-hari. Jadi terpaksalah anda yang berada di kawasan tersebut berpindah kerana kawasan dah banjir. Mungkin ada yang tidak perasan pun air sungai dah naik paras bahaya dan air masuk rumah dan tak berjaya nak selamatkan barang-barang.

 

CARA SEMAK  PARAS AIR SUNGAI ONLINE (Check  di publicinfobanjir.water.gov.my)

Untuk pengentahun anda Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia dibawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah menediakan ciri ini supaya pengguna boleh menyemak paras air sungai melalui infobanjir yang dikongsikan kepada umum dari semasa ke semasa untuk sungai di seluruh Malaysia. Berikut adalah merupakan cara semakan online:

  1. Layari laman Public InfoBanjir: https://publicinfobanjir.water.gov.my/
  2. Pada paran untama klik pada Aras Air.
  3. Seterusnya anda boleh pilih negeri tempat anda tinggal dan klik River Level
  4. Kemudian akan dipaparkan Nama Stesen disetiap daerah beserta nama sungai.
  5. Terdapat nilai dan warna pada kolum River Level yang bermaksud paras air iaitu menunjukkan:
    • Warna Hijau – Paras air normal
    • Warna Jingga – Paras air berjaga-jaga
    • Warna Merah – Paras air bahaya
  6. Sekiranya ianya telah menunjukkan paras air berjaga-jaga (warna jingga), anda boleh membuat persiapan sebelum apa-apa berlaku seperti banjir, air naik dan sebagainya.

 

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai paras air sungai, anda boleh layari website rasmi Public InfoBanjir di pautan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ 

 

ARTIKEL LAIN

TALIAN KECEMASAN LEBUHRAYA MALAYSIA(HIGHWAY HOTLINE)

2 Comments

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *