PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP (BILA TARIKH DUIT MASUK BANK?)

PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP (BILA TARIKH DUIT MASUK BANK?)

PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

Bagi yang telah buat permohonan Khas KWSP  dengan i-Akaun sebelum ini, pastikan jangan lupa buat semakan permohonan Khas KWSP juga. Anda perlu lihat status bayaran samada duit sudah masuk atau belum. Disini kami akan kongsikan bila tarikh duit masuk bank, semoga membantu.

 

AMAUN PENGELUARAN  KHAS KWSP

Para pencarum boleh mengeluarkan secara maksimum sehingga RM10,000 dan juga paling minimum sebanyak RM50.

Tertakluk kepada baki simpanan akaun 2. Jika tidak mengcukupi, simpanan akaun 1 akan di akses. Untuk semakan penyata baki akaun, layari i-akaun di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

 

CARA SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENGELUARAN KHAS

Berikut adalah merupakan cara semakan kelulusan yang boleh dibuat mulai 9 April 2022:

  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Klik teruskan
  3. Klik Semak Status Permohonan
  4. Masukkan No. IC dan No. Telefon Bimbit, tandakan ‘saya bukan robot’ dan klik Semak Status
  5. Paparan ‘Permohonan diterima’ akan ditunjukkan

 

TARIKH BAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP

  • Terkini pembayaran bagi Pengeluaran Khas yang dijadualkan pada 20 April 2022 telah diawalkan pada 18 April 2022 bagi membantu memenuhi keperluan mereka yang benar-benar memerlukan

 

KENAPA DUIT PENGELUARAN KHAS KWSP BELUM MASUK BANK

  • Untun pengetahuan anda, bermula 18 April 2022, pembayaran pengeluaran khas KWSP dibuat secara  berperingkat. Ia mungkin akan mengambil masa untuk masuk ke dalam akaun bank anda.

 

APA ITU PEMBAYARAN SECARA BERPERINGKAT

  • Ini bermaksud, pembayaran yang dilakukan oleh KWSP akan memasukkan duit bantuan ke dalam bank-bank yang terlibat dahulu. Kemudian, barulah pihak bank akan masukkan duit pembayaran pengeluaran khas KWSP tersebut ke dalam akaun bank peribadi milik penerima.
  • Ia juga memakan masa disebabkan permohonan yang banyak dan perlu disemak, diluluskan dan diselesaikan oleh pihak KWSP terlebih dahulu.

NOTA: Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pemilik. Tiada penebusan tunai di mana-mana kaunter cawangan KWSP dan juga bank-bank terpilih.

 

BILA DUIT PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS AKAN MASUK BANK

  • Untuk mengetahui bila duit pengeluaran khas ini masuk, anda boleh sentiasa menyemak baki akaun bank anda masing-masing bermula pada 20 April 2022.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA DUIT PENGELUARAN KHAS KWSP BELUM MASUK LAGI

  • Untuk makluman, hanya yang berstatus lulus shaja pembayaran akan dilakukan. Walalubagaimanapun sekiranya masih tidak lagi belum masuk, anda boleh hubungi hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

ARTIKEL LAIN

MAKSUD PERMOHONAN ANDA TELAH DITERIMA PENGELUARAN KHAS KWSP

1 thought on “PEMBAYARAN PENGELUARAN KHAS KWSP (BILA TARIKH DUIT MASUK BANK?)”

Leave a Comment